Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 11, 2018

Putrajaya mahu mansuhkan hukuman mati - Kenapa Ulama tak bantah?

  Mohd Shubhi       Thursday, October 11, 2018


Kerajaan baru di Putrajaya nampaknya dah sepakat bersetuju untuk mansuhkan terus hukuman mati dari senarai hukuman berat yang ada di negara kita.

Berita ini keluar sejak semalam lagi terpampang di twitter dan diulang twit oleh mereka yang sokong penuh pemansuhan hukuman mati ini.

Nampaknya ramai yang tertunggu-tunggu perubahan kepada hukuman berat ini.

Kabinet dan bersetuju dan usul untuk mansuhkan hukuman mati akan dibentangkan di parlimen tak lama lagi.

Sejak tahun 2007 sehingga 2017, ada seramai 35 orang telah berjaya dibunuh dengan hukuman mati ini. 

Biasanya kat Malaysia hukuman mati bermaksud digantung sampai mati. Tak ada teknik tembak dengan senapang atau pistol. Juga tak ada teknik duduk atas kerusi karan lalu dikenakan arus letrik sampai mati.

Masih ada lagi seramai 1,267 orang pesalah yang sedang menunggu giliran mereka untuk digantung sampai mati.

Kesalahan yang membawa pada hukuman mati

Antara kesalahan berat yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum mati adalah;
  • Membunuh dengan niat membunuh
  • Mengedar dadah dalam jumlah yang mencukupi untuk dijatuhkan hukuman mati
  • Memiliki senjata api
  • Cuba lawan perang dengan Yang di-Pertuan Agong, pemerintah atau Yang di-Pertua Negeri

Ulama perlu tentang mansuh hukuman mati

Kalau hukuman mati dimansuhkan dari senarai hukuman kat negara kita, maka tak dapatlah nak bunuh mereka yang murtad.

Dalam undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh para pejuang agama Islam untuk ditegakkan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia, mereka yang keluar dari Islam atau Murtad wajiblah dihukum bunuh.

Seperti juga dengan hukuman potong tangan, memang ianya tak dapat dilaksanakan lagi oleh Malaysia. Tapi kalau PAS naik takhta, sudah tentu mereka akan berusaha untuk laksanakan undang-undang tersebut secepat mungkin.

Itulah yang mereka perjuangkan dan itulah yang selama ini mereka janji nak buat.

Dengan semua janji itu jugalah yang membuatkan ramai orang Islam kat Malaysia tetap pangkah PAS.

Mereka takut kalau tak pangkah, ertinya tak mahu undang-undang Islam ditegakkan di negara Malaysia.

Kalau dengan sengaja menolak dan tak mahu tegakkan undang-undang Islam kat Malaysia, boleh jatuh murtad terkeluar dari Islam.

Itulah kepercayaan orang Islam selama ini. Atau itulah yang para Ustad ajarkan kepada pengikut agama Islam selama ini. Dengan kefahaman itu juga ada dikalangan penegak Islam tegar yang berusaha bunuh orang kafir dengan pasang bom dan lain-lain lagi.

Jadi lambat atau cepat, pejuang Islam seperti PAS satu hari nanti akan tegakkan juga undang-undang Islam yang mereka percaya itu.

Jika hukuman mati mahu dimansuhkan daripada hukuman berat kat negara kita, maka akan ada masalah jika kesalahan murtad mahu dijatuhkan hukuman bila PAS berkuasa nanti.

Macam mana nak laksanakan hukuman mati pada orang yang keluar dari Islam?

Sebab itu saya tanya kenapa Ulama tak lawan usaha untuk mansuhkan hukuman mati ini dari senarai hukuman kat negara kita. Kerajaan baru ini nampaknya licik berusaha untuk menyusahkan usaha PAS melaksanakan hukuman Islam jika mereka berkuasa tak lama lagi.

Kesan pemansuhan hukuman mati

Selain dari tak boleh nak laksanakan hudud pada orang murtad, apa agaknya kesan lain yang bakal berlaku jika tiada lagi hukuman mati kat negara Malaysia?

Apa yang saya boleh nampak, orang yang tertangkap edar dadah tak akan gentar lagi sebab seteruk manapun hukuman, masih tak sampai dibawa ke tali gantung. Paling kuat hanya jatuh hukuman penjara selama-lamanya sahaja.

Bawa dadah sebanyak mungkin untuk diedarkan. Kalau lepas, kaya raya. Kalau tak lepas, hidup selamat, makan free dan penginapan free sampai mati semua kerajaan tanggung.

Mansuhnya hukuman mati juga bakal membawa kepada aktiviti balas dendam bunuh. Ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan mangsa bunuh akan tak duk diam kepada pesalah yang bunuh mangsa.

Pembunuh hanya akan kena penjara seumur hidup saja kalau terbukti bersalah.

Itu tentu tak setimpal bagi ahli terdekat mangsa bunuh. Lebih baik mereka buat hukum sendiri, pergi bunuh kat luar dan tak perlu bawa maklumat kepada pihak berkuasa sebab hukuman tak dapat memuaskan hati ahli terdekat mangsa.

Kita lihat bagaimana usul ini akan didebatkan dalam sidang parlimen kelak ! Tentu menarik !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Putrajaya mahu mansuhkan hukuman mati - Kenapa Ulama tak bantah?

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Tak mau sentuh tentang 4 kesalahan diatas dimana hukuman bunuh diundeng2kan.

    Ini berkenaan murtad, sila rujuk surah an-nisa ayat 137. Apa yg boleh kita paham?

    Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dibezakan, org baik dan org yg melakukan perbuatan baik.
      Begitu juga, harus dibezakan, org kafir dan org yg melakukan perbuatan kufur.
      Org yg mengaku muslim, tp berulang ulang melakukan perbuatan kufur, disedari atau tak disedarinya, tidak bertaubat pula, mk itulah antara cirinya golongan munafik. Golongan sebegini walau tetap mengaku muslim tp diistihar munafik dlm Quran.
      Perbuatan kufur itu adalah semua yg digariskan para ulama' sbg perkara perkara yg boleh membatalkan Syahadah. Seringan ringan perkara kufur itu adalah meninggalkan solat fardhu dgn sengaja.

      Namun begitu bg kita org org sebegini, spt golongan munafik lainnya, secara zahirnya ttp dianggap muslim, dan jika mati ttp diurus sbg org muslim, selagi dia sendiri tidak mengistiharkan dirinya murtad dan keluar dr Islam, dan juga tidak diistiharkan murtad oleh pihak berkuasa agama. Hakikat Islam atau tidaknya dia, kita serah saja kpd Allah swt.

      Delete
    2. Org yg melakukan perbuatan kufur, tidak semestinya terus menjadi murtad dan kafir. Selagi dia sendiri tidak mengakui dirinya kafir dan murtad, dan tidak diistiharkan kafir dan murtad oleh pihak berkuasa agama, kita ttp menganggapnya sbg seorg muslim dan mrk dilayani dan diperlakukan sbg seorg muslim. Status sebenar keIslamannya kita serah saja kpd Allah swt. Inilah yg jadi pegangan kita ASWJ, tidak spt golongan zahiriah yg terus menuduh kafir mrk mrk yg melakukan perbuatan kufur.

      Delete
    3. "Allazina kafaru", pelaku kekufuran atau org org yg melakukan perbuatan kufur itu 3 golongan ;

      1. Kalangan kafirin ; Asal kafir tak pernah bersyahadah, murtad yg mengaku murtad atau disahkan murtad oleh pihak berkuasa agama.

      2. Munafikin.

      3. Fasikin. Kalangan umat Islam yg sering dan bnyk melakukan perbuatan kufur, cuai pula utk taubat dan istighfar.

      Masih ada kemungkinan, pelaku perbuatan kufur itu masih Islam. Adapun perbuatan kufur itu membatalkan semua kebaikan yg dilakukan sebelumnya.

      Dlm Hadis Syafaat, ada satu golongan, dikeluarkan dr Neraka tanpa sebesar zarrah pun kebaikan pdnya, semata mata dgn Rahmat Allah swt. Besar kemungkinannya golongan no 3 itulah yg termasuk golongan ini, waAllahu'alam.

      Delete
    4. Ayat 137-146 Surah An Nisa'i menceritakan ciri ciri dan sifat sifat org org munafik. Dlm perundangan Islam, org munafik tidak dijatuhkan hukuman sptmn org murtad, bahkan dlm ayat 146, mrk masih diberi ruang utk bertaubat memperbaiki diri dan bersama org org mukmin. Hakikat munafik atau tidaknya seseorg hanya diketahui Allah swt, sbgmn disebut dlm Surah At Taubah ayat 101.

      Delete
  2. Hukuman mati tu dlm Islam, 4 kesalahan.
    1. Yg dah kawin, disabitkan berzina.
    2. Qisas, bunuh balas bunuh.
    3. Murtad.
    4. Bughat, derhaka mengangkat senjata menentang pemerintah yg sah.

    Itu dlm sistem perundangan Islam. M'sia tak pun laksanakan sistem perundangan Islam.
    Dlm sistem perundangan Islam, nak sabitkan zina, keris masuk ke sarung, disaksikan 4 saksi yg adil (taqwa) adalah hampir mustahil, jika tidak dgn pengakuan, dan tertuduh juga tidak boleh dipaksa mengaku, mk sabitan hampir mustahil.

    Qisas bunuh balas bunuh boleh dimaafkan oleh waris dan dibayar diat senilai 100 ekor unta. Ada ruang utk hukuman mati dielakkan.

    Murtad pula tak terus dibunuh, tp diminta taubat dan kembali Islam. Mk ada ruang utk hukuman mati dielakkan.

    Bughat juga boleh bertaubat dan mendpt pengampunan pemerintah. Ada ruang juga hukuman mati dielakkan.

    Islam agama rahmat, alangkah baik jika sistem perundangannya dpt dilaksanakan.
    Hukuman mati itu, mengambil nyawa. Dlm Islam hanya yg memberi nyawa itu sahaja yg boleh mengambilnya. Mk hanya dgn perintah jelas drNya atau melalui lisan RasulNya hukuman mati itu boleh dijatuhkan. Ijtihad tak seharusnya terpakai utk hukuman mati. Mk hukuman mati utk pesalah dadah dan senjata api mmg patut dimansuhkan.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !