Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 20, 2018

Jenama kereta paling banyak terjual di Malaysia dari Jan ke Jun 2018

  Mohd Shubhi       Friday, July 20, 2018



Dah habis setengah tahun untuk tahun 2018. Sat sungguh!

Nampaknya, bulan Jun 2018 merupakan bulan paling menyeronokkan untuk semua penjual kenderaan di negara kita Malaysia. Jumlah kenderaan yang terjual pada bulan Jun 2018 mengatasi semua jumlah yang dicatatkan pada bulan-bulan sebelum ini.

Malah jumlah kenderaan yang djual pada bulan Jun 2018, iaitu sebanyak 64,502 unit, merupakan pertama kali berlaku sejak bulan Januari 2018 jumlah melepasi 60 ribu unit. Sebelum ini tak pernah dapatpun.

Juga jumlah yang melepasi 64 ribu adalah rekod terbaik sejak 30 bulan yang lalu. Selamat 30 bulan sebelum ini, rekod jualan tak pernah capai atau melepasi jumlah 64 ribu.

Punca kereta banyak terjual bulan Jun 2018

Kenapa tiba-tiba orang ramai berebut beli kereta?

Kebetulan bulan Jun adalah musim perayaan kat negara kita. Memang dah jadi macam satu tradisi bila masuk musim perayaan, ramai orang cari alasan untuk beli atau tukar kereta baru. Penjual kereta juga buat macam-macam tawaran meleleh untuk tarik pelanggan.

Dan kebetulan pula, kerajaan baru Malaysia, iaitu kerajaan Pakatan Harapan telah korongkan kutipan GST. Dari 6% GST, mereka turunkan terus kepada zero GST. Semua rakyat Malaysia tak payah bayar GST bermula dari 1 Jun 2018.

Tindakan itu juga memberikan impak yang amat ketara dari segi harga jualan kereta. Kalau jumlah yang mencecah puluhan ribu, dengan penurunan harga sebanyak 6% sudah tentu jadi amat besar.

Satu lagi sebab mungkin semua penjual kereta berusaha keras untuk habiskan semua stok yang ada sebab tak tahu apa akan jadi bila SSt diperkenalkan semula bagi menggantikan GST.

Persatuan automotif Malaysia jangkakan harga kenderaan akan naik jadi lebih mahal bila SST diperkenalkan nanti.

Jenama kereta paling laku di Malaysia

Berikut merupakan senarai jenama kenderaan yang paling laris dijual di negara kita sejak bulan jan 2018 sehingga ke Jun 2018:

  1. Perodua - 44.9%
  2. Honda - 19.7%
  3. Proton -10.4%
  4. Toyota - 8.6%
  5. Nissan - 3.4%
  6. Merz - 2.6%
  7. Mazda - 2.5%
  8. Others - 7.9%
Perodua masih menggungguli kesemua jenama kenderaan yang ada kat negara kita. Memang ketara pun jumlah kenderaan Perodua kat atas jalan sekarang. Kalau lambung batu atas jalanraya, kebarangkalian untuk jatuh kena bumbung Perodua adalah tinggi.

Tapi menarik untuk tengok jumlah penjualan kenderaan Honda. Jumlahnya dari segi unit adalah sebanyak 51,354 unit. Jumlah itu mengatasi jumlah penjualan kenderaan Proton.

Proton hanya terjual sebanyak 27,109 unit sahaja. Kurang hampir separuh dari Honda. Kesian kat Proton. Nasib baik dah tidak jadi kenderaan Nasional lagi. Dah jadi milik pelabur China sekarang. Jadi tak jadi apa-apa isu sangat lah.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jenama kereta paling banyak terjual di Malaysia dari Jan ke Jun 2018

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !