Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 11, 2018

Orang yang tak tinggal solat akan kekal keupayaan belajar perkara baru

  Abu Ays       Saturday, August 11, 2018


Adakah anda seorang yang setia menunaikan solat 5 waktu sejak dari kecil sampai dewasa?

Rasanya ramai juga yang setia dan tak tinggalkan solat kat negara kita khasnya untuk mereka yang beragama Islam. Paling lekehpun, kalau masa muda selalu ponteng solat, bila masuk umur tua, akan mula berikan perhatian pada solat.

Lama dulu pernah saya baca laporan yang mengatakan hanya 20% sahaja daripada umat Islam kat negara kita yang tak ponteng solat 5 waktu.

Ada cikgu yang rajin buat bancian terhadap anak murid mereka yang beragama Islam. Mereka tanya samada ibubapa mereka kat rumah bersolat. Rata-rata mendapati hanya lebih kurang 20% sahaja yang beritahu ibubapa mereka tak tinggalka solat 5 waktu.

Tak tinggal solat bila dah tua

Tapi saya tak pernah jumpa lagi kajian yang terperinci terhadap sikap orang Islam kita terhadap solat. Terutamanya kajian yang mencari hubung kait umur seseorang terhadap aktiviti solat.

Saya yakin orang muda ramai yang agak lalai dengan solat walaupun mereka sedar kewajiban bersolat itu. Para Ustaz yang amat ramai sekarang sentiasa mengingatkan semua orang agar ambil berat pasal solat.

Tambahan pula dengan media sosial yang amat meluas, membuatkan aktiviti ingatkan orang ramai berlaku hampir setiap saat. Dalam FB, dalam Twitter, dalam radio, dalam TV dalam akhbar, dalam blog, dalam WhatsApp group... semua orang berikan nasihat agama dengan amat aktif.

Saya dapati, hampir semua kawan-kawan, seligat manapun mereka masa muda, bila masuk usia lanjut, anak-anak dah dewasa, mula berjinak-jinak dengan agama semula. Mula kongsikan artikel keagamaan, nasihat agama dan lain-lain lagi seumpamanya.

Jadi saya andaikan, majoriti orang islam kat negara kita tak tinggal solat bila dah tua.

Aktiviti solat berbanding aktiviti meditasi

Kalau kat barat, banyak kajian dilakukan terhadap aktiviti meditasi. Dan kajian demi kajian mendapati amalan meditasi terlalu banyak manfaatnya buat mereka yang sentiasa berlatih dan mengamalkannya.

Solat amat rapat kaitannya dengan aktiviti meditasi dengan caranya yang tersendiri. Ia merupakan satu latihan untuk menyerahkan diri 100% kepada Penciptanya dan meninggalkan semua kesibukan, kerisauan, tekanan atau apa saja dan hanya fokuskan pada Tuhan yang menciptakannya.

Solat adalah satu latihan membebaskan diri 100% daripada terikat kepada apa saja selain dari Tuhan. Itu satu latihan memerdekakan minda.

Amalan sedemikian di dapati memberikan kesan yang tinggi kepada keupayaan minda untuk mengawal tekanan hidup dan menghadapi masalah dengan tenang. Bukan itu saja, ia memberikan kesan tinggi terhadap keupayaan otak untuk belajar dan memahami perkara baru dalam menambah ilmu.

Dalam satu kajian terbaru kat sini, saintis dapati mereka yang amalkan meditasi secara konsisten, kemudiannya berhenti, kesan terhadap keupayaan minda untuk berikan tumpuan, belajar dan memahami kejadian akan terus kekal sehingga 7 tahun.

Kalau kita kaitkan meditasi dengan solat, ertinya jika anda satu ketika dahulu amat kuat solat atau banyak solat kemudian tiba-tiba otak jadi spark dan tinggalkan solat sebab terpengaruh dengan kawan liberal dan free thinking. kesan dari aktiviti solat dulu akan masih kekal selama sekurang-kurangnya 7 tahun.

Betapa kuatnya hasil dari amalan solat yang bersungguh-sungguh itu.

Keupayaan minda kekal kuat sampai tua

Sering sangat kita dengar orang tua mengeluh payah nak berikan tumpuan dan belajar perkara baru bila dah tua.

Jika anda seorang yang tak pernah tinggalkan solat, keluhan itu nampaknya tidak menggambarkan amalan anda selama ini.

Jika anda solat sebenar-benar solat, sepatutnya keupayaan akal untuk berikan tumpuan memahami dan belajar perkara baru tidak akan berkurangan sangat walaupun umur dah meningkat tua.

Begitu juga kalau anda dah tua dan sering lupa dan susah untuk berikan tumpuan, sila semak semula bagaimana anda amalkan solat selama ini.

Adakah anda berlatih berikan tumpuan untuk bebaskan minda dari semua perkara selain kepada Tuhan selama ini. Atau ketika solat, anda masih lagi risau itu dan ini, teringat macam-macam, dan kelam kabut nak habiskan solat dengan pantas.. itu tandanya minda anda masih terikat pada selain dari Tuhan ! 

Cuba fikirkan !

logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, Orang yang tak tinggal solat akan kekal keupayaan belajar perkara baru

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Untunglah yg sempat tua dan ingat utk sempurnakan solatnya, tp ramai juga yg tak sempat tua dah meninggal. Ramai yg mengaku percaya Hari Akhirat, tp tak ramai yg bersungguh sungguh buat persediaan utk menghadapi dan melaluinya. Sekurang kurang jgnlah sekali kali meninggalkan solat.

    Org yg meninggalkan solat itu terputus dr Rahmat Allah swt. Kehidupan Akhirat bg yg tidak tergolong org org soleh amatlah berat, bermula dr saat matinya, hinggalah ke penentuan Syurga Neraka, seluruhnya adalah perjalanan dan pengalaman yg amat berat utk dilalui. Apakah yg nak diharapkan lg bg org org yg terputus dr Rahmat Allah swt, tiada harapan langsung utk selamat atau diselamatkan. Bayangkan kesusahannya berada di tgh padang pasir panas tiada air tiada makanan, dlm kesusahan sedemikian tidak pula mati mati, yg dpt mengakhiri penderitaan itu. Bayangkanlah betapa gembiranya jika ada yg dtg membantu. Bayangkanlan dlm kesusahan Akhirat yg lbh lbh lg, jika masih ada walau sedikit dr Rahmat Allah swt yg dpt meringankan dan membantu.

    Solat itu tiang agama, meninggalkannya bererti meruntuhkan agamanya sendiri. Tidaklah dianggap beragama bg yg meninggalkan solat. Seringan ringan perkara kufur atau batasnya Islam dan kufurnya seseorg itu adalah meninggalkan solat dgn sengaja. Seringan ringan perkara kufur itu juga membatalkan seluruhnya amal kebaikan yg dilakukan sebelumnya, menjadi sia sia semuanya. Yg meninggalkan solat itu di Saqar, sementara yg mencuai cuaikannya itu di Weil satu lembah dlm Jahannam.

    Saudara saudaraku yg dikasihi, jgnlah sekali kali meninggalkan solat.

    ReplyDelete
  2. Bgmn menilai diri kita sbg seorg muslim dr solat kita. 6 tingkatan seorg muslim dinilai dr solat kita masing masing.

    1. Yg tak kisah nak solat. Tp ttp mengaku muslim. Diterima Islamnya atau tidak serah saja kpd Allah swt, jgn kita pula pandai pandai menghukum. Nilaikan diri sendiri sahaja, jgn nilaikan org lain.

    2. Yg kdg kdg solat, kdg kdg tidak, ikut sempat, ikut mood. Dgn kata lain inilah golongan yg mencuai cuaikan solat, disebut dlm Surah Al Ma'un.

    Dua yg pertama ini adalah golongan fasikin dan pelaku perbuatan kufur.

    3. Dr segi jumlah solatnya cukup, jika tertinggal diqada'nya, kurangnya dr segi kesempurnaan rukun rukun dan syarat syaratnya, juga dr segi khusyuknya. Golongan muslim yg lemah imannya, yg cacat atau tidak sempurna imannya. Syariat syariat lainnya juga kurang diberi perhatian dan kurang dipatuhinya.

    4. Sempurna solatnya, zahir dan batin. Zahir pd rukun rukun dan syarat syaratnya, juga dgn menyempurnakan sunat sunatnya. Batin pd hadir hati dan khusyuknya. Semua syariat agama dipatuhinya. Inilah golongan mukmin soleh yg sempurna imannya. Sempurna solat fardhu itu bg org lelaki, adalah dgn berjamaah di masjid masjid atau surau surau. Golongan ini juga boleh kita temui dr klgn mrk yg sering melazimi majlis majlis ilmu.

    5. Golongan yg sudah dpt merasa nikmatnya solat. Seringkali menambah nambah dan memanjang manjangkan solat solat sunatnya. Setiap kali solat merasa berada dlm majlis Allah swt, dikelilingi para malaikat dan para solihin yg memerhatikan setiap perlakuan dan bacaan solatnya. Inilah derjatnya para muttaqin.

    6. Solat adalah nikmat terbesar bgnya. Sbgmn makanan adalah nikmat terbesar bg yg kelaparan, minuman adalah nikmat terbesar bg yg kehausan, dan tidur adalah nikmat terbesar bg yg keletihan dan mengantuk, begitulah analoginya, solat adalah nikmat terbesar bg golongan ini. Mk tidak menghairankan ibadah ibadahnya yg bg kita merasakan adalah luar biasa. Inilah kategori muslim para waliullah.

    Nilaikanlah sendiri di manakah agknya kedudukan kita dan solat kita.

    Apapun, jgnlah sekali kali meninggalkan solat.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !