Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 26, 2018

Bapak kritik kasut sekolah hitam, Mak kata sepatutnya dari dulu dah ubah

  Mohd Shubhi       Thursday, July 26, 2018


Agak terlewat tulis pasal rancangan untuk tukar kasut sekolah dari putih kepada warna hitam. Riuh rendah orang bincang pasal keputusan tersebut sebaik saja diumumkan oleh Menteri Pendidikan baru dari kerajaan PH.

Oleh sebab memang dah terlekat dalam kepala sejak isu kasut sekolah putih jadi hitam idea yang timbul dari pertanyaan dan pemerhatian, maka curi kesempatan sikit untuk tulis padal isu kasut sekolah ini.

Bapak kritik kasut sekolah hitam

Rata-rata jawapan dari kalangan bapak yang saya tanya kritik keputusan untuk tukar kasut sekolah putih kepada kasut hitam. Tandanya mereka tak setuju dengan keputusan tersebut. Malah merasakan itu satu keputusan yang salah.

Dari komen dan tulisan kat media sosial yang saya baca juga, para bapak memang tak setuju. Ramai yang kata menteri pendidikan sepatutnya lihat perkara lain yang jauh lebih penting daripada nak tukar kasut.

Kat akhbar berbahasa Cina juga mereka besarkan isu keputusan tukar kasut dari putih kepada kasut hitam.

Yang tak baiknya dari laporan akhbar Cina adalah sikap besarkan isu kasut hitam berdasarkan ucapan menteri pendidikan. Sedangkan menteri cakap banyak lagi perkara lain yang amat penting. Kasut hitam hanya salah satu saja dari yang dia sebut. Kenapa nak besarkan pasal kasut dan tak besarkan pasal agenda ubah lain yang dia sebut?

Alasan tak setuju kasut hitam

Ada satu perumpamaan yang menarik diberikan oleh salah seorang warga Twitter yang saya follow. Dia berikan perumpamaan askar yang perlu pakai kasut berkilat kemas dan rapi yang dah diamalkan sejak dahulu.

Apa kata ubah saja kasut askar kepada kasut comot dan berselut kelabu. Bukankah askar kena masuk hutan, terjah paya, seberang sungai, dan lain-lain lagi kerja lasak. Tentu kasut kilat adalah kerja sia-sia.

Tapi masih juga dikenakan peraturan supaya kasut sentiasa kemas berkilat sampai boleh dijadikan cermin.

Isunya adalah disiplin.

Itulah tujuan askar disusahkan dengan sengaja supaya ia dapat melatih sikap berdisiplin dan menyediakan diri terhadap perkara yang memang sukar supaya bila betul-betul sukar nanti, dah jadi kebal.

Macam itu juga kasut sekolah. Budak sekolah mahu diterapkan disiplin untuk jaga kasut putih supaya tidak kotor. Kalau kotor kena basuh, sapu kapur putih dan jadikan dia putih semula. Berkasut putih dan bersih perlu dijadikan tugas pelajar supaya budaya berdisiplin dan rajin terbentuk.

Itu kata bapak

Mak tanya kenapa tak ubah sejak dulu

Bila ditanya pada kaum ibu, terus spontan mereka kata sepatutnya kerajaan dah ubah pakai kasut hitam sejak dulu lagi. Elok dari mula pakai kasut hitam saja.

Kenapa para mak kata begitu?

Itu tandanya mereka setuju dan rasa lega yang amat sangat. Isteri saya juga kata macam itu. Dia rasa lega dan gembira dengan keputusan kerajaan.

Kenapa mak setuju kasut hitam

Bila saya fikirkan semula, kenapa mak setuju dan bapak macam tak suka dengan keputusan tukar kasut sekolah putih kepada hitam itu, saya dapat senaraikan beberapa punca yang menarik.

Pertama sekali, bila kasut hitam, kerja untuk membela kasut akan jadi jauh lebih mudah. Selepas di pakai, dua atau tiga hari, boleh basuh kasut hitam itu dan jemur jadi kering. Dan paling mudah tak perlu sapu kapur hitam.

Kasut akan tetap hitam dan kalau lama sangat, mungkin jadi kelabu sikit. Tapi rasanya payah nak bertukar jadi tak hitam. Kasut anak saya yang jadi pengawas, yang kena pakai kasut hitam lebih dari setahun tetap kekal hitam.

Jadi akan berkurangan kerja kaum ibu.

Selama ini, maklah yang akan tengok urusan basuh dan sapu kapor pada kasut sekolah. Walaupun bila pelajar dah pandai mereka akan basuh sendiri dan sapu kapur sendiri. Tapi mak tetap kena pantau dan bising berleter pada anak-anak sebelum mereka buat kerja bersihkan kasut sekolah putih mereka.

Apa Bapak buat?

Biasanya bapak tak ambil pot sangat pasal kasut dan basuh kasut tu. Bapak hanya cool dan tak riuh macam mak. Jadi bapak tak tengok isu habis tenaga untuk selesaikan urusan kasut sekolah anak-anak.

Yang membuatkan bapak akan beliakkan mata hanyalah bila isterinya suruh beli kasut sekolah baru. Kasut dah buruk dan koyak. Masa itu baru bapak kelam kabut dan berengus.

Ertinya bapak lebih pentingkan bab keluarkan duit untuk beli kasut baru. Atau lebih tepat lagi, bapak tak mahu dengar kena beli kasut baru kerap sangat. Jadi tak hairanlah bila kena tukar katu hitam bapak tak setuju sangat.

Mak tak kisah kenapa beli kasut hitam baru sebab kerja itu biasanya urusan bapak. Jadi dia tak terasa lansung. Yang pentingnya kerja dia lebih mudah. Lebih baik dia gunakan masa uruskan kasut supaya putih itu untuk tengok kerja rumah anak-anak atau kerja memasak dan lain-lain yang lebih penting.

Apa kata saya pulak?

Saya terfikir kenapa kasut hitam. Kenapa tak buka pilihan bebas. Asalkan kasut sekolah tak kisah warna apa. Biru ka, hijau ka, celoreng ka, belang ka, putih ka... boleh saja. kan meriah dan tidak membosankan. Malah ia membentuk identiti pelajar yang lebih menarik!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bapak kritik kasut sekolah hitam, Mak kata sepatutnya dari dulu dah ubah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !