Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 14, 2023

Sebab apa produk umum tanpa jenama dari subsidi kerajaan tidak baik untuk rakyat dan negara

  Mohd Shubhi       Sunday, May 14, 2023


Ini kisah perusahaan pembuatan roti di negara komunis.

Bagi negara Komunis, jenama atau brand, boleh dianggap sebagai un-Marxist. Oleh itu, roti akan dilabel hanya sebagai ‘roti’. Tak perlu diletakkan sebarang nama seperti Gardenia atau Massimo seperti yang ada di negara kita.

Bila anda pergi beli roti di negara komunis, anda tak akan tahu siapa sebenarnya yang buat roti tersebut. Anda tak juga tahu kilang mana yang keluarkannya, atau kedai roti mana yang buat dan jual.

Di mana saja anda beli, roti adalah roti. Tiada nama. Atau lebih tepat lagi tiada jenama.

Kesan bila roti tak ada nama

Apa yang berlaku terhadap perusahaan perniagaan roti di negara komunis sana bila semua roti hanya dilabel sebagai roti?

Sekali fikir, rasa macam bagus?

Bagus sebab, harga semuanya sama saja. Di mana saja anda beli roti macam itulah harganya. Tiada konsep atau cubaan menonjolkan diri, untuk berlagak bagus. Tak ada juga penggunaan produk bermatlamatkan menonjolkan status orang yang membelinya. Semua jadi sama dan rata saja. 

Betul ke bagus kalau macam tu?

Tapi cuba tengok apa yang berlaku di sana.

Bila anda beli roti, kebetulan roti yang dibeli itu ada ulat lalat (biasa saya panggil ulat taik). Ketidak puasan dan kekecewaan anda akan terbiar begitu saja. Tak ada apa yang anda boleh buat untuk pastikan pembelian selepas itu sudah tidak ada ulat taik lagi.

Memang anda boleh periksa terlebih dahulu setiap roti yang dibeli, tapi kalau ulat atau ada najis tikus kat dalam roti tu, memang tak boleh nak periksa dulu. Semua itu kelihatan hanya bila dah potong, cubit nak dimasukkan ke dalam mulut. Ketika itu baru nampak ada najis tikus.

Kes macam itu hanya boleh diketahui bila dah beli, bayar, bawa balik dan nak makan baru dapat kesan.

Anda kekal berada dalam kelemahan tanpa bantuan. Tak mampu nak buat apa-apa untuk pastikan perkara tersebut tidak berulang.

Gigit bibir, tahan sabar sajalah!

Contoh di atas itu adalah jika kes buruk berlaku.

Apa kata jika sebaliknya perkara yang baik berlaku?

Bila anda beli dan bawa balik, roti itu rasanya sedap. Berbeza dari sebelum ini yang pernah anda beli. Apa yang anda boleh buat untuk pastikan roti yang sama sedap macam itu dibeli dan dapat di nikmati lagi?

Memang tak boleh ulang beli roti yang sama pun selepas ini. Tak ada jalan nak tahu siapa yang buat roti tu.

Punca hanya satu itulah, sebab anda tak tahu menahu siapa yang buat roti tersebut.

Semua kilang. Mana saja kedai roti yang buat dan edarkan roti tersebut tidak dapat di kesan sebaik saja rotinya duduk atas para, bercampur dengan semua pengeluar lain yang buat roti yang sama.

Kalau roti yang dibeli tak sedap dan ada najis tikus, anda tak boleh nak hukum pengeluar yang melakukannya.

kalau roti yang anda beli itu sedap dan baik buatannya, anda tak boleh nak berikan ganjaran kesetiaan pada pembuatnya. Tak boleh nak rekemen kat kawan lain untuk turut sama beli roti dari pengeluar yang sama.

Apa jadi kepada pengeluar roti

Siapa saja yang keluarkan roti dan edarkan ke seluruh kedai yang ada, akan fokus hanya pada kuantiti sahaja. Kualiti tak penting sebab tak guna anda buat sedap dan baik jika ada seorang saja pengeluar yang buat honar, semua akan turut terpalit.

Kualiti tidak diperlukan apabila semua produk tak boleh diberikan nama.

Yang paling malang di sini adalah pengguna.

Bila apa saja industri, dilarang ada nama terhadap sebarang produk yang dikeluarkannya, hanya boleh letak nama barang tu saja, akan membuatkan pelanggan tidak ada pilihan.

Dalam contoh perusahaan roti di atas, kalau roti tak dibutuhkan sangat, lebih baik tak payah beli sahaja. Tak akan berlaku sebarang perubahan dan perkembangan dalam teknologi pembuatan roti. Hancurlah industri tersebut.

Betapa pentingnya ada nama

Jadi anda boleh lihat betapa pentingnya perniagaan anda. Produk anda. Perlu ada nama. Nama yang berbeza dari pengeluar dan peniaga lain.

Anda boleh dapat maklum balas dari reaksi pengguna. Kalau orang makin beli dan produk anda cepat habis sebaik saja diedarkan. Tandanya pengguna telah berikan ganjaran kesetiaan mereka pada anda.

Kalau produk anda tak habis sampai reput atas para. Ertinya pengguna telah menghukum anda atas tidak prihatinnya anda terhadap kualiti produk.

Jadi jangan pandang remeh terhadap nama produk anda itu. Bubuh nama. Mashurkannya bila anda yakin ianya berkualiti dan anda keluarkan dengan penuh rasa kasih sayang terhadap pengguna.

Pilih nama macam mana

Nama biarlah mudah orang nak ingat. Supaya bila dia cuba lalu rasa teruja, dia terus dapat hafal nama anda.

Nak bagi dia mudah ingat, cuba kaitkan dengan nama atau perkara yang sudah popular dan jadi mainan mulut orang ramai. Lagi lah dia mudah ingat.

Pastikan juga nama anda mudah disebut. Memudahkan pengguna cadangkan pada kawannya dengan menyebut senafas saja. Sebab sangat sedap disebut dan mudah sungguh lafaznya. Ada tambahan logo atau imej mudah ingat pula. Lagi membantu orang ingat.

Itu kalau produk anda sangat bagus.

Tapi kalau anda memang nak buat produk yang orang akan menyumpah bila dah cuba. Buatlah nama yang susah nak ingat. Dan teramat susah nak sebut. Malah susah nak bayangkan-pun. Pastikan tak ada logo atau pengenalan diri. Nanti orang teringat pulak.

Jadi kemungkinan dia akan terlupa dan tersalah beli sekali lagi akan lebih tinggi. Dan kemungkinan dia nak sampaikan buruknya produk anda pada kawan-kawan juga adalah tipis.

Anda nak buat macam itu?

Tentu tidak kan.

Bayangkan kesan jiwanya pada produk yang tak ada logo, susah nak sebut dan susah nak ingat. Tentu orang syak anda memang sengaja buat supaya orang tak hukum produk anda nanti sebab dia tak ingat.

Pengajarannya … jangan main-main dengan nama.

Alang-alang berniaga, di negara kita yang bukan komunis ni, biarlah produk atau perniagaan anda ada nama.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sebab apa produk umum tanpa jenama dari subsidi kerajaan tidak baik untuk rakyat dan negara

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !