Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 17, 2020

7 cara anda boleh buat untuk atasi masalah rasa lapar ketika berpuasa di bulan ramadan nanti

  Mohd Shubhi       Friday, April 17, 2020

Jumaat depan, seminggu saja lagi, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Hari ini dan masuk 23 Sha'aban 1441. Insyaallah hari Khamis nanti Sha'aban akan melabuhkan tirainya.

Bagi yang dah lama hidup, puasa sepanjang bulan ramadan bukanlah satu masalah besar. Bagi yang tak pernah gagal tunaikan kewajipan itu lah.

Bagi yang dah biasa latih diri untuk layan rasa tak tahan berpuasa, memang sampai ke mati tetap akan tak mampu tahan berpuasa. Golongan yang tak tahan berpuasa memang ada. Dan jumlahnya pun noleh tahan ramainya.

Tahun-tahun sebelum ini, antara waktu peniaga restoran dan kedai makan buat duit adalah ketika masuknya bulan puasa. Mereka buka pintu belakang sekerat dan penuhi permintaan geng-geng yang tak tahan berpuasa ni.

Berbungkus-bungkus nasi terjual sepanjang bulan puasa.

Tahun ni tak tau pulak samada akan ada restoran atau kedai makan yang jual nasi bungkus khas untuk mereka yang ponteng dari berpuasa. Saya yakin pasti ada. Dan permintaannya adalah sangat tinggi berbanding sekarang.

Banyak kedai makan dibuka juga sepanjang PKP ni. Tapi nampak macam tak berapa laku sangat. Orang ramai lebih suka masak sendiri kat rumah dan makan bersama keluarga dari keluar pergi beli makanan kat restoran. Ini dapat jimatkan duit.

Bila masuk bulan ramadan nanti, permintaan sudah pasti akan naik tinggi. Beli bungkus dan makan secara diam di rumah. Terutamanya yang duduk membujang. Kalau yang berkeluarga mungkin susah sikit sebab semua anak-anak dan isteri ada sama kat rumah tu. Melainkan satu keluarga jenis tak puasa, lagi mudahlah urusan.

Petua untuk tahan lapar ketika berpuasa

Masalah yang orang tak tahan untuk amalkan puasa adalah takut lapar. Mereka tak larat nak tahan rasa nak makan yang datang membuak-buak ketika berpuasa. Maklumlah. Selama ini, makan kedarah lebih dari 3 kali sehari.

Tiba-tiba tak boleh nak makan!

Itulah yang membuatkan jiwa jadi tak kental sebab terlalu fikirkan dan layan sangat rasa lapar tersebut.

Untuk anda yang ada masalah sedemikian, saya kongsikan petua untuk atasi masalah rasa lapar ketika berpuasa kat sini.

Untuk makluman, saya secara peribadi, dah mengamalkan puasa Isnin dan Khamis sejak tahun 2005 lagi. Tak pernah gagal. Mulanya puasa Ramadan, kemudian akan diikuti dengan puasa 6. Hari raya ke-2 dah mula. Bila dah selesai habiskan puasa 6 hingga hari ke-7 Syawal, saya akan mulakan pula dengan puasa setiap Isnin dan Khamis.

Dari pengalaman itu, saya boleh kongsikan kat sini nak bagi tahu bahawa rasa lapar itu boleh diatasi dan tak ada masalah lansung. Mainan minda dek kebiasaan sahaja yang membuatkan orang tak tahan dengan rasa lapar.

Jom kita lihat apa yang anda boleh lakukan untuk atasi rasa lapar.

1. Pastikan cukup minum air

Ini sangat penting untuk diberikan perhatian. Untuk memudahkan ingatan, anda perlu pastikan minum air mencukupi masa bersahur. Pastikan juga anda minum air mencukupi masa berbuka.

Nak bagi mudah, mulakan sahur dengan minum air dan mulakan berbuka dengan minum air. Masa sedar antara magrib dan subuh, pastikan anda kerap minum air.

Masa solat tarawih, banyak minum air.

Nak bagi yakin, cuba anggarkan jumlah air yang anda ambil tidak kurang dari 3.7 liter sehari jika anda seorang lelaki. Itu bersamaan dengan lebih kurang 15 ke 16 cawan sehari.

Kalau wanita pula, pastikan anda ambil air tak kurang dari 2.7 liter sehari. Bersamaan dengan 11 ke 12 cawan sehari.

Cukup air yang diminum akan bantu anda atasi rasa lapar dengan sangat baik dan mudah. Kalau air tak cukup, ia mungkin akan buatkan anda rasa sakit atau pening kepala. Bila kepala berdenyut, itu jauh lebih tersiksa dari rasa perut kosong.

2. Sibukkan diri anda selalu

Lapar ni adalah rasa yang boleh datang dan pergi dengan mudah. Jika anda pandai sibukkan diri dengan aktiviti, rasa lapar boleh dihilangkan dengan amat mudah sahaja.

Jadi usahalah untuk cari kerja atau buat apa saja aktiviti yang memerlukan anda gunakan tumpuan otak. Baca buku yang menarik minat anda umpamanya akan membuatkan rasa lapar terus hilang.

Bagi yang kaki pikat burung misalnya, aktiviti itu saja akan buatkan anda boleh tak rasa lapar dari pukul 7 pagi sehingga pukul 7 petang.

Yang pentingnya cari kerja dan buat untuk lupakan pasal rasa lapar tu.

3. Rancang ke depan

Untuk yang tak ada pengalaman berpuasa, saya nak pesan bahawa berfikir bahawa anda makan tak cukup sehari sebelum anda mula berpuasa akan buatkan anda terfikir rasa lapar tak cukup makan.

Jadi sila makan mencukupi masa petang dan masa bersahur.

Makan mencukupi bukan bermakna melantak sampai tak boleh nak bergerak ya! Anda hanya perlukan secawan setengah nasi dan lauk atau protein yang mencukupi untuk buatkan perut rasa kenyang.

Pastikan ada banyak protein dan serat dalam menu makanan yang anda ambil. Itu membantu anda rasa perut kejap dalam tempoh jangka masa yang sangat lama.

4. Buat sedikit senaman ringan

Rasa lapar juga dapat diatasi jika anda banyak bergerak. Kalau tak kerja, cuba pergi keluar ke taman dan lakukan aktiviti jalan kaki secara tenang. Kalau anda kerja, banyakkan pergi jalan kaki lawat kawan di tempat lain setiap kali timbul rasa lapar.

Duduk saja terpinga-pinga akan membuatkan rasa lapr datang terjah masuk ke dalam minda.

Bagi saya berjalan kaki bersiar-siar di taman yang redup dan cantik adalah amalan terbaik ketika berpuasa. Kalau nak ke surau atau masjid, jangan naik kenderaan. Jalan kaki.

Mungkin tempoh PKP anda tak boleh solat ke surau, maka kalau nak beli barang dapur kat kedai tu, cuba jalan kaki saja perlahan-lahan.

5. Lelapkan diri

Masukkan aktivit lelap ni dalam jadual. Ia amat membantu hilangkan terus rasa lapar. Masa berpuasa pula, ketika cuaca panas, jika ada dapat cari satu pot yang redut berangin, ada tempat baring, ia adalah satu nikmat.

Masa berpuasa, duduk kat tempat macam itu amat mudah membuatkan anda terlelap. Cuma takut kalau terlajak sahaja. Jadi jika anda kerja, lelap saja kat meja kerja tu sebentar. Ini akan bantu hiangkan rasa lapar.

Kalau tak kerja, maka mudahlah untuk anda baring dan lelapkan diri.

6. Fikir dan rancang ke depan

Ini juga bayak membantu anda lupakan rasa lapar.

Cuba fikirkan makanan yang nak anda rasa dan nikmati masa berbuka nanti. Cari segala bahan dan buat perancangan dan persediaan untuk mendapatkan makanan tersebut.

Cuba juga fikirkan menu untuk malam dan ketika bersahur. Ambil usaha untuk cari dan sediakan semua itu. Ini akan bantu anda lupakan rasa lapar. Sebenarnya, fikirkan persediaan untuk makan dan minum ke depan nati sangat menyeronokkan.

Bayangkan juga kegembiraan anak dan isteri dengan makan dan minum istimewa yang anda usahakan cari dan sediakan malam nanti. Itu juga mampu hilangkan rasa lapar dan mendatangkan kegembiraan dan kepuasan.

7. Sertai aktiviti kemasyarakatan

Ini lebih mudah jika tiada PKP.

Anda boleh turut serta dalam program-program yang dianjurkan dalam masyarakat anda. Masjid atau surau umpamanya. Atau kumpulan sukarela yang sediakan makan minum untuk fakir miskin umpamanya.

Kalau tak ada semua itu, anda juga boleh sertai aktivit sosial melalui media sosial secara online sahaja. Sertai group chatting, forum atau perbincangan dan sebagainya.

Bincang pasal diet, bincang pasal amalan spiritual, bincang pasal amalan senaman yang sesuai ketika ramadan dan sebagainya. Perkongsian aktif sosial begini juga dapat bantu hilangkan rasa lapar.

Ok!

Saya dah senaraikan 7 cara bagaimana anda boleh ambil untuk atasi masalah rasa lapar ketika berpuasa. Khas untuk yang nak mula berpuasa penuh tahun ini. Juga untuk yang dah lama berpuasa tapi hanya bulan ramadan sahaja.

Selamat beramal!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 cara anda boleh buat untuk atasi masalah rasa lapar ketika berpuasa di bulan ramadan nanti

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !