Wednesday, April 15, 2020

5 jenama peralatan masak lain alternatif kepada Thermomix untuk anda bandingkan

  Mat       Wednesday, April 15, 2020

Artikel sebelum ni anda diperkenalkan kepada peralatan memasak serba boleh dan ajaib bernama Thermomix.

Saya kategorikan peralatan itu sebagai pilihan orang kaya yang teringin nak makan masakan yang dia masak sendiri. Masak dengan bergaya pulak tu sebab Thermomix memang hebat dan memudahkan terlalu banyak kerja.

Sama macam ada pembantu dapur yang berkebolehan.

Saya kata untuk orang kaya juga disebabkan harga Thermomix yang orang tinggal di flat PPRT tak sesuai untuk beli dan guna. Beli untuk dijadikan bahan promosi mungkin lebih sesuai. Itupun perlu difikirkan dari mana nak dapatkan duit untuk harga yang setinggi itu.

Berapa agaknya harga Thermomix?

Anda boleh pergi semak kat Lazada. Saya tahu tentu anda tergerak nak pergi cari maklumat harganya kat Lazada kan?

Saya dah cari kat situ dan memang ada jumpa. Harga untuk model terbaru Thermomix TM6 adalah RM7,188 sahaja!. Boleh diberi secara ansuran selama 6 bulan kalau tak ada cash sampai banyak tu.

Kalau berminat nak dapatkan Thermomix, boleh lihat di pautan sini.

Apa Thermomix boleh lakukan?

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang Thermomix ni mampu lakukan?

Penting juga untuk anda tahu supaya senang nak buat perbandingan. Manalah tahu kalau-kalau anda mula berminat nak dapatkan satu peralatan memasak ni. Sangat praktikal untuk orang yang tak punya saiz atau ruang dapur yang besar sangat kat rumah tu.

Tapi anda mungkin tak mahu beli jenama Thermomix. Tentu ada pesaing yang buat peralatan yang lebih kurang sama kebolehan ajaibnya.

Memang ada alat sama dari jenama yang lain. Nanti kita cuba tengok pilihan lain yang ada.

Sebelum itu, jom tengok terlebih dulu apa yang Thermomix ni mampu lakukan secara ringkas. Supaya mudah buat bandingan nanti dengan produk dari jenama berlainan.

Kalau ikut apa yang pembuat senaraikan memang sangat banyak. Mereka nak bagi nampak gempak saya rasa. Tapi secara umumnya Thermomix tu boleh buat banyak kerja seperti berikut:
  1. Masak, kukus, rebus, didih dan seumpamanya - semua kerja asas memasak gulai, masak lemak, kukus ikan, buat sup dan lain-lain memang mudah dengan alat ni
  2. Hancur, potong, grind, dan lain-lain macam grinder - Tak payah nak pakai grinder atau pemotong lain untuk kerja buat ramuan masakan. Semuanya boleh dilakukan oleh alat ini. Jadi tak payah pergi jauh dan susah-susah nak sediakan alat lain pulak
  3. Uli, campur sebati dan seumpamanya untuk buat kek atau roti - Ini juga sangat hebat. Masukkan semua bahan, alat ni akan kacau sampai sebati. Lepas tu siap boleh uli lagi.
  4. Boleh buat timbang bahan masakan untuk resepi yang tepat - Bila anda nak masak, kuantiti bahan sangat penting untuk hasilkan kelazatan yang maksimum. Alat ni boleh timbang dengan tepat dan mudah
Thermomix tak boleh dijadikan alat goreng fries umpamanya. Nak goreng ikan juga tak boleh. Banyak keupayaannya adalah lebih ke arah cara masakan yang menjaga kesihatan. Ianya bukan kuali.

Tak boleh bekukan air sebab bukan peti ais. Dia tak boleh bakar roti pun. Bila anda campur tepung dan bahan lain, uli sampai jadi doh guna Thermomix, bila dah siap kena ambil dan pergi bakar kat oven juga.

5 alat memasak lain alternatif kepada Thermomix

Saya senaraikan lagi 5 alternatif kepada alat memasak ajaib Thermomix ni. Anda boleh google untuk dapatkan maklumat berkenaan alat tersebut. Boleh beli secara online pun sekarang. Tak payah nak susah-susah pergi kedai.

Malah jika dijual di luar negara pun, anda masih boleh order secara online sekarang.
  1. ALDI Mistral Thermo Cooker - Boleh klik kat pautan ni untuk tengok review kat youtube. Saya cuba cari maklumat jualan produk ni kat Malaysia nampak macam tak ada pulak. Tapi sangat popular di Australia.
  2. Bellini Supercook - Yang ni saya cari ada jumpa kat Malaysia. Tapi dipromosi kat Facebook saja. Cuba ke pautan ni untuk tengok. Ada dikongsikan resepi dan berbagai cara penggunaannya.
  3. Kogan ThermoBlend Pro - Yang ini paling murah saya rasa. Saya tak jumpa juga kat Malaysia maklumat pasal alat masak ajaib ni. Tapi ada pautan luar negara yang anda boleh beli cara online. Sila ke pautan ni.
  4. Tefal Cuisine Companion - Jenama Tefal dah tak asing lagi kat Malaysia. Kalau pergi Langkawi banyak barang Tefal ada dijual kat sana. Saya dah semak kat Shopee juga Lazada. Banyak barang Tefal tapi satupun tak jual Tefal Cuisine Companion. Check kat Harvey Norman juga tak ada. Nasib baik Tefat ada tawarkan belian online. Pergi ke pautan ni.
  5. KitchenAid Cook Processor - Satu lagi alternatif lain. Tapi sangat mahal dan punya kapasiti yang lebih. Mahal sebab ada berbagai pilihan color supaya serasi dengan dapur rasanya. Tapi tak terjual juga kat Malaysia. Ada jenama dalam Lazada tapi produk lain. Boleh tengok kat web jenama ni sendiri kat pautan sini.
  6. Multi Function Cooking Kitchen Machine Thermo Mixer SSODD 12 in 1 - Ini saya jumpa ada jual di Lazada. Pengganti kepada Thermomix versi murah banyak. Dalam tu harganya cuma RM1,599 sahaja. Boleh pergi ke pautan sini untuk maklumat lanjut.

Dapur tak perlu besar sekarang

Apa yang saya boleh lihat dari wujudnya kesemua produk tersebut. Dapur dah tak perlu besar sangat sekarang. Bagi yang duduk flat, duduk, apartment, atau rumah teres biasa, dapur bukanlah besar sangat.

Developper terpaksa bahagikan ruang terhad yang ada untuk optimumkan segala ruang yang perlu dimasukkan ke dalam sebuah rumah.

Biasanya yang terkorban adalah ruang dapur.

Dengan peralatan yang makin lama makin canggih, ruang dah tak perlu besar sangat untuk simpan barang. Bayangkan Thermomix punya alat memasak tu boleh gantikan sebanyak 10 peralatan lain dalam satu masa.

Itu satu kemudahan yang sangat hebat.

Makin lama makin mudah nak masak. Dengan suasana dunia yang penuh dengan virus baru yang tak ada ubat atau vaksin lagi, keluar rumah kerap-kerap ke sana sini bukanlah satu pilihan yang bijak.

Lebih baik duduk rumah sahaja. Beli barang, bawa balik, guna alat masak ajaib dan makan ramai-ramai satu keluarga. Itu adalah pilihan yang terbaik sebenarnya.
logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, 5 jenama peralatan masak lain alternatif kepada Thermomix untuk anda bandingkan

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Saya pakai flavorwave jer tuan..dlm market dah lama...mmg jualan hebat di US dulu tp harga skrg murah sgt...
    Boleh buat mcm2 kecuali takleh potong, blend jer...memasak pun mmg secara sihat tanpa minyak...senang basuh dan seronok tgk makanan yg sedang di masak sebab pakai balang kaca...byk local brands dah curi idea rekabentuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh! terima kasih atas maklumatnya. Saya akan cari maklumat flavorwave tu.

      Delete
    2. Tq kerana publish psl flavorwave tu..saya x represent pun brand tu hanya utk promote healthy cooking dan harga sgt murah and affordable. Saya dah ada air fryer philips harga kat rm1000 masa wifw beli dulu tp bila ada flavorwave yg mr t sebagai duta tu, my wife kurang pakai dah air fryer...menggoreng pun kurang....roast ayam sekor, kambing perap, buat puding roti dsbnya semua pakai flavorwave

      Delete
    3. Terima kasih tuan. Sudi komen kongsikan maklumat untuk saya buat artikel kongsikan kat sini. Terima kasih sekali lagi!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !