Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 8, 2018

Selepas meninggal, otak sedar yang anda dah meninggal - kata Saintis

  Mohd Shubhi       Sunday, July 8, 2018



Selepas anda menghembuskan nafas yang terakhir, meninggal dunia. Otak sebenarnya sedar yang anda sudahpun mati!

Itulah yang dirumuskan oleh para saintis yang masih membuat kajian tentang tahap kesedaran otak ketika manusia meninggal dunia.

Cuba bayangkan anda masih sedar sekarang. Masih hidup bernafas. Dan tiba-tiba anda mengalami keadaan nazak, dan tak berapa lama kemudian, anda menghembuskan nafas yang terakhir. Dari hidup, anda menemui ajal, mati.

Apakah yang anda rasa sebenarnya. Apakah perbezaan antara dua keadaan tadi. Dari hidup kepada mati. Apakah yang berlaku kepada tahap kesedaran anda. Atau dalam ertikata sains yang kita faham sekarang, apakah yang terjadi kepada tahap kesedaran otak anda.

Saintis ukur tahap kesedaran melalui aktiviti otak

Itu merupakan satu tanda tanya dalam dunia sains.

Adakah anda masih sedar bila dah mati, sebagaimana anda sedar ketika hidup?

Selain itu, timbul juga satu pertanyaan tentang bagaimana manusia itu sedar. Adakah manusia sedar melalui otak. Sebagaimana yang dipegang oleh para saintis selama ini. Mereka ukur tahap kesedaran melalui aliran letrik yang mengalir ke dalam saraf-saraf di otak.

Atau kesedaran itu sebenarnya boleh berada diluar dari otak. Ertinya manusia, atau kita sendiri mampu berada dalam keadaan sedar setelah kesemua anggota tubuh badan termasuk otak mati secara klinikalnya.

Jika kesedaran tidak memerlukan otak, maka sudah tentu kesemua ukuran yang dilakukan terhadap pergerakan otak dan sarafnya adalah tidak betul. Jadi bagaimana nak nak ukur kesedaran itu jika ianya tidak bergantung kepada otak?

Bagaimana rasanya ketika hampir mati

Sebagai orang islam, gambaran yang biasa kita dengar ketika orang hampir mati adalah berdasarkan riwayat dan pendapat pada bijak pandai agama Islam.

Imam Ghazali menggambarkan saat hampir mati itu atau sakaratul maut sebagai sesuatu yang amat menyakitkan. Ianya seperti dihiris pedang di segenap tubuh badan. Lihat bagaimana beliau gambarkan keadaan hampir mati itu,

"Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicabut dari setiap urat nadi, urat saraf, sendi, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki"

Itu satu gambaran yang amat ngeri!

Gambaran orang yang menemui kematian juga berbeza antara orang baik dengan orang yang jahat. Yang baik akan mati dengan aman damai dan mendapat gambaran akhirnya yang indah. Manakala orang jahat pula akan berkesudahan dengan keadaan yang dasyat dan mendapat gambaran yang amat buruk.

Berikut gambaran orang jahat yang hampir menemui ajalnya di dalam Al-Quran Surah Al-An'am ayat 93:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: “Telah diwahyukan kepada saya”, Padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: “Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah.” Alangkah dahsyatnya Sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang Para Malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu” di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya."

Berikut pula adalah gambaran orang yang baik-baik ketika mereka menemui kematiannya di dalam surah An-Nahl ayat 30 hingga 32:

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamualaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan"

Berdasarkan Al-Quran memang ada perbezaan antara saat kematian orang yang baik dengan orang yang jahat.

Saat hampir mati orang barat

Daripada kajian yang orang barat lakukan, mereka menghimpun pengalaman orang-orang yang pernah merasai saat hampir mati, dan kemudiannya berjaya diselamatkan untuk terus hidup.

Biasanya ia berlaku terhadap mereka yang diserang oleh serangan jantung. Bila jantung berhenti berdegup, paru-paru berhenti bernafas, dan akhirnya tubuh badan mula berada dalam keadaan mati secara klinikal.

Dengan bantuan CPR atau dengan peralatan lain, ada yang berjaya dikembalikan pernafasan mereka dan mula bernafas, jantung berdegup dan hidup semula.

Kebanyakan gambaran yang orang menemui saat hampir mati menggambarkan keadaan melihat satu cahaya terang menyinari seluruh ruang. Mereka merasakan seperti berada di awangan. Mereka juga dapat mendengar dan melihat apa yang sedang berlaku kepada sekujul tubuhnya yang sedang cuba diselamatkan.

Ada juga yang menggambarkan mereka sedar dan mengimbas kembali segala kenangan silam dan teringat segala perkara yang tersimpan di dalam memori.

Ringkasnya, kebanyakan mereka yang mengalami saat hampir mati masih boleh merasai kesedaran terhadap apa yang sedang berlaku.

Kajian yang dibuat kepada tikus

Untuk mengkaji keadaan hampir mati ini, saintis telah melakukan kajian terhadap tikus. Mereka pasang sensor untuk mengukur aktiviti yang berlaku di dalam otak tikus yang hampir mati.

Tikus disuntik dengan ubat supaya mati dan sanintis mula melihat atau membaca aktiviti yang sedang berlaku terhadap saraf-saraf otak.

Apa yang ditemui amat mengejutkan.

Aktiviti otak amat aktif dalam keadaan seperti mereka sedar. Aliran letrik yang bergerak amat seiringan seperti apabila orang yang sedar berjaya mengenal pasti dan faham dengan jelas sesuatu peristiwa yang sedang mereka lihat.

Walaupun secara klinikal tikus itu telah mati. Tapi otak masih sedar dalam tempoh 30 saat dari kematian tersebut. Saintis rasakan kemungkinan apa yang berlaku terhadap otak manusia adalah sama.

Apa yang saya terangkan adalah sangat ringkas dan mudah. Jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan kajian itu sila baca di sini.

Secara kasar kita hanya melihat hidup kemudiannya mati. Santis pula melihat aktiviti kesedaran yang berlaku dalam saraf otak. Agama pula melihat lebih jauh dari itu. Mati merupakan pintu masuk dari alam kehidupan ke alam barzakh. Saya pula masih cuba memahami perbezaan tahap kesedaran ketika hidup dengan ketika mati.

Apa yang pasti adalah, semua orang akan menemui kematiannya samada lambat atau cepat. Untuk ketahui bagaimana rasanya ketika hampir mati nanti, kena tunggu bila dah nak mati. Masanya akan tiba dengan pantas tanpa anda sedari... moga Allah matikan kita dalam keadaan yang baik, Insyaallah!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Selepas meninggal, otak sedar yang anda dah meninggal - kata Saintis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !