Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 24, 2020

Hisap vape terdedah kepada pencemaran kandungan logam berat tosik yang lebih tinggi dari rokok

  Mohd Shubhi       Friday, April 24, 2020

Sejak akhir-akhir ni kaki rasa panas. Bermula dari lutut, turun ke bawah sampai tapak kaki. Panas itu seperti rasa kulit kaki baru di sapu dengan minyak urut panas atau baru disapu dengan tiger balm.

Tapi tak pula rasa kebas. Sakit pun tak ada rasa. Memang tiada kesakitan atau pedih yang ketara.

Panas yang dirasa itu semakin jelas kalau duduk saja. Duduk atas kerusi sambil menulis macam sekarang ni memang terasa sangat bahang panas di seluruh kaki dari lutut ke bawah tu. Kalau angkat kaki tu, picit-picit sikit sambil buat urutan lembut, akan hilang.

Tapi bila diturunkan semula. Tapak kaki diletakkan diam atas lantai sambil duduk atas kerusi. Panas itu akan kembali terasa. Boleh bayangkan macam keluar asap panas dari kaki tu.

Cari sebab kenapa kaki rasa panas

Terfikir juga yang panas itu merupakan tanda-tanda adanya penyakit. Antara perkara yang menakutkan adalah jikalau rasa panas itu merupakan tanda-tanda masalah kencing manis.

Saya dengar kawan-kawan beritahu antara tanda kencing manis adalah rasa kebas. Rasa naik sesemut pada tapak kaki. Jika dibiarkan berlarutan, lama kelamaan kaki boleh hilang deria rasa. Sentuh tak terasa. Jika luka akan sukar untuk sembuh.

Itu semua kes berat. Boleh berakhir dengan kaki kena potong.

Yang saya faham. Kaki jadi begitu sebab kandungan gula dalam darah tinggi. Saraf habis rosak pada kaki. Atau pada anggota yang paling jauh dari jantung untuk pam darah mengalir ke situ. Bila darah lambat mengalir, oksigen kurang, kalau ada luka akan lambat nak sembuh.

Itu perkara yang perlu dielak jika ada masalah kencing manis. Jangan sampai ada luka pada kawasan kaki. Kena periksa selalu untuk pastikan tak ada luka atau melecur pun tak boleh. Ia boleh jadi merebak dan melarat sampai akhir kena potong.

Tapi kaki saya cuma rasa panas sahaja.

Dah banyak kali check darah tapi normal sahaja. Memang tak ada kencing manis. Rasa panas saya terasa bermula sejak tinggalkan terus aktiviti hisap rokok daun. Tak hisap rokok daun tu dah bagus. Tapi digantikan dengan vape, itu yang tak bagus nya.

Sejak seorang kawan bagi cuba vape, dia bagi semua satu set sekali dengan pod dan sebagainya. Terus tinggalkan hisap rokok. Boleh bagi kredit pada hasil dari vape itulah juga. Kalau tak ada vape tu, mungkin sampai sekarang masih dok pekena rokok daun.

Tanya kawan-kawan kenapa kaki panas

Bila dah berlarutan rasa panas macam tu, saya tanya kawan-kawan yang ada dalam satu group whatsapp. Ramai yang pandai-pandai dan banyak maklumat kat group tu. Nak tengok jawapan mereka.

Manalah tau kalau-kalau ada yang dah ada pengalaman alami masalah yang sama sebelum ini.

Selepas tanya, memang betul ada yang pernah mengalami masalah sama. Tapi akibat dari otot cedera sebab aktiviti lasak panjat gunung. Diberikan ubat dan dirawat seketika lama-lama lega balik. Saya tak masuk dalam keadaan itu.

Ada yang bagi tahu mungkin pasal kurang vitamin B6, B12 atau B9.

Kurang vitamin B6?

Saya check apa yang boleh berlaku jika kurang B6. Ia boleh akibatkan meningkatnya tahap kolestrol Itu yang ada kaitan dengan keadaan saya sekarang. Memang ada kesan lain tapi bab menimbulkan masalah pada saluran darah itu menarik minat.

Memang saya baru pi buat test darah. Doktor beritahu kandungan kolestrol jahat agak tinggi. Jadi dia berikan ubat kawal kolestrol. Sumber untuk dapatkan bekalan B6 dalam badan adalah dengan makan ikan salmon, tuna, buat tomato, kacang kuda atau buah pisang.

Itu semua makanan yang saya selalu ambil. Jadi tak rasa ada kekurangan B6 dalam badan.

Kurang vitamin B9?

Vitamin B9 pula diperlukan untuk pembaikan sel. Sel rosak dan pembinaan sel baru memerlukan kandungan B9 yang cukup dalam badan anda.

Bila saya semak, antara makanan yang banyak bekalkan kandungan B9 ke dalam tubuh badan adalah brocoli, parpu, bayam, buat mangga, sayur lettuce, limau dan jagung. Itu semua makanan yang saya selalu ambil. Jadi tak ada masalah rasanya.

B12 pula macam mana?

Ini mungkin juga relevan. Kalau anda kurang B12, akan hadapi masalah anemia. Sel darah merah yang tak cukup dan tak sihat. Bila kandungan darah merah tak cukup atau tak sihat, akan berlaku kekurangan oksigen.

Ini akan buatkan ada rasa letih pening lalat dan sebagainya. Antara tanda-tandanya juga adalah rasa kebas pada kaki dan tangan. Anda boleh dapatkan keperluan B12 dari makanan seperti susu, telur dan daging.

Saya makan semua tu tak ada masalah. Tapi orang tua memang akan ada masalah kurang B12 ni. Mungkin sebab ada masalah kat usus yang buatkan usus tak cekap buat kerja. Salah satu kemungkinan usus anda tak serap B12 adalah jika ada cacing pita.

Apa mungkinkah saya ada banyak cacing pita dalam badan?

Mungkin tidak sebab saya tak makan ikan atau daging mentah. Semua lauk tu akan dimasak sampai hempuk sebelum makan. Jadi tak ada masalah. Cuci tangan setiap kali keluar tandas juga dah jadi amalan biasa. Begitu juga amalan cuci tangan sebelum makan dah diamalkan sejak kecil lagi.

Keracunan logam berat

Satu lagi kemungkinan yang kawan berikan adalah keracunan bahan logam berat seperti raksa, timah atau arsenik!

Bila saya dengar saja perkataan logam berat terus teringat pasal vape.

Memang sebelum ini ada baca laporan saintis tentang bahaya hisap vape. Asap vape yang anda sedut tu ada kandungan logam berat yang sangat tinggi. Terutamanya vape jenis mekanikal yang tong besar tu.

Lagi kuat kuasa bateri pada vape, lagi tinggi kemungkinan asap vape yang anda sedut punya banyak logam toksik bahaya. Malah kandungan metal berat yang ada pada vape jauh lebih tinggi dari asap rokok.

Saya semak apa akan jadi kalau anda ada masalah kandungan yang tinggi logam berat tosik dalam kandungan darah. Nampaknya semua gejala itu memang ada juga pada saya selama ini. Rasa mual, rasa pening lalat, rasa letih, kebas pada kaki dan tangan, rasa perut tak segar.

Wah !! memang ada semua gejala tu. Dan saya perasan semua itu berlaku sejak saya mula gunakan vape ganti rokok daun.

Hisap rokok daun tak teruk mana rasanya. Memang ada pening sikit bila mula hisap. Terutamanya kalau tembakau yang diambil tu jenis yang memang keras. Tapi tembakau yang lebut yang saya biasa ambil ok saja.

Lagipun, kalau balut rokok daun tu, saya akan selitkan filter. Ia akan lembutkan lagi rasa rokok dan akan tapis lebih banyak kandungan tar dari masuk ke lubang hidung saya.

Cuba baca laporan tentang kandungan bahan logam berat yang tinggi dalam vape kat artikel ni. Anda boleh cari lagi banyak laporan terperinci segala kajian yang membuktikan vape buatkan darah anda penuh dengan logam berat. Bayangkan anda sedut arsenik masuk ke dalam lubang hidung tu!

Sempena bulan puasa ni, elok rasanya untuk hentikan terus hisap vape. Kalau selama sebulan ramadan ni tak hisap vape, tentu boleh lihat nanti samada akan ada perubahan pada rasa kaki panas itu atau tidak. Kita lihat nanti ..

Selamat berpuasa semua !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hisap vape terdedah kepada pencemaran kandungan logam berat tosik yang lebih tinggi dari rokok

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Salam Tuan, nak tanya..berkaitan artikel ini..selepas tinggalkan vape, adakah mendapat kesan dan kualiti kesihatan yang lebih baik? Maksudnya hilang dah kebas2 dan sakit2 semua tu? Harao sudi menjawabnya. Aekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tinggalkan vape dan hisap rokok daun saja seperti biasa. Tak ada masalah lagi selepas itu.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !