Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 18, 2018

Saintis syak ada hubung kait antara nyanyuk dengan tak cukup tidur

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 18, 2018


Ada macam-macam teori pasal masalah nyanyuk yang pernah saya dengar. Nyanyuk atau dalam istilah lain dipanggil Alzheimer bukan lagi masalah terpencil.

Bukan saja berlaku pada orang Melayu yang dah biasa sangat kita dengar dan jumpa. Alzheimer atau nyanyuk memang berlaku di mana-mana. Di negara Amerika, seramai 5.7 juta rakyatnya hidup dalam keadaan menghidapi masalah Alzheimer.

Data menarik tentang masalah Alzheimer di Amerika boleh anda baca kat sini. Saintis sedang giat buat kajian untuk atasi masalah penyakit nyanyuk ini untuk mendapatkan cara supaya ianya boleh dikesan awal dan seterusnya merawat masalah Alzheimer.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang Nyanyuk?

Saya tak pasti. Kena tanya Dr Zul, menteri kesihatan kita kalau kementerian kesihatan ada maklumat masalah alzheimer di Malaysia secara tepat. Tapi berdasarkan maklumat yang saya dapat dari sini, jumlah pesakit Alzheimer kat negara kita ada dalam 50 ribu orang.

Satu lagi masalah yang lebih kurang sama tapi bawah sikti dari Alzheimer adalah masalah Dementia. Saya ada pernah kongsikan pengalaman jaga mak saya yang kena masalah ini dalam blog ini panjang lebar. Nasib baik mak beransur pulih dan tak jadi nyanyuk terus.

Sekarang dia hanya adalah masalah dementia yang tak berapa ketara sangat dan jalani kehidupan yang normal macam biasa.

Persepsi bahawa nyanyuk adalah proses biasa yang akan dihadapi oleh orang tua mungkin perlu disemak semula. Sekurangnya ada usaha untuk buat kajian dan cari jalan terbaik bagi tangani masalah nyanyuk serta kurangkan penyakit ini.

Memang kita faham yang proses orang tua satu masa akan jadi macam budak-budak. Orang tua mungkin akan lemah daya ingatannya. Itu tak sama dengan nyanyuk yang lansung berkeadaan seperti orang yang tidak sedarkan diri dan tidak dapat kawal jasad serta derianya.

Tun Mahathir tidak nyanyuk

Dulu sebelum PRU 14, ada segelintir orang yang tuduh kononnya Tun Mahathir, Perdana Menteri kita sekarang nyanyuk. Tapi dari mata kasar orang biasapun boleh lihat sendiri sekarang samada Tun M nyanyuk atau tidak.

Orang Nyanyuk sudah tentu tak boleh ketuai mana-mana kumpulan untuk jatuhkan sebuah kerajaan yang berakar kejap di malaysia lebih dari 60 tahun!.

Sah Tun Mahathir lansung tak nyanyuk. Malah Dementiapun tidak. Dia buat sejarah jadi orang pertama yang berjaya jatuhkan kekuasaan BN di negara kita.

Hubung kait nyanyuk dengan tak cukup tidur

Ada satu kajian yang menarik ditemui oleh saintis yang mungkin ada hubung kait yang rapat dengan masalah nyanyuk ini.

Ketika anda tidur, salah satu proses penting yang berlaku dalam otak adalah aktiviti mencuci bahan buangan yang terbentuk di bahagian otak. Antara bahan buang itu adalah sejenis protein yang dipanggil Amyloid beta (A-beta).

A-beta ini adalah selaput yang wujud pada otak semua orang yang menghidapi masalah penyakit Alzheimer.

Dalam keadaan biasa, bila otak digunakan dengan aktif, A-beta terbentuk di dalam otak. Dan setiap kali anda tidur, aktiviti cuci buang bahan ini berlaku dan otak bersih semula dengan baik bila anda tidur dengan nyanyak dan cukup.

Bila saintis buat kajian terhadap orang yang tidak cukup tidur dalam tempoh 31 jam. Jumlah A-beta dalam otak naik mendadak sebanyak 5%. Kenaikan sebanyak 5% dalam tempoh 31 jam pada orang yang tak cukup tidur adalah satu jumlah yang banyak.

Bayangkan kalau anda asyik tak cukup tidur tahan diri dan seksa diri. Kalau panjang umur, mungkin tua anda dalam keadaan nyanyuk. Baca kajian tersebut kat sini.

Dalam kajian yang sama kat sini, kajian terhadap 283 orang tua juga menunjukkan hasil yang sama. Orang tua yang tak cukup tidur, didapati tinggi jumlah A-beta yang terbentuk dalam otak mereka.

Walaupun semua kajian itu masih dalam peringkat andaian. Tapi nampaknya tahan diri tak cukup tidur dan rehat sebaiknya adalah merbahaya. Tak cukup tidur menghalang proses mencuci bahan buang yang ada di otak anda.

Jadi jaga tidur. Tidur cukup dan nyenyak adalah penting untuk kesihatan bukan saja untuk otak, malah untuk seluruh diri anda sendiri.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Saintis syak ada hubung kait antara nyanyuk dengan tak cukup tidur

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !