Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, August 13, 2019

Malaysia di tangga ke-5 negara paling baik untuk warga pencen hidup habiskan hari tua

  Mohd Shubhi       Tuesday, August 13, 2019

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut rasa bangga dengan status ini. Malaysia termasuk dalam senarai negara terbaik untuk orang tua yang dah pencen untuk tinggal dan habiskan sisa hidup mereka atas muka bumi ini.

Negara kita berada di tangga nombor 5 sebagai sebuah negara yang paling baik berbanding di semua negara lain di dunia ini.

Berikut senarai 10 negara terbaik dunia untuk didiami oleh warga pencen dunia:
  1. Panama
  2. Costa Rica
  3. Mexico
  4. Ecuador
  5. Malaysia
  6. Colombia
  7. Portugal
  8. Peru
  9. Thailand
  10. Spain

No 5 terbaik dunia untuk orang pencen

Senarai ini sebenarnya dah agak lama dikeluarkan oleh International Living. Mereka namakan senarai itu sebagai 'Annual Global Retirement Index'.

Senarai itu dikeluarkan awal tahun 2019. Iaitu pada bulan januari lalu. Saya baru terbaca pasal senarai hebat negara kita ini dalam surat khabar The Sun hari ini. Saya ambil paper free tu masa dok tunggu pesanan McD sarapan pagi tadi.

Bila sekali sekala baca paper, memang akan baca habis apa saja laporan. Mungkin ini paper yang pertama saya baca untuk tahun 2019 ini. Maksud baca kat sini adalah saya ambil paper, duduk, buka dan baca satu persatu beritanya.

Kalau setakat sekali lalu baca tajuk berita kat papar yang dijual di kedai minyak tu memang ada. Tapi betul-betul buka dan baca itulah yang pertama di tahun 2019 ni. Saya tak tahu dengan orang lain. Walaupun saya boleh dikategorikan sebagai warga oldskul, saya lebih suka cari berita secara online sekarang.

Banyak syarikat akhbar bungkus sekarang memang sesuatu yang sudah dijangkakan oleh ramai orang yang peka terhadap apa yang sedang berlaku di dunia sekarang ini.

Berbalik pada tajuk asal artikel ini ..

Artikel dalam The Sun pasal negara terbaik untuk warga pencen dunia ini dimuat dalam ruang 'speak up'. Tulisan Datuk Dr Goh Ban Lee.

Menurut komen beliau, Malaysia dari segi kemudahan perkhidmatan kesihatan, kita duduk di tangga paling atas dalam kesemua 10 negara lain yang tersenarai dalam top 10.

Kemudahan kesihatan merupakan salah satu kriteria penting untuk menentukan tahap selesa warga pencen tinggal di satu-satu tempat bila pencen. Maklumlah, masa tua akan ada macam-macam penyakit menunggu.

Kesemua anggota tubuh badan dah terlalu lama dan banyak digunakan sepanjang hidup sehingga masuk waktu pencen. Atau mungkin lebih kepada terlalu banyak anggota tubuh badan yang terlalu lama tidak diguna pakai dengan betul sepanjang hidup dari muda sampai ketua.

Sebab kejadian anggota tubuh badan ni agak pelik berbanding kejadian lain. Semakin digunakan pakai dengan betul, akan semakin sihat dan kuat. Otak yang digunakan pakai dengan betul akan jadi makin kuat dan tajam, begitu juga dnegan anggota lain.

Kalau ada yang rosak, jika bukan disebabkan kemalangan atau kecederaan secara tidak disengajakan, sudah pasti rosak disebabkan salah guna pakai. Orang pencen yang sakit macam-macam bila tua tu berkemungkinan banyak salah guna akai organ dan tubuh badan yang Tuhan berikan.

Apapun, para pemimpin negara kita perlu diberikan ucapan tahniah dan terima kasih sebab telah berusaha melaksanakan kerja mereka sampai jadi sebuah negara yang baik untuk jaga kesihatan warga pencen.


Negara terbaik untuk anak muda

Selama ini saya lebih berfikir kepada peluang kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak membesar dan meneruskan kehidupan mereka. Tak pernah pula nak fikirkan kat mana saya nak habiskan sisa hidup bila dah pencen nanti.

Kalau nak berhijrah ke negara luar selain dari Malaysia, saya lebih pentingkan kesesuaiannya untuk anak-anak. Pasal diri sendiri, saya dah masuk waktu petang dalam tempoh usia. Bila-bila masa saja akan datang senja dan gelap malam.

Tak payah nak fikir sangat nak duduk kat mana dalam keadaan waktu petang dan senja tu. Duduk saja kat mana dah ada dan fokus pada waris yang akan ditinggalkan.

Bila terbaca pasal negara terbaik untuk pencen tu, terfikir pulak untuk berikan pertimbangan berhijrah keluar untuk diri sendiri.

Oleh kerana negara kita duduk tangga ke-5, nampaknya tak payah nak keluarlah kalau hanya untuk diri sendiri. Kalau nak keluarpun, perlu cari 4 negara yang duduk kat atas Malaysia tu.

Adalah lebih baik seandainya 4 negara kat atas itu turut sama baik untuk anak-anak muda tinggal dan hidup menjadi manusia yang terbaik atas muka bumi ini.

Kalau seiring, baik untuk orang tua pencen dan dalam masa yang sama amat baik untuk anak muda, maka elok sangatlah untuk cari jalan berhijrah tinggalkan Malaysia.

Kenapa nak tinggalkan Malaysia

Rasa nak berhijrah tu bukanlah prioriti sangat. Sekadar rasa kalau boleh nak cabut pergi negara lain saja.

Malaysia jadi makin panas dari tahun ke tahun. Bukan panas cuaca, yang memang ada juga berubahannya. Tapi panas dari segi politik perkauman yang makin ketara.

Tahun ke tahun, kebencian antara kaum makin naik. Kalau dibiarkan berterusan begini satu masa nanti akan hancur negara jadi huru-hara berbunuhan antara kaum.

Unsur-unsur keagamaan juga dimasukkan ke dalam perbalahan untuk menambahkan lagi ramuan kebencian sesama kaum yang berbeza agama dan kepercayaan. Hang perangat aku dan aku perangat hang.

Minyak petrol yang dah banyak dituang, tunggu spark yang cukup kuat saja untuk naikkan api tinggi menjulang.

Kalau jadi macam tu, segala yang diusahakan selama ini akan jadi sia-sia. Samada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, atau negara itu sendiri. Habis nak kena kampoi balik semula. Itu akan ambil masa yang sangat lama.

Itulah salah satu sebab utama kalau nak cabut belah ke luar dari Malaysia ... kalau ada peluanglah.

Gambar tertera adalah gambar di Panama ...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Malaysia di tangga ke-5 negara paling baik untuk warga pencen hidup habiskan hari tua

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !