Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 7, 2018

Antara ayah yang bersenam dengan tidak bersenam, ada perbezaan anak yang dilahirkan

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 7, 2018

Apa beza anak yang dilahirkan dari seorang ayah yang bersenam dengan ayah yang tidak bersenam?

Ini satu perkara yang anda semua boleh lihat sendiri kat sekeliling. Atau mungkin boleh cuba bandingkan sendiri antara kawan-kawan dengan diri anda sendiri.

Cuba lihat anak-anak yang dilahirkan dari hubungan kasih ibubapa mereka. Tengok dari segi kesihatan anak yang dilahirkan. Biasanya orang berikan berbagai nasihat kepada si ibu bagaimana nak lahirkan anak yang sihat.

Kali ini tak payah nak tengok bab ibu sahaja. Terlalu banyak sangat tumpuan selama ini diberikan pada kaum ibu. Tapi tak ada banyak sangat tumpuan yang diberikan kepada kaum ayah. Sedangkan ayah juga berikan banyak pengaruh terhadap anak yang dilahirkan.

Ayah bersenam lahirkan anak yang sihat

Kajian mendapati kalau ayah seorang yang kaki bersenam, anak yang dilahirkan hasil hubungan bersama isteri adalah anak yang sihat. Kalau anda bukan kaki bersenampun, tapi nak lahirkan seorang anak yang sihat, boleh juga.

Apa yang anda perlu buat adalah, pastikan anda bersenam terlebih dahulu pada siang harinya sebelum bersama isteri di malam harinya. Elok pastikan musim nak bersama isteri tu si ayah jadikan senaman sebagai agenda utamanya. Kalau ada rezki melekat zuriat tu nanti, insyaallah anak anda akan jadi seorang bayi yang sihat.

Kajian dilakukan terhadap tikus. Boleh rujuk pada pautan kat sini untuk maklumat lanjut.

Tikus yang bersenam lahirkan anak yang sihat walaupun dia tak berapa jaga sangat diet dari segi pemakanannya. Ertinya, kalau anda seorang ayah yang tak jaga sangat kesihatan dari segi makanan, anda masih boleh pastikan anak sihat dengan jadikan aktiviti bersenam sebagai rutin kehidupan anda.

Ayah pemalas bersenam anak tak sihat

Ada orang yang memang kaki pemalas bersenam. Lepak macam ular sawa dan badan gemuk gedempul berlebihan. Kalau anda ada kawan yang macam itu dan dia dah berkahwin, cuba lihat anak-anak mereka.

Adakah anak-anak mereka ada sedikit masalah kesihatan berbanding dengan kawan-kawan yang aktif bersukan atau bersenam. Kalau betul ertinya perlu berikan nasihat pada semua kawan-kawan kaun ayah kat luar sana yang masih produktif melahirkan zuriat.

Nasihat supaya mereka bersenam agar anak sihat.

Kadang kala kesian tengok anak-anak orang yang asyik tak sihat. Sekejap demam, sekejap demam. Sebulan demam sampai 5 ke 6 kali. Mak yang teruk nak jaga bayi macam tu. Kalau mak kerja, kena ambil cuti selalu dan majikan tentu rasa tak selesa.

Memanglah sakit dan demam tu kehendak Tuhan. Saya tahu!, nanti ada yang kata saya ni memandai nak buat ketentuan yang bukan dari bidang kuasa saya.

Dah banyak kali kena macam tu. Komen dari orang yang tinggi ilmu makrifatnya yang tak suka dengan ayat kalau nak panjang umur buat itu dan ini. Kalau nak sihat buat itu dan ini. Mereka kata memandai-mandai nak ambil tahu kerja Tuhan.

Kita hanya berusaha berdasarkan ketentuan yang Tuhan telah tetapkan kepada semua makhluk dalam linkungan harus. Dalam ayat seribu dinar, ada dinyatakan bahawa Allah memberikan ketentuan terhadap segala sesuatu.

Carilah kunci ketentuan itu. Kalau batu jatuh dalam air biasanya tenggelam. Itu contoh ketentuan yang ada pada makhluk bernama batu bila bertemu dengan air yang tenang. Jadi macam tulah juga pada manusia. Dari pencerapan dan kajian kita dapati ayah yang bersenam akan lahirkan anak yang sihat berbanding yang tak bersenam. Jadi kita cubalah dengan usaha itu.. betul tak?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara ayah yang bersenam dengan tidak bersenam, ada perbezaan anak yang dilahirkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !