Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 1, 2020

Kemunculan semula kuasa Melayu dan Islam dalam politik pemerintahan negara Malaysia

  Mohd Shubhi       Sunday, March 1, 2020
Sumber gambar dari sini

Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Merajuk, lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri. Kerajaan PH dah tak wujud dan habis kesemua jawatan menteri juga hilang. Bersatu dah sertai pakatan Umno dan Pas.

Meletup sana meletup sini berbagai plot yang memeningkan kepala. Akhirnya dah ada keputusan muktamad hari ni. Agong setuju untuk lantik Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Nama yang tak ada sesiapa sebut untuk jadi Perdana Menteri ke-8. Selama ini orang hanya sebut Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja. Tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin pulak yang naik jadi PM. Macam semua PM yang bapak mereka tok guru agama lain, Tan Sri Muhyiddin sambut semua kejayaan itu dengan bersujud syukur.

Satu permulaan dalam usaha memberikan isyarat betapa warak dan islamik nya anak tok guru ini. Semua ini sudah tentu akan membuatkan orang Melayu jadi cair dan bertasbih memuji Tuhan. Ciri-ciri utama orang Melayu yang selama ini mahu diabaikan oleh DAP.

Kemunculan kuasa Melayu Islam di Malaysia

Gabungan antara Umno, Pas dan Bersatu merupakan satu gabungan kuasa Melayu dan Islam. Orang Umno seronok tengok. Orang Pas juga basah mulut mereka berzikir memuji kebesaran Tuhan dengan naiknya kuasa Melayu dan islam ini.

Tak ada lagi yang orang Melayu lebih suka lebih daripada kemenangan kuasa Melayu dan islam ni. Boleh lihat segala komen dan pujian orang-orang Melayu kat media sosial. Semuanya dah tak mampu nak sorokkan lagi rasa gembira mereka.

Ini juga satu kemenangan kepada pergerakan BMF. Selain dari usaha mereka mahu berkuasa dalam bidang ekonomi, sekarang mereka dah dapat satu lagi hadiah besar. Kuasa politik juga dah berada di tangan orang Melayu dan Islam.

Padan muka orang Cina. Padan muka orang bukan Islam. Selama ini orang bukan Islam sentiasa menindas orang Melayu dan Islam. Dalam sektor pekerjaan orang Melayu Islam di anak tirikan. Dalam ekonomi produk orang melayu dan Islam juga diketepikan.

Orang Melayu Islam tak ada pangkat dalam sektor kerja swasta. Produk orang Melayu dan islam tak ada tempat dalam senarai produk popular laku keras.

Sekarang semua itu akan berubah.

Begitulah agaknya perasaan orang melayu islam sekarang. Begitulah rasanya bangganya pendokong pergerakan BMF. Kita dah memang!

Gabungan pembangkang tak pernah stabil

Saya berkesempatan melalui kesemua usaha gabungan parti pembangkang sejak dari tahun 1999 dulu.

Angkatan Perpaduan Ummah, gabungan parti pembangkang yang ada sebelum itu, saya tak ambil tahu sangat. Ia berlaku bermula tahun 1990. Masa itu saya nak keluar negara belajar kat sana.

Kebetulan sebelum nak ke luar negara perlu masuk Kem Bina Negara. Masa latihan lasak merentas hutan, itu antara soalan yang kena tanya dari Komando yang bertugas sebelum melepaskan kumpulan kami ke check point yang seterusnya.

Masa tu tahun 1989. Berlakunya krisis dalam Umno antara Mahathir dan Ku Li. Sampai mahkamah berikan perintah Umno dibubarkan. Apa yang berlaku selepas itu saya tak ambil tahu sangat.

Angkatan Perpaduan Ummah

Yang saya tahu, Angkatan Perpaduan Ummah tertubuh untuk lawan BN baru yang diketuai oleh Mahathir. APU terdiri daripada parti berikut:
  1. Parti Islam Se-Malaysia, PAS
  2. Parti Melayu Semangat 46, S46
  3. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, BERJASA
  4. Parti Hizbul Muslimin Malaysia, HAMIM
  5. Kongres India Muslim Malaysia, KIMMA
Pakatan pembangkang ini digabungkan secara tidak formal bagi menghadapi pilihanraya ke-9. Kemudian mereka lenyap pada tahun 1996.

Fron Sosialis Rakyat Malaya (SF)

Sebelum itu ada juga gabungan pembangkang yang dipanggil sebagai Fron Sosialis Rakyat Malaya. Saya tak ada lagi masa tu dan gabungan parti pembangkang ni dah wujud. Gabungan ini tertubuh pada hari Merdeka, 31 Ogos 1957 oleh Ahmad Boestamam.

Berikut merupakan gabungan pakatan pembangkang tersebut:
  1. Partai Rakyat (PR)
  2. Parti Buruh Malaya (PBM)
  3. National Convention Party (NCP)
Dari rekod, gabungan ini adalah gabungan paling lama bertahan dalam sejarah politik pilihanraya negara kita. Mereka hidup selama 11 tahun. Mengalahkan kesemua tempoh hayat gabungan parti pembangkang lain yang wujud selepas mereka.

Yang membuatkan gabungan pembangkang kuat ini hancur adalah lebih kepada tindakan kerajaan menangkap para pemimpin pembangkang dan seterusnya melumpuhkan habis pergerakan mereka. Kalau bukan kerana tuduhan pro-Indonesia dan pro-China, mungkin mereka akan hidup lebih lama dan landskap politik negara adalah berbeza.

Gabungan parti pembangkang yang gagal

Berikut adalah nama gabungan parti pembankang yang wujud sejak 1999
  1. Barisan Alternatif pada tahun 1999 - Pas gabung dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional. Ini meningkatkan prestasi PAS ke tahap paling tinggi sampai menang 27 kerusi Parlimen. Tak pernah berlaku selama ini. Gabungan ini pecah pada tahun 2001
  2. Pakatan Rakyat, dibentuk pada 1 April 2008 - Sekali lagi gabungan PKR, PAS dan DAP. Kali ini mereka menang besar dalam pilihanraya tahun 2008. Menang sampai 82 kerusi Parlimen dari keseluruhan 222 kerusi. Mereka memang banyak lagi pada tahun 2013 dengan 89 kerusi. Malangnya mereka berbecah sekali lagi tahun 2015 sebab kes ideologi juga mcam sebelum ini.
  3. Pakatan Harapan, ditubuhkan pada sept 2015 - Ini satu-satunya pakatan yang berjaya kalahkan kerajaan BN yang diketuai oleh Umno selama ini. Mereka berjaya bentuk kerajaan selepas pilihanraya tahun 2018. Dan anda saksikan sendiri, pecah berantakan pada Feb 2020.
Dari apa yang anda lihat kat atas tu, mana saja gabungan antara parti berteraskan agama seperti PAS atau yang berteraskan bangsa seperti Bersatu, akan pecah bercerai berai tak kekal lama.
Gabungan kerjasama antara Cina dengan Melayu akan gagal. Begitu juga gabungan antara Islam dengan bukan Islam akan gagal.

Konsep macam itu tak boleh diterima pakai di Malaysia. Orang Melayu atau Islam di Malaysia tak akan boleh tenang sebaik saja mereka rasa ada tekanan atau cabaran dari yang bukan Melayu atau bukan Islam.

Kebetulan, negara kita majoritinya adalah Melayu dan Islam, maka sampai kesudah apa saja gabungan cuba nak masukkan bukan Melayu atau bukan Islam ke dalam sistem pemerintahan akan gagal.

Ini yang DAP masih tak faham-faham. Mereka cuba nak ubah suruh orang Melayu lembut sikit dengan kefahaman Islam dan kuasa Melayu mereka. Tak akan boleh berlaku entah sampai bila. 

Walaupun golongan Melayu dan islam yang lebih melihat kepada keadilan universal dan kefahaman Islam yang lebih liberal mula meningkat kat Malaysia, tapi jumlahnya terlalu sedikit.

Apa lagi dengan sistem pendidikan negara yang makin lama makin kuatkan subjek berkaitan agama dalam semua sekolah kebangsaan rendah atau menengah. Ini menghasilkan pemikiran ke arah kuasa Melayu dan Islam yang ada sekarang.

Kalau nak ada perubahanpun, kena tunggu jumlah orang Melayu yang daftar masuk sekolah Cina atau Tamil sampai jadi lebih 50% dari jumlah murid sekolah. Lepas itu kena tunggu pelajar tu semua membesar dan dewasa. Barulah pemikiran kearah keadilan universal akan boleh bertapak di Malaysia.

Mungkin 100 tahun lagi.

Sementara ini, terima saja yang Malaysia hanya stabil politiknya jika diberikan kuasa pada Melayu dan islam sahaja. Samada ketua mereka korup atau rakus akhlaknya tak penting. Asalkan Islam dan Melayu semua itu akan boleh diterima rakyat.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kemunculan semula kuasa Melayu dan Islam dalam politik pemerintahan negara Malaysia

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. 22 bulan, apa yg lebih baik dr sebelumnya, bg kita kita org biasa biasa ni ? Harapnya k'jaan baru ni lbh baik dr yg sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. Yg namanya universal itu apa? Apakah Islam itu x universal? Keadilan universal? Apakah Islam tidak adil? Apakah salah bila sesuatu masyarakat dgn majoriti Islam, mahukan sistem Islam utk mereka? Siapa sebenarnya tidak adil? Apakah salah org2 Islam menguatkan diri mereka dgn ilmu agama?

    Penulis cuba memperlihatkan sperti beliau adalah Islamik. Tapi sikap hipokrit sebenarnya tidak dapat disembunyikan sepenuhnya. Katakanlah sahaja anda mahu sistem barat liberal di mana anda bebas melakukan apa sahaja. Itu lebih jujur.

    Ya. Tunggulah walau pun 100 tahun lagi. Dan kami akan terus memperkuatkan agenda Islam kami. Untuk anda, mudah. Ikutlah Islam. Kalau anda tidak mahu, adalah lebih baik anda berhijrah sahaja ke luar negara. Itu lebih baik untuk anda.

    Adil? Anda boleh punya pendapat anda. Kami juga begitu. Anda boleh mempertahankan hak anda. Org lain juga begitu. Anda boleh kata anda benar. Tapi kami juga boleh meliaht anda sebagai seorang yg palsu. Terimalah. Atau silalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Fazenne kerana sudi berikan komen.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !