Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 2, 2019

Apa yang anda perlu buat dan jangan buat bila terkena selsema

  Mohd Shubhi       Saturday, February 2, 2019

Terkena jangkitan selsema adalah perkara biasa yang kebanyakan orang alami. Tak kira samada orang tua atau muda, memang selalu sangat kena selsema.

Walaupun selsema biasanya, bukanlah satu masalah yang serius sangat, namun bila kena selsema memang rasa sangat tak selesa.

Tapi kalau selsema terkena pada kanak-kanak, orang tua atau mereka yang ada masalah pernafasan atau masalah sistem imun yang tak kuat, segeralah pergi jumpa dengan doktor. Itu adalah lebih baik untuk anda.

Sangat penting untuk kenal pasti tanda-tanda awal jangkitan selsema supaya anda dapat buat perkara yang betul agar cepat sembut. Dan penting juga untuk elakkan dari jangkitan selsema anda itu terkena pula pada orang lain.

Tanda-tanda awal terkena selsema

Tanda terkena selsema ini biasanya datang dengan amat cepat. Tiba-tiba saja anda akan rasa tak selesa sedangkan tadi tak ada rasa apa-apa pun.

Berikut adalah tanda-tanda awal selsema;
  1. Rasa letih
  2. Demam panas tiba-tiba. Suhu badan naik dalam 38 darjah celcius
  3. Sakit atau rasa pedih pada tekak.
  4. Batuk
  5. Rasa seram sejuk
  6. Rasa sakit badan atau sakit otot
  7. Hidung jadi berair meleleh
Ada orang yang tak akan rasa demam. Tapi ada gejala lain yang tersebut di atas.

Apa yang perlu anda buat

Bila ada tanda-tanda yang tersebut kat atas, pastikan anda amalkan perkara berikut di bawah:
  1. Selalu basuh tangan. Ini dapat elakkan penyebaran kuman selsema anda itu pada orang lain. Basuh dengan air yang bersih menggunakan sabun.
  2. Lapik lindungi mulut bila batuk atau bersin. Jangan tutup dengan tangan. Sebaiknya gunakan lengan atau paling baik pakai sapu tangan. Bersin atau batuk terus lepas ke udara memudahkan orang lain berjangkit sebab selsema memang mudah sangat berjangkit.
  3. Makan makanan yang sihat supaya sistem imun tubuh badan anda menjadi kuat. Memang selera akan hilang bila selsema. Tapi kena makan juga. Makan buah dan sayuran untuk mendapatkan tenaga melawan virus selsema anda itu.
  4. Minum air banyak. Paling bagus minum air suam atau air teh. Elakkan sebarang minuman berkafein.
  5. Sediakan semua keperluan asas untuk hadapi selsema dengan segera. Beli tisu, ubat legakan batuk, ubat tahan sakit, buah-buahan dan sayuran untuk anda makan bila rehat kat rumah.
  6. Beritahu pada rakan-rakan di tempat kerja. Kalau boleh ambil cuti dan berehat kat rumah adalah jauh lebih baik. Kalau tak boleh, kena kerja juga macam biasa, tapi beritahu yang anda selsema supaya orang lain boleh elak jangkitan.
  7. Rehat banyak kat rumah. Jika dapat, rehat kat rumah adalah jauh lebih bagus untuk cepat pulih.

Apa yang anda perlu elakkan

Kalau dah ada tanda-tanda selsema, elok elakkan dari melakukan perkara-perkara berikut;
  1. Ambil cuti. Jangan pergi kerja atau sekolah. Bercutilah kalau dah ada tanda selsema. Anda dah boleh sebarkan angkitan selsema sehari atau dua hari lebih awal sebelu terkena selsema lagi. Ia kekal begitu selama selama 5 ke 7 hari bila anda dah kena selsema.
  2. Tak payah salam. Elakkan dari bersalaman atau berpelukan dengan orang lain. Jangan kongsi makanan atau minuman juga. Elakkan dari sebarkan selsema pada orang lain.
  3. Jangan paksa diri. Selsema akan jadi makin teruk dari sehari ke sehari. Masa awal kena selsema tu tak payah paksa diri untuk kerja teruk sangat dalam keadaan anda yang lemah. Relaks saja supaya segera sembuh.
  4. Elak makanan yang diproses dan gula. Anda perlukan banyak makanan yang berzat dan bukan makanan yang tak ada zat dan banyak gula.
  5. Jangan elak dari makan walaupun memang anda rasa tak lalu nak makan. Anda amat memerlukan tenaga untuk lawan selsema tu.
  6. Jangan sertai tempat ramai orang. Ingat! selsema amat mudah merebak dan menjangkiti orang lain.
  7. Makan ubat yang disarankan oleh doktor bertauliah. Tak payah nak cuba herba yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan.
  8. Berhenti merokok. Klau anda seorang perokok, berhenti segera bila kena selsema. Penyakit ini melibatkan sistem pernafasan anda. Oleh itu jangan terukkan lagi paru=paru anda yang sedang sakit tu.
Anda mungkin rasa tak perlu untuk pergi jumpa doktor macam yang selalu anda amalkan. Biasanya duduk rehat kat rumah sampai selsema lega adalah amalan kebanyakan orang.

Tapi seeloknya pergilah jumpa doktor. Tambahan pula jika anda masuk dalam kategori berkut kat bawah,
  • Umur melebihi 65 tahun
  • Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun 
  • Ada masalah kesihatan serus seperti lelah, diabetes, atau sakit jantung.
  • Ada masalah sistem imun tubuh badan
  • Ibu yang mengandung
Mereka kat atas tu elok segera jumpa doktor bila dah ada tanda awal jangkitan selsema.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang anda perlu buat dan jangan buat bila terkena selsema

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !