Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 4, 2018

Pengalaman makan Mee Racun yang terkenal di Batu Pahat

  Mohd Shubhi       Thursday, October 4, 2018

"Tak payah nak makanlah Mee Racun tu!, nama macam tu macam doa la pulak. Nanti jadi betul-betul baru tau!"

Itu komen kawan yang terbaca posting yang saya buat ketika makan Mee Racun Batu Pahat baru-baru ini.

Sebelum duduk berdepan meja plastik di sebelah depan kedai Mee Racun tak terfikir pulak pasal nama mee terkenal tu. Masa tu cuma ingat lapar dan perut perlu di isi segera.

Kebetulan itu kedai yang hampir dengan hotel yang saya tinggal, dan kedai makan lain yang ada macam tak berapa menarik, maka saya pilih kedai Mee Racun Batu Pahat tu untuk selesaikan masalah lapar.

Paparan papan iklan Mee Racun menarik

Memang betul kata orang. Dalam membuat sebarang keputusan, emosi memainkan peranan penting. Akal waras dan perkiraan logik selalunya tewas ditenggelamkan oleh kepantasan akal emosi bertindak.

Kenapa Mee Racun jadi pilihan?

Sebaik saja saya sampai dan check-in kat Hotel Pinetree di Taman Batu Pahat itu, terus tukar pakaian dan turun ke bawah. Hotel tu memang duduk betul-betul di sekitar pekan yang ada banyak kedai di sekelilingnya.

Mulanya nak pergi makan kat kedai makak di sebelah kanan hujung sana yang agak jauh dari hotel. Kedai mamak tu saya pernah makan masa kali pertama duduk kat hotel itu 2 atau 3 tahun lalu.

Tapi bila sedang jalan kaki nak ke sana, terpandang papan iklan besar terang dan jelas di seberang jalan sana. Mee Racun Batu Pahat tertulis dengan jelas kat papan iklan tu. Cantik berapi kemerahan memberikan gambaran panas dan pedas.

Emosi mula memainkan peranannya...

Mee Kuah paling sedap

Saya terbayangkan keenakkan mee kuah yang selalu saya makan kalau balik ke Pulau Pinang setiap bulan. Boleh kata semua mee kuah kat Penang sedap belaka. Mee Kuah Ketam kat Cherok Tok Kun adalah yang terbaik bagi saya setakat ini.

Tak pernah jumpa lagi Mee Kuah lain yang lebih sedap dari Mee Kuah Ketam kat sebelah pagar sekolah Cina di jalan nak masuk ke Hutan Lipur Cherok Tok Kun tu.

Mungkin Mee Racun Batu Pahat tu boleh mengubah carta Mee Kuah Paling sedap yang saya dok pegang selama ini.

Untuk ketahuinya, saya terus lintas jalan dan pergi duduk kat salah satu dari banyak meja yang disediakan di depan kedai Mee Racun tu. Dari jumlah meja yang disusun tu saya boleh buat andaian yang pelanggannya tentu ramai.

Masa duduk tu masih awal. Tak masuk magrib lagi. Mungkin kedai itupun baru saja dibuka. Orang masih tak ada. hanya saya dan ada lagi 3 atau 4 meja yang ada pelanggan. Di depan saya ada sepasang suami isteri berbangsa Cina sedang asyik menghirup mee kuah tu.

"Kalau Cina pun datang makan, mungkin Mee Kuah ni sedap" saya buat andaian dalam hati.

Lalu saya order Mee Racun daging sepinggan bersama dengan secawan Teh O. Ada Mee Racun ayam, daging dan Tulang ditawarkan kat situ.

Tak lama tunggu, Mee Racun datang. Pinggan yang penuh dengan mee, telur dadar seketul di atasnya, ada banyak ketulan daging dan kuahnya kelihatan merah menyala. Saya ambil gambar dan masukkan ke dalam Insta dan kongsikan pada kawan-kawan.

"Mereka panggil ini Mee Racun Batu Pahat. Harap tak ada racun dalam mee ni!" itulah yang saya tulis pada paparan gambar di dalam Insta tu.

Dan dari situlah kawan tegur pasal nama yang tak baik yang ada pada mee kuah yang saya nak makan itu. Memang ada benarnya jugak komen kawan tu. Itulah juga yang selalu saya dengar. jangan sebut makanan dengan nama-nama yang tak senonoh. Nanti jadi betul.

Kalau dalam keadaan biasa orang beritahu saya ini 'mee racun', tentu saya agak keberatan nak makan ...

Sebutan jadi macam doa yang mustajab

Mee Racun dah order, perut lapar, saya abaikan saja komen kawan itu. Masa itu baru pakai logik akal.

Kalau sebutan boleh jadi macam doa. Dan hasil dari macam doa itu mampu tukarkan mee yang elok jadi beracun. Maka tentu kalau betul-betul berdoa jauh lebih justajab lagi. Itulah yang saya hujahkan pada komen kawan itu.

Saya kata sebelum kakan saya betul-betul doa, bukan sekadar 'macam doa'. Supaya badan saya bertukar menjadi kebal tak lut dek apa saja racun. Terus saya rasa kuat dan kebal. Makan apa saja racun tak menjadi.

Dan saya terus suap mee racun Batu Pahat tu masuk ke dalam perut. Kunyah dan akhirnya licin habis satu pinggan.

Sedap kah Mee Racun yang jadi sebutan orang sangat kat batu Pahat tu?

Kalau perlu saya berikan markah antara 1 tak sedap dan 10 sangat sedap, maka Mee Racun Batu Pahat yang saya makan tu hanyalah dapat 5 markah sahaja.

Boleh la makan sekadar nak selesaikan masalah lapar.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman makan Mee Racun yang terkenal di Batu Pahat

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Sepatutnya nama begini patut tidak gunakan oleh pemilik kedai dan juga tidak dibenarkan oleh Majlis Perbandaran. Kalau dibiarkan nanti Mee Syaitan pun ada macam di Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan yg baik.. kalau pengguna jauhi produk sedemikian tentu tak ada penjual yg akan ambil mudah dengan nama produk yg mereka gunakan

      Delete
  2. Kalau tuan nak rasa yang betul beracun, tuan patut makan laksa racun...kalau dah alang alang meminta (menempah) racun, biarlah yang original...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !