Jas-du-it.

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 10, 2019

Kenapa anda perlu pilih penempatan yang ada banyak pokok kalau nak jaga kesihatan

  Mat       Saturday, August 10, 2019

Bila kali akhir anda memandu di jalan raya yang di kiri dan kanannya berbaris dengan pokok-pokok yang redup sepanjang jalan?

Apa rasa?

Ada rasa damai dan menyegarkan tak?

Memang ada banyak sangat perbezaan bila anda berada di sekitar taman, jalanraya, atau penempatan yang ada banyak tumbuhan hijau dan pokok-pokok yang redup dan rimbun. Deria dan perasaan dapat rasakan perbezaan tersebut.

Kewujudan pokok-pokok sekeliling anda mampu memberikan kesan kesihatan yang baik untuk diri anda terutamanya dari segi mental.

Banyak pokok, penduduk sihat

Kalau nak sihat, pastikan anda pilih untuk tinggal di kawasan penempatan yang ada banyak pokok. Ini telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Wollongong di New South Wales.

Mereka telah buat kajian terhadap seramai 46,786 penduduk dari 3 penempatan berbeza di Australia. Kesemua penduduk itu ditemuramah dari tahun 2006 ke 2008. Kemudian di buat lagi temuramah susulan sekitar tahun 2012 ke 2015.

Peserta di temuramah untuk memberikan tahap kedudukan kesihatan mereka. Mereka juga disemak samada pernah mendapatkan rawatan terhadap masalah tekanan dan kerisauan hidup. Soaan kaji selidik juga diberikan untuk kenal pasti kedudukan tahap tekanan mental masing-masing.

Kesemua maklumat kaji selidik itu digunakan untuk dibuat perbandingan dan hubung kait terhadap kawasan tempat tinggal mereka. Dengan menggunakan teknologi satelit, jumlah tumbuh-tumbuhan yang di di sekitar penempatan mereka diukur.

Kajian juga membezakan antara jenis tumbuhan yang ada iaitu samada rumput sahaja, pokok renek pendek atau pokok-pokok yang besar.

Anda boleh rujuk kajian tersebut di atas di pautan kat sini.

Jangan benarkan tebang pokok besar

Rumusannya, lagi banyak tumbuhan pokok-pokok yang besar yang teduh di sekeliling penempatan, lebih baik tahap kesihatan penduduknya.

Banyak pokok yang besar dan teduh lebih baik berbanding dari kawasan yang hijau penuh dengan rumput sahaja tapi lansung tak ada pokok besar yang redup.

Malangnya, dek terlalu mengejar pembangunan, manusia gemar sangat tebang habis semua pokok-pokok yang redup yang ada di sekeliling kita. Pantang ada pokok, asyik nak tebang.

Taman perumahan yang ada banyak sekarang di negara kita hanya dipenuhi oleh bangunan batu dan tumbuhan rumput hijau di padang sahaja. Segala pokok besar habis kena tebang.

Duduk di kawasan perumahan yang lansung tak ada pokok besar di kawasan persekitaran memang merimaskan jiwa. Ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas di waktu sang sekarang, makin mencengkam jiwa.

Perlu mantapkan pengurusan pokok

Dalam keadaan ribut sehari dua ini, memang tak hairan kalau ramai yang risau jika ada pokok besar di sekeliling kawasan perumahan.

Kalau memandu di jalan raya yang di kiri dan kanan penuh dengan barisan pokok besar juga memang rasa agak ngeri.

Tapi ribut bukannya datang kerap sangat pun.

Pandai-pandailah pihak berkuasa untuk menguruskan tanaman pokok-pokok yang besar di persekitaran kawasan jagaan mereka. jangan biarkan tumbuh tak terkawal sehingga memudahkan pokok tumbang dan patah jika ada ribut kuat.

Lagi banyak pokok lagi bagus

Lepas ni kalau anda nak pindah cari rumah baru, pastikan anda cari kawasan penempatan yang ada banyak pokok di sekitarnya.

Pilih kawasan yang ada paling kurang 30% darinya ditanam dengan pokok-pokok yang teduh.

Kajian menunjukkan bahawa, kawasan yang dipenuhi 30% daripada keluasannya dengan pokok redup, mampu kurangkan tahap tekanan jiwa penduduknya sebanyak 31%.

Itu satu kesan yang sangat baik untuk menjalani kehidupan dalam dunia yang sangat mencabar sekarang ini.

Lepas ini, dalam mana-mana pilihan raya, paksa wakil atau calon pilihan anda untuk jadikan kawasan yang diwakilinya wajib ada lebih dari 30% tumbuhan pokok yang redup. Perlu adakan polisi untuk tidak membenarkan pokok ditebang sesuka hati.

logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, Kenapa anda perlu pilih penempatan yang ada banyak pokok kalau nak jaga kesihatan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Pokok sentiasa berzikir tampa lelah dari aura zikir itu dihirup oleh manusia sebagai zat zat tubuh al kisah gautama Buddha seorang ank raja tinggalkan segala hanya ingin mencari kenapa manusia perlu sakit dan mati dan berguru dgn Sami Sami Hindu dan disedari oleh gautama Buddha cari ini Salah dan bertukar guru dami ternyata cara ini membuang masa bagaimana mencari jiwa tenang untuk menyelesaikan masaalah jiwa perlu tenang bukannya menyiksa diri dgn majlis ritual yg sesat jadi gautama Buddha bertapa dibawah sepohon pokok mententeram jiwa dan mencari dan menyelesaikan persoalan yg timbul sifat filsafat pokok itu nyaman tenang dingin damai dgn tiupan angin bayu kisah Buddha dan persoalan pokok kita lupakan penganutnya selepas mangkat dia kita renung hasilnya semua practical..
    Wallahualam bisawab

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !