Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, April 12, 2020

Rebut peluang untuk 4 kelebihan yang anda akan dapat jika belajar bahasa baru sekarang

  Mohd Shubhi       Sunday, April 12, 2020
Ini dipanggil roti Baguette. Roti yang sangat terkenal dan banyak dimakan di negara Perancis

Ada 4 kelebihan belajar bahasa baru.

Ada masa seminggu dua lagi PKP ni, boleh pertimbangkan untuk belajar satu bahasa baru dan mendapat 4 faedah yang akan saya kongsikan kat bawah ni.

Nak belajar Bahasa Baru sekarang bukan perkara sukar lagi.

Duduk kat rumah depan komputer saja dah berupaya belajar bahasa baru. Siap dengan cara nak sebutnya sekali. Malah kosnya pula bukannya mahal sangat pun.

Nak atau tak nak saja.

Mungkin dengan ketahui 4 kelebihannya seperti bi bawah ni, anda akan pertimbangkan untuk mula belajar bahasa baru.

Kelebihannya adalah seperti berikut.

1. Perbaiki keupayaan otak

Belajar bahasa baru buat otak anda perbaiki dirinya sendiri.

Banyak saraf baru akan terbentuk, saraf dan saluran yang kurang digunakan selama ini terpaksa digiatkan balik. Semakin lama anda dapat rasa perbezaan kebijaksanaan anda bertambah.

2. Melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza

Bahasa bukan sekadar percakapan. Ia melibatkan budaya dan amalan. Anda terpaksa memahami dan kaji sedikit sebanyak budaya bangsa yang bertutu dalam bahasa itu. Baru lebih mudah nak faham maknanya.

Semua itu dapat menambah kaya fikiran dan pemandangan anda. Pemikiran anda mula berubah ke arah yang lebih berinovasi.

3. Perbaiki keupayaan mendengar

Ini masalah besar yang ramai hadapi sekarang.

Belum habis dengar apa orang nak kata, dah nak balas cakap.

Belajar bahasa baru membuatkan anda dengar betul-betul sampai habis dulu. Tak boleh nak teka lagi apa dia nak kata sebab masih baru belajar. Anda terpaksa tunggu, sabar dan amati apa yang dia sebut.

Lama kelamaan ia jadi amalan yang baik.

4. Potensi jumpa peluang baru

Bila belajar bahasa baru, anda akan bina rangkaian kenalan baru.

Kenalan yang mungkin tak fasih bahasa yang anda gunakan selama ini tapi fasih bahasa yang sedang ada pelajari. Ini membuka peluang baru untuk anda terokai yang mungkin tak terlintas selama ini.

Semua kelebihan di atas berlaku secara tidak lansung tanpa dipaksa.

Bila anda fokus untuk belajar bahasa baru, ke empat-empat kelebihan itu terbentuk dengan sendiri. 

Jadi tunggu apa lagi.

Cubalah luangkan masa sedikit untuk belajar bahasa baru. Tak payah nak terburu-buru untuk cepat pandai. Ambil masa dan nikmati perjalanan belajar bahasa tu.

Saya boleh cakap Bahasa Perancis.

Satu masa dahulu, tidur pun bermimpi dalam bahasa perancis. Sebab hari-hari cakap bahasa itu.

Tapi dah lama ditinggalkan sejak tahun 1993. Tak boleh cakap kat sini sebab kat Malaysia Bahasa Perancis adalah satu bahasa asing.

Tapi kadang kala, terserempak dengan orang Perancis ketika travel. Saya ambil peluang tu untuk cuba ingatkan balik bercakap dengan mereka dalam bahasa Perancis.

Bila mula bercakap, mendengar semula bahasa tersebut, dalam masa yang pantas, keupayaan berkomunikasi itu muncul kembali dengan lancar.

Saya kongsikan macam mana nak tanya apa khabar dalam bahasa perancis pada orang yang anda baru kenal.

"Comment allez-vous?"

Cara sebutnya begini jika dieja dalam bahasa malaysia:

"Komo t'ale(h) vu"

Nota: Baca dalam melayu tanpa sebut perkataan 'h' tu. Selamat mencuba !

Sumber artikel: https://www.entrepreneur.com/
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rebut peluang untuk 4 kelebihan yang anda akan dapat jika belajar bahasa baru sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !