Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, August 5, 2018

Anda pangkah PH masa PRU-14 sebab semua janji-janji manis mereka kah?

  Mohd Shubhi       Sunday, August 5, 2018

Anda pangkah Pakatan Harapan kah masa PRU-14 hari tu?

Kalau ya, adakah disebabkan semua janji-janji manis yang mereka campakkan samada dalam manifesto atau mana-mana kenyataan pemimpin politik atasan mereka ketika berceramah politik dulu?

Saya secara peribadi memang pangkah Pakatan Harapan atau PH. Kat tempat saya buang undi, ada BN, ada PH dan ada Pas. Memang sebelum ini parti yang menjadi pusat sokongan saya adalah Pas. Dari parti itu saya ambil tahu pasal politik Malaysia.

Dari parti itu juga saya jalinkan semua kawan-kawan yang satu kepala tak suka kepada Barisan Nasional. Tak suka kepada Umno. Tak suka kepada kerajaan pimpinan BN sejak zaman Tun Mahathir jadi ketua mereka lagi.

Tapi bila Pas tak turut serta dengan PH dan mahu jadi lone ranger lawan apa yang mereka tuduh sebagai musuh Islam, saya jadi skeptikal dengan Pas. Islam yang macam mana mereka mahu nampaknya memang tak sehaluan dengan apa yang saya faham.

Maka saya lansung tak pertimbangkan untuk pangkah Pas ketika PRU-14 lalu. Saya dengan yakin pangkah PH dan ternyata memang PH menang dan berjaya akhirnya tumbangkan BN sejak sekian lama dahulu.

Dan orang yang saya tentang dan tak suka dulu ketika memerintah negara, Tun Mahathir yang ketuai PH untuk tumbangkan BN. Saya pangkah ketua yang dulunya saya ikut semua pembangkang benci dan keji dan tuduh macam-macam kat dia.

Bila ingat balik semua itu, saya rasa macam cerita lawak betapa manusia pantas berubah. Dan sama juga dengan Pas, orang yang mereka benci dulu siap keluar fatwa berat dari Tok Guru mereka, sekarang dah jadi sparring partner berlatih untuk tumbangkan PH.

Bukan sebab janji manis PH

Saya tak ambil peduli apa janji manis PH. Saya hanya mahu lihat ada perubahan drastik terhadap negara dan bukan lagi berada di bawah pimpinan BN. Itu saja yang saya mahu lihat.

Bukan tak percaya yang BN boleh ubah negara supaya jadi lebih baik. tapi saya tak yakin dengan budaya yang BN ada, budaya ego, budaya rakus, budaya pergunakan nama bangsa untuk kaut untung peribadi, saya tak rasa BN boleh ubah dalam masa terdekat.

Jadi itu secara umum kenapa saya tolak BN dan mahukan PH menang.

Bila semua orang sibuk ukur janji 100 hari PH, saya buat tak tahu saja sebab banyak lagi kerja lain untuk saya buat. Banyak mulut yang saya kena suap dan banyak hutang yang saya kena bayar.

Dok ukur dan laung sana dan sini, pantau prestasi kerajaan tak memberian sekupang lebih pun pada saya. Lagipun biarlah orang akademik buat. Itu kerja mereka untuk jadi bahan kajian dan percambahan ilmu.

rakyat marhaen macam saya tak payah nak buat kerja tersebut. Kerja cari makan untuk keluarga adalah jauh lebih penting lagi dari gila politik.

Budaya lobi melobi sama saja BN atau PH

Apa yang saya perhatikan pada orang politik dan orang berniaga ni sama saja. Samada ketika BN memerintah atau ketika PH jadi kerajaan, budaya lobi melobi ini sama sahaja.

Memang itu kerja orang berniaga dan memang orang politik perlukan sokongan mereka. kalau orang berniaga tak bagi duit tanggung segala perjuangan orang politik yang mereka dukung, tentu tak ada apa yang akan bergerak.

Saya tengok Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan yang ada banyak bajet untuk dihibahkan pada orang berniaga. Sebaik saja dia jadi menteri, saya lihat kawan-kawan yang memang saya kenal kaki lobi projek kerajaan untuk himpun kekayaan dan mula himpit dia.

Apa beza sangat antara menteri BN dengan menteri PH?

Yang berbezanya adalah dulu kumpulan peniaga lain dan sekarang kumpulan peniaga lain. Aktiviti hurung menteri berlaku sama sahaja macam yang sudah sudah.

Tapi biarlah mereka dengan cara mereka. Saya tak ada apa-apa projek yang memerlukan sokongan menteri untuk hidup. Jadi tak payahlah nak himpit orang politik. Kerja saya banyak konvensional cari duit dari pasaran terbuka yang akan tetap sama saja masa BN atau masa PH.

Yang penting kerajaan sekarang perlu terbuka menerima kritikan. Perlu ada check n balance dan sanggup ubah jika ada bukti salah....

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda pangkah PH masa PRU-14 sebab semua janji-janji manis mereka kah?

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Cetek punya justification...just kerana pas x join ph terus di pukul rata bhw pas menghina dan berkerjasama ngan musuh iaitu umnbn padahalpas diserang siang mlm dan ditikam difitnah oleh ph yg di ketuai mahathit
    Tak tahu membezakan mudarat kecik atau besar ...seolah2 pas adalah mudarat besar yg akan menggugat melayu islam dan negara sexara keseluruhan
    Posting pandai plak melibatkan kesusahan cari duit padahal pemimpin pas takde sorsng pun yg di siasat kes rasuah berbanding ph 21 dan bn 70

    ReplyDelete
  2. Typical pas.. semua org cetek ilmu kecuali mereka.. taksub dgn diri sendiri..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !