Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 21, 2018

Tukar najis dari tandas di rumah anda kepada gas memasak - Syarikat HomeBiogas ada caranya

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 21, 2018

Agak-agaknya berapa kali anda buang air besar dalam masa sehari kat rumah?

Bagi orang Asia macam kita, jumlah buang air besar biasanya lebih kerap berbanding orang barat di cuaca sejuk. Kita biasa buang air besar dalam 1 atau 3 kali sehari. Tapi ada juga orang yang berak hanya dalam kekerapa 3 kali seminggu.

Berapa kerappun anda buang air besar, yang pastinya, najis atau taik yang anda lepaskan keluar itu akan dibazirkan begitu saja. Kalau kat taman yang sistem kumbahan najis adalah baik, kesemua najis yang keluar akan disalurkan ke satu pusat yang sempurna.

Tapi kalau kat kampung, setiap rumah akan ada perigi tempat simpan najis mereka sendiri. Kalu kat rumah saya di kampung, saya buat dua perigi besar untuk salurkan kesemua najis yang dibuang. 

Satu perigi himpunkan najis yang baru keluar. Kemudian saya buat satu corong air dari perigi pertama tadi untuk himpunkan air sahaja. Air dari perigi pertama yang sudah ditapis dengan 3 lapisan, batu, kerikil dan pasir akan masuk ke perigi kedua. Haslnya tandas ambil masa yang amat lama untuk penuh.

Masalah buang air besar di seluruh dunia

Dunia mungkin sudah maju. Begitulah kita semua andaikan. Ini berdasarkan apa yang kita nikmati di negara kita Malaysia. Terutamanya orang yang tinggal di pekan atau bandar yang ada kemudahan infra yang baik.

Tapi anda mungkin tak sedar bahawa masalah buang air ini masih menjadi perkara yang bahaya di sesetengah negara yang masih kebelakang. Bahaya samada mereka buang air besar di merata tempat terbuka, atau buang air besar di tempat yang ok tapi tidak ada sistem yang baik dalam menguruskan najis yang dah terbuang.

Tahukah anda bahawa terdapat seramai 892 juta manusia masih buang air besar merata tempat. Mereka berak di tempat terbuka dan bukan di dalam tandas yang sempurna.

Terdapat seramai 4.5 billion penduduk dunia yang masih ada masalah sama tak ada tandas atau tak uruskan najis mereka secara sempurna.

Semua maklmat itu dikeluarkan oleh United Nation. Boleh baca maklumatnya kat sini.

Krisis tandas itu membuatkan UN anjurkan hari tandas sedunia. Satu hari khas untuk mengingatkan masalah masih ramai penduduk dunia yang berak tak betul dan bersih. Amalan berak yang tak baik tu jadi punca kepada merebaknya penyakit seperti Kolera dan Diarrhea.

Itu belum ambil kira lagi bahaya tonggek dalam belukar untuk berak kat tempat terpencil. Kalau dalam hutan mungkin ada makhluk liar yang bahaya. Kalau kat kampung, mungkin ada dia mata bernafsu sedang mengintai.

Ubah najis dari tandas kepada gas memasak

Bagi kita kat Malaysia ini pun, kalaupun dari segi kebersihan dah ok. Ada tandas yang sempurna, tapi masih ada sedikit kekurangan. Taik yang kita buang terbiar begtu saja menjadi sia-sia.

Sedangkan taik itu boleh diubah untuk dijadikan gas dapur untuk memasak. Bahan buangan itu juga boleh ditukar menjadi baja kompos untuk digunakan buat menyuburkan pokok kat rumah.

Bayangkan kalau tandas kat rumah anda itu, ada satu sistem mudah yang salurkan najis anda kemudian proses untuk dijadikan gas memasak. Gas itu pula akan disalurkan kepada dapur memasak kat rumah anda.

Anda boleh jimatkan duit dari beli bahan bakar atau tong gas. Petronas gas akan ada masalah besar jika semua orang buat macam itu. 

Selepas dah proses jadi gas, bahan buangan lainnya akan ditukar jadi baja pulak. Boleh pakai kat pokok bunga atau pokok buah-buahan anda di depan atau belakang rumah.

Itulah teknologi yang baru di jayakan oleh sebuah syarikat baru bernama HomeBiogas. Sebelum itu syarikat tersebut buat usaha tukarkan semua bahan buangan organik untuk jadi bahan tenaga. Sekarang mereka dah berjaya usahakan sistem toilet mudah alih untuk tukar najis anda kat rumah jadi bahan bakar dapur memasak.

Anda boleh tonton video syarikat tersebut kat video di bawah ini untuk mendapatkan gambaran bagaimana ianya berfungsi. Mereka pasarkan sistem itu di Israel, India dan Afrika. Selain dari tukar taik kepada gas, tandas itu juga boleh kurangkan penggunaan air dari 5 ke 10 liter setiap kali berak kepada hanya 1.5 liter saja.


Serampang banyak mata telah berjaya mereka usahakan.

Dan syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat dari negara yang dibenci oleh umat Islam ... Israel. Mereka cipta sesuatu yang amat baik dan bermanfaat untuk negara-negara yang tak maju bagi selesaikan masalah atau krisis tandas di negara-negara tersebut.

Anda boleh baca dari sumber asal maklumat di sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tukar najis dari tandas di rumah anda kepada gas memasak - Syarikat HomeBiogas ada caranya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !