Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 5, 2019

Duit boleh bahagiakan anda? Ya ! jika anda berbelanja dengan 8 prinsip mudah ini

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 5, 2019
Duit tak mampu bahagiakan anda!

Biasa sangat dah dengar ayat tu. Semua orang tahu petua mudah dan logik akal tu. Tapi dalam dok tahu, masih tetap ramai yang kejar duit. Sanggup tipu orang untuk duit. Sanggup bunub orang demi duit.

Ramai juga yang sanggup abaikan maruah demi duit.

Kes rasuah berleluasa kat Malaysia sebab duit la juga.

Kalau nak kata ada orang rasuah sebab tekanan hidup. Duit tak cukup nak beli susu anak. Pembohong!. Mana boleh tak cukup kalau dah mampu pakai kereta mewah. Ada perempuan simpanan. Ada rumah singgahan.

Eh! itu lelaki keparat la!. Kuat nafsu. Tewas dengan wanita. Jadi dia rasuah nak banyak duit untuk lepaskan nafsu serakahnya. Ini juga pembohong!

Perempuan pun rasuah juga. Ada jawatan ada kuasa. Gaji dah besar. Masih tetap rasuah juga. Takkan nak kata perempuan kaki lelaki kot?. Tak pernah dengar lagi. Kalau adapun, jarang dengar perempuan ada main lelaki simpanan.

Dapat duit banyak menang loteri

Kenapa timbulnya petua atau nasihat yang duit tak mampu bahagiakan manusia?

Banyak contoh diberikan dalam kisah kehidupan masyarakat yang membuktikan begitu. Banyak contoh orang anyak duit hidup tak bahagia. Ada banyak contoh orang kaya raya hisap dadah, bunuh diri dan sebagainya. Masalah tak bahagia la tu.

Kajian menunjukkan orang yang kena loteri. Tiba-tiba jadi kaya raya. Tetap tak bahagia hidup mereka. Lepas setahun dua, jadi susah balik. Lebih susah dari saat sebelum kaya dapat loteri tu.

Semua itu membawa kepada satu pesanan yang terbukti betul ...

"Duit tidak mampu memberikan kebahagiaan pada anda .. ! "

Duit boleh bahagiakan anda

Ayat tentang duit tak boleh beri kebahagiaan tu betul dah. Tapi perlu ditambah sedikit lagi maklumat yang betul.

"Duit tak boleh bahagiakan anda jika tak tahu macam mana nak guna ... "

Secara umumnya, ramai orang sebenarnya tak tahu asas penting tentang bahagia. Ramai yang tak sedar dan tak tahu apa yang boleh buat dia bahagia dan macam mana nak kekalkan rasa bahagia tersebut.

Kalau dia tahu semua itu, dia akan tahu macam nak gunakan duit untuk dapatkan rasa bahagia yang dia cari. Kalau anda nak tahu secara mendalam tentang cara nak gunakan duit untuk mendapatkan kebahagiaan, boleh rujuk pada pautan kajian kat sini.

Kalau anda ada duit, dan nak tahu macam mana nak gunakan duit tersebut untuk berikan kebahagiaan. Anda boleh ikut petua atau 8 prinsip berikut:

#1. Beli pengalaman bukan kebendaan

Pernah teringin bertahun-tahun nak beli sesuatu barang. Tapi tahan tak beli sebab tak ada duit. Kemudian ditakdirkan dah ada duit. Terus beli barang tu. Apa jadi?

Tak lamapun rasa best. Sat sangat rasa bahagian sebab dah berjaya beli barang tu. Lepas tu semuanya kembali balik kepada biasa.

Jadi macam tu sebab keupayaan manusia untuk sesuaikan dirid egan pantas. Samada keadaan baik atau buruk. Sekejap saja keadaan baru baik atau buruk itu akan disesuaikan diri untuk menjadi normal.

Berbeza jika anda beli pengalaman. Guna duit itu untuk travel satu keluarga keliling dunia naik caravan. Pengalaman itu akan terus kekal dalam diri anda. Malah akan membentuk identiti diri anda yang unik dengan pemahaman dan perasaan serta cara berfikir yang tersendiri.

#2. Guna duit untuk faedah orang lain

Banyakkan guna duit anda untuk belanja orang makan contohnya. Belanja orang susah, beli baju raya kat orang susah. Baiki padang di taman tempat anda tinggal supaya anak-anak selesa dan bermain dengan selamat.

Apa saja aktiviti belanja duit untuk faedah orang lain akan berikan kebahagiaan pada anda secara kekal, insyaallah.

#3. Belanja kecil tapi kerap

Memang anda dah ada banyak duit. Boleh beli rumah banglo 3 biji sekali gus selamba saja. Maih ada banyak baki lagi. Boleh beli satu pasaraya semua barang yang ada sebab punyalah banyak duit.

Tapi jangan buat macam tu.

Beli sikit-sikit dan kecil-kecil sudahlah. Tapi beri kerap tak apa. ia akan berikan rasa puas dan membahagiankan lebih berpanjangan daripada sekali gus belanja besar sampai habis duit dalam masa yang singkat.

#4. Elakkan perlindungan tak perlu

Bila dah ada duit beli insuran dan sebagainya untuk lindungi diri kalau ada apa-apa yang berlaku. Sekali insured punyalah tinggi. habis di lindunginya. Sampai ajen insuran dapat anugerah sales man terbaik hanya kerana anda.

Tak perlu buat macam tu. Jangan diperbodohkan oleh orang yang nak buat duit macam tu. Beli barang dengan extra atau extended warranty contohnya adalah lansung tidak diperlukan. Apatah lagi bayar duit perlindungan pada geng 3 line dan seumpamanya. Itu hanya tarik perhatian orang jahat kaki belit saja.

#5. Tahan rasa teringin

Kalau dah tengok sesuatu lalu timbul rasa teringin. Mentang duit ada banyak terus nak beli!

Jangan buat macam tu. Dah tahu duit ada banyak jadi relaks saja. Tahan semua benda atau rasa teringin tu dulu. jangan beli secara melulu apa saja yang anda nak beli.

Belajar tahan diri lambatkan pembelian apa saja barang yang anda teringin akan membantu ada bahagiakan diri dan hidup dengan lebih aman damai.

#6. Fikir pada kehidupan seharian anda

Bila bak beli apa saja barang, fikirkan terlebih dulu apa yang akan berlaku pada kehiduan seharian anda dalam masa terdekat nanti. Bukan dalam masa jauh.

Kalau anda beli rumah baru yang lebih besar contohnya. Bayangkan apa yang anda nak kena buat sehingga rumah itu mampu diduduki. nak kena mengadap bank, kena mengadap lawyer, pejabat tanah.

Jumpa kontraktor, design renovasi ...

Jumpa interior designer, kedai perabut, piluh perabut, gaduh dengan isteri/suami gaya minimalis, moden atau industrial ...

Dah siap nak kena pindah pulak, angakt barang, berebut bilik anak-anak, tambah orang gaji, nak buat landskap ...

Lama juga nak settle down tu. Bila lama nak boleh relaks ..

Baik tak payah beli, luangkan masa tu dengan duduk rumah yang ada sekarang dan jalan-jalan makan angin sekeluarga. Ini akan banyak ingatkan anda terhadap hidup seharian anda yang dah ok tanpa perlu buat pembelian yang drastik

#7. Awas dari buat perbandingan produk

Nak beli barang kemudian bandingkan dengan 7 atau 8 produk berbeza yang ada kat pasaran!.

Nampak macam bagus.

Tapi tak bagus sebenarnya. Anda perlu fokus pada keperlua yang anda nak dari produk atau pembelian tersebut dan pastikan samada dia memenuhi atau tidak. Itu saja.

Banding sana dan sini hanya akan buat anda beli benda yang tak perlu saja. Lagi pun rasa bahagia akan terganggu bila tahu ada barang lebih baik dalam ciri-ciri tertentu yang anda tak beli. Itu menyusahkan hidup anda sendiri.

#8. Sesekali ikut orang ramai

Sekali sekala tengok apa yang orang ramai buat dan ikut mereka. Makanan, movie, destinasi, kedai, dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan berbanding orang ramai dalam perkara tertentu dapat mendatangkan rasa bahagia juga sebenarnya.

Janganlah asyik nak unik saja berbeza dengan orang lain sampai jadi janggal pulak !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Duit boleh bahagiakan anda? Ya ! jika anda berbelanja dengan 8 prinsip mudah ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !