Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 9, 2018

Tonton bagaimana pemasangan Ford Raptor yang hebat tu sedang dibuat di Thailand !

  Mohd Shubhi       Monday, July 9, 2018



Dah lama sangat saya dengar dan ikuti perkembangan tentang Ford Raptor sejak pertama kali mendengar nama tersebut dahulu.

Dari segi rupa bentuk dan kekuatannya memang amat mengamcam sekali. Tapi malangnya Ford Raptor tak ada di jual kat Malaysia sebelum ini. Malah tak pernah sekalipun saya berjumpa atas jalan sedang dipandu oleh pemiliknya di Malaysia.

Mungkin ada yang dah pernah jumpa. Tapi saya masih belum jumpa lagi. Kalau Ford Ranger biasa yang dimake-up ala-ala Ford Ranger tu mungkin ada.

Tapi nampaknya pemasangan Ford Raptor terkini sedang giat dilakukan di negara jiran kita Thailand. Sudah tentu pasarannya adalah untuk negara Thailand itu sendiri, Australia dan dengar kata termasuklah untuk pasaran di Malaysia.

Anda boleh tonton aktiviti pemasangan Ford Ranger Raptor yang sedang berlaku di Thailand dalam video kat bawah ini. Video selama 90 saat ini menunjukkan secara pantas dan ringkas bagaimana Ford Ranger Raptor dibina dari mula sampai akhir. menarik!



Ford Ranger dah mula dijual di Tailand

Untuk makluman, Ford Ranger Raptor ini seenarnya sudah mula ditawarkan di Thailand sejak bulan March yang lalu lagi.

Harganya Ford Ranger Raptor dijual kat Thailand dengan harga 1.699 juta Bath. Lebih kurang RM210 dalam nilai duit kita di Malaysia.

Kalau harga yang sama dijual di Malaysia, nampaknya Ford Ranger Raptor dah jadi antara pikup paling mahal!. Berkemungkinan besar harganya lebih mahal saya rasa. jadi memang sah ia masuk kategori kereta mewah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.


Ford Ranger Raptor dengan enjin dan gearbox baru

Sedikit maklumat berkenaan apa yang anda boleh dapat dari Ford Ranger Raptor ini.

Ia sudah tentu bukan sekadar Ford Ranger biasa yang anda dok jumpa atas jalan sekarang. Yang paling hebat biasanya kita lihat hanyalah Ford Ranger Wildtrak 3.2

Kali ini Ford Ranger Raptor dilengkapi dengan enjin diesel baru jenis Blue Oval 2.0 litre EcoBlue twin-turbo, menawarkan spesifikasi 213 PS dan 500 Nm tenaga putaran. Juga dilengkapi dengan transmisi automatik jenis Getrag 10R80 dengan 10 kelajuan!.

Apa yang saya berikan adalah maklumat tahap amatur rendah gaban sahaja. Bagi mereka yang lebih mendalam ilmunya boleh ketahui banyak maklumat dengan baca kat sini untuk spesifikasi lebih mendalam.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tonton bagaimana pemasangan Ford Raptor yang hebat tu sedang dibuat di Thailand !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !