Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 19, 2018

Anda boleh cuba dan rasa Ford Ranger melalui VR di Subang Parade Jumaat ini

  Mohd Shubhi       Thursday, July 19, 2018



Kalau anda nak cuba rasa, bagaimana hebat atau tidak hebat, naik pikap trak 4x4 Ford Ranger, kena pergi ke Subang Parade pada hari jumaat ini 20 Julai 2018.

Mungkin ramai yang ada hasrat nak beli dan pakai pikap trak 4x4 tapi risau takut tak sesuai. Mungkin juga takut tak reti bawa sebab selama ini dah biasa bawa kereta sedan biasa saja.

Memang lumrah manusia akan rasa tak selesa dengan semua perkara yang baru. Tak kisah samada semua orang kata benda itu bagus atau hebat, untuk mencuba dan sesuaikan diri perlu ambil masa.

Nak cuba bawa pikap trak 4x4 kawan, mungkin tak ada. Nak pergi ke Ford Ranger Show Room, rasa malas pula. Jadi dibiarkan saja perasaan risau tak berani nak pakai Ford Ranger begitu saja.

Rasa Ford Ranger guna VR di Subang Parade

Semua itu boleh selesai sekarang kalau anda pergi ke Subang Parade bermula hari jumaat 20 Julai 2018 sehingga 22 Julai 2018.

Anda boleh cuba Ford Ranger, rasa pengalaman pikap trak itu dengan menggunakan teknologi Virtual Reality.

Satu usaha terbaru yang digunakan oleh Ford bagi membawa pelanggan merasai kenderaan mereka hanya dengan perlu berada di pusat membeli belah sahaja.

Anda boleh rasa sendiri bagaimana teknologi baru Ford Ranger berfungsi seperti teknologi Forward Collison Alert dan Lane Departure Warning and Assist.

Macam mana rasa Virtual Reality

Mungkin ada yang tak boleh nak tangkap lagi macam mana rasanya bawa atau naik kereta Ford ranger hanya dengan guna Virtual Reality atau VR sahaja?

Memang VR ini tak sama dengan alat simulasi yang dah biasa kita pakai. Kalau anda biasa main video game kat kedai game, pernah naik kereta Formula 1 dan berlumba kat kedai video game tu, ertinya anda dah biasa guna alat simulasi.

Pemandu Kapal Terbang juga biasa guna alat simulasi untuk meningkatkan kecekapan dan pengalaman mereka dalam membawa kapal terbang.

Tapi dengan VR, anda tak perlu ada alat simulasi. Cukp hanya pakai alat penutup mata dan tengok apa yang anda lihat di dalamnya. Anda akan mengalami pemandangan sedang berada dalam kereta Ford Ranger dan rasa sebijik macam memang duduk depan steering Ford Ranger dan berjalan ke depan.

Lihat video ni macam mana orang guna VR:



Satu masa nanti, bila semua orang ada alat VR kat rumah mereka, tak mustahil untuk semua orang rasa dulu naik kereta yang mereka teringin nak beli kat rumah. Hanya dengan pakai VR saja dan tak payah lagi nak ke show room.

Rasa Ford Ranger dengan VR di lokasi lain

Jika anda tak tinggal berdekatan Subang Parade masih ada peluang untuk merasai VR di tempat lain juga. Berikut jadual roadshow yang akan dilakukan oleh Ford:

  • 20 – 22 July Subang Parade, Subang Jaya 
  • 27 – 29 July Queensbay Mall, Penang 
  • 2 – 4 August Tesco Kota Bharu, Kelantan 
  • 10 – 12 August Setia City Convention Centre – Lot B Car Park, Setia Alam 
  • 23 – 25 August Sutera Mall, Johor Bahru 
  • 6 – 8 September Aman Sentral, Alor Setar, Kedah

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda boleh cuba dan rasa Ford Ranger melalui VR di Subang Parade Jumaat ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !