Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 23, 2020

Seni berjalan kaki yang anda perlu amalkan - Hidupkan semula sifat ingin tahu anda

  Mohd Shubhi       Monday, March 23, 2020

Dalam satu hari, secara purata anda tidur lebih kurang 8 jam. Mungkin kurang atau mungkin lebih sikit.

Itu jumlah jam yang diperlukan oleh anda yang dah dewasa.

Kanak-kanak tidur lebih lama.

Jumlah masa yang diperlukan untuk tidur sebenarnya bergantung pada umur anda. Berdasarkan kajian, berikut jumlah masa tidur berdasarkan umur yang manusia perlu:

  • Bayi baru lahir ke 3 bulan - Dari 14 ke 17 jam sehari
  • Bayi  umur 4 ke11 bulan - Dari 12 ke15 jam
  • Kanak kanak umur 1 ke 2 tahun - Dari 11 ke 14 jam
  • Kanak kanak umur 3 ke 5 tahun - Antara 10 ke 13 jam
  • Kanak kanak umur 6 ke 13 tahun - Antara 9 ke 11 jam
  • Remaja umur 14 ke 17 tahun - Dari 8 ke 10 jam
  • Anak muda dari 18 ke 25 tahun - Dari 7 ke 9 jam
  • Dewasa dari 26 ke 64 tahun - Antara 7 ke 9 jam
  • Otai lebih dari 65 tahun - Antara 7 ke 8 jam
Kita pukul rata untuk orang dewasa, waktu tidur ambil dalam 8 jam sehari.

Baki ada lagi 16 jam.

Berapa lama anda duduk dalam 16 jam

Cuba kira tengok. Dalam tempoh baki lagi 16 jam. Waktu berjaga tu. Berapa lama agaknya anda duduk atas kerusi?

Mungkin duduk atas sofa layan TV. Duduk dikerusi kereta sedang memandu atau duduk di kerusi kat pejabat buat kerja.

Jika anda bukan seorang tukang kebun, atau bukan seorang petani atau nelayan dan bukan juga buruh kasar. Waktu duduk sudah pasti jauh lebih lama dari waktu berjalan.

Punyalah terbiasa duduk dan tak berjalan. Sampai jalan kaki dah jadi malas terus pada kebanyakan manusia.

Nak bergerak naik motosikal saja. Kalau ada kereta, lebih mudah naik saja kereta tu sekalipun ke tempat yang tak berapa jauh sangat.

Ada orang yang punyalah malas turun dan jalan kaki, bila nak beli nasi lemak, dia pergi berhenti terus depan meja lipat kakak yang sedang jual nasi lemak di waktu pagi.

Pemalas macam itu yang naik motosikal juga ada. Lebih mudah lajak terus motosikalnya sampai ke bucu meja dan tunggu kakak nasi lemak masukkan lauk dan bungkun nasi lemaknya.

Berjalan kaki bukan satu pilihan lagi bagi manusia moden.

Hidupkan semula amalan jalan kaki

Ini semua perlu diubah.

Kalau anda nak jadi manusia semula, ubah sikap malas jalan kaki tu. Ubah perangai nak duduk kematukan punggung dan besarkan perut dengan tambah lemak tak guna.

Cuba tengok kanak-kanak. Jalan kaki adalah kebolehan semula jadi mereka sejak kecil. Belm pandai cakap lagi, tapi jalan kaki dah mahu dibereskan terlebih dahulu. Itu lah anak-anak manusia.

Bila dah boleh jalan kaki, habis semua tempat dia explore. Habis semua tempat dia nak panjat. Pantang leka, buka pintu saja dia nak serbu keluar. Dia nak explore saja kerjanya. Itu sifat semula jadi manusia.

Dari sikap semula jadi bangun dan berjalan kaki, panjat sana sini dan sebagainya itu, dia kenal dunia. Dia kenal juga dirinya.

Dia bukannya bercakappun kalau sedang merayau jalan kaki. Tapi segala derianya sedang sibuk menyerap sebanyak mungkin maklumat. Dia perhati sana dan sini. Dia dengar apa yang berbunyi dan dia rasa apa yang dapat disentuhnya.

Anda perlu hidupkan semula amalan jalan kaki ni.

Explore dunia dengan duduk saja

Bila dah dewasa, manusia jadi sesat.

Dia kononnya explore, jelajah, rentas dunia hanya dengan duduk atas sofa. Duduk atas kerusi saja. Buka TV tengok National Geography. Buka FB atau smartphone layari blog, terokai dunia luar, tengok keadaan luar negar dan sebagainya.

Itu cara manusia moden terokai dunia sekarang.

Hanya dengan duduk buncitkan perut dan lemahkan otot. Mereka harap dapat temui jawapan kepada perasaan ingin tahu yang ada dalam diri. Dengan terokai dunia sambil duduk diharap dapat berikan kadamaian jiwa.

Mana boleh macam tu. Tak kan jadi puas dan takkan lengkap menjadikan anda sebagai seorang manusia jenis Homo Sapien kalau kaki amat jarang digunakan untuk bergerak berjalan dan panjat bukit dan terjah masuk hutan.

Terapkan semula amalan jalan kaki. Pergi window shopping. Bukan tengok barang nak beli. Tapi cuci mata tengok orang ramai. Tak cakappun tak apa. Jalan kaki dan tengok saja.

Banyak yang anda akan belajar bila dilatih berikan pengamatan tengok orang ramai macam tu. Cuba bezakan bagaimana orang minta sedekah berjalan. Macam mana orang cantik lawa berjalan. Macam mana jaga securiti jalan.

Tengok juga macam mana orang muda berjalan. Cuba bandingkan antara pakaian yang mereka pakai dengan cara mereka berjalan. Boleh agak tak dia kerja apa? boleh agak tak dia sedang kusut ada masalah atau sedang bercinta?

Itulah yang besat kalau kerap jalan kaki ...

Cubalah !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Seni berjalan kaki yang anda perlu amalkan - Hidupkan semula sifat ingin tahu anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !