Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 27, 2018

Kali pertama sewa kereta di KL? 5 tips ini boleh membantu anda

  Mohd Shubhi       Friday, July 27, 2018



Menyewa kereta sewaktu bercuti ataupun out-station di KL sangat lah praktikal.

Anda boleh jimat banyak daripada duit yang akan dibelanjakan untuk sewaan teksi atau E-Hailing. Anda juga boleh jimatkan masa daripada terikat dengan jadual kenderaan awam seperti LRT, MRT dan Komuter.

Lagipun, tentulah anda bawa luggage kan?

Anda perlukan ruang untuk simpan barang untuk mudah bergerak.

Tapi, kereta sewa boleh jadi sesuatu yang menyusahkan terutama sekali kepada first timer. Orang yang tak pernah lagi mencuba pilihan sewa kereta di KL ini tentu perlukan sedikit maklumat untuk memulakannya.

Di sini saya sediakan 5 tips yang anda kena tahu sebelum menyewa kereta di KL.

1. Kereta sewa murah tak semestinya 'murah'

Bisnes kereta sewa KL ni tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Terlampau banyak. Jadi, anda perlu berhati-hati memilih servis yang berkredibiliti.

Kadang-kadang, memang boleh dapat harga yang murah, tapi bila dapat kereta sewa murah; kereta lama, tangki minyak kosong, kereta kotor, enjin kereta 'out', kemik sana sini?

Walaupun bukan semuanya begitu, tapi anda sanggup ke?

Silap-silap, boleh jadi lagi mahal sebenarnya walaupun pricetag nya murah.

Setuju?

2. Cari syarikat yang ada website

Kredibiliti syarikat lebih terjamin kalau anda dapat lihat sendiri 'kedai' mereka.

Semak website mereka untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis mereka.

Daripada website, anda juga boleh lihat jenis servis lain yang mereka tawarkan seperti jenis kereta sewa MPV, kereta sewa sedan, dan kereta sewa mewah.

3. Cari syarikat yang tawarkan Collision Damage Waiver (CDW)

Jangan kedekut utk pastikan anda stress-free dari risau pasal insurans dan kemalangan.

Beli insurans (dalam bentuk CDW) yang syarikat kereta sewa itu tawarkan.

Ini untukk pastikan anda selamat.

Tapi, selalunya CDW ini optional. Jika anda yakin anda mampu elak dari sebarang kemalangan, anda boleh pilih untuk tidak beli CDW. Tiada paksaan.

Tapi, kalau terjadi apa-apa, kos gantirugi yang dikenakan oleh syarikat kereta sewa selalunya sangat tinggi. Sesuatu yang anda patut pertimbangkan.

4. Bayar pakai kad kredit 

Paling senang untuk tahu kredibiliti servis ialah melalui cara pembayaran kad kredit.

Kebanyakan syarikat kereta sewa KL yang ada fasiliti kad kredit selalunya tawarkan servis yang bagus.

Dengan kereta yang kondisinya terjamin kerana mereka percaya fasiliti kad kredit ini memudahkan pelanggan.

Syarikat yang mementingkan kemudahan pelanggan sudah pasti akan memastikan anda selesa menyewa dengan mereka.

Jika anda tiada kad kredit, boleh guna kad debit.

5. Periksa dan ambil gambar kereta sewaktu mendapat kereta 

Sewaktu terima kereta, pastikan anda periksa keadaan kereta sewa luar dan dalam.

Paling asas, periksa keadaan dalam dan luar kereta bersih ke tidak, periksa paras tangki minyak dan ambil gambar setiap sisi kereta iaitu bahagian tepi, depan dan belakang.

Jika anda orang yang lebih teliti, periksa roadtax dan tarikh maintenance untuk kereta tersebut.
Pastikan semuanya dalam keadaan baik.

Anda ada hak untuk tidak terima kereta tersebut kalau keadaannya sangat tidak memuaskan.


Cuba guna khidmat sewa kereta The Carpedia

Untuk hilangkan kerisauan anda sewa kereta di Kuala Lumpur, anda boleh cuba servis The Carpedia.

The Carpedia mempunyai pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang ini. The Carpedia hanya menawarkan servis yang berkualiti dan selesa untuk keutamaan pelanggan.

Kami beri jaminan 100% money back guaranteed dengan servis The Carpedia. Untuk dapatkan maklmat lebih lanjut boleh berhubung dengan Hazim 013-7144547 atau hubungi pegawai di The Carpedia di nombor 019-5778108

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kali pertama sewa kereta di KL? 5 tips ini boleh membantu anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !