Saturday, April 4, 2020

Menarik! Kiraan matematik tunjukkan Kawalan Pergerakan bantu ratakan lengkung jangkitan Covid-19

  Mat       Saturday, April 4, 2020

Ada beberapa sebutan yang jadi trend sepanjang merebaknya jangkitan Covid-19. Dalam banyak-banyak sebutan ada 2 sebutan ini yang sangat popular di seluruh dunia;
  • Flattening the curve - boleh diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai Meratakan Lengkung Jangkitan
  • Social distancing - boleh diterjemahkan ke BM sebagai Jarak Social atau dalam ayat panjangnya boleh jadi jarakkan diri dari aktiviti sosial.
Bila jangkitan penyakit berpunca dari bawaan manusia, ini cara terbaik untuk atasi masalah penyebaran penyakit. Dalam kes Covid-19, seseorang yang kena jangkitan itu, berpotensi untuk sebarkannya kepada orang lain.

Apa maksud aktiviti jarak sosial

Ada beberapa peringkat dalam melakukan aktiviti menjarakkan diri dari aktiviti sosial ni. Yang awalnya adalah, 'Self-quarantine'.

Dalam proses ini anda jauhkan diri dari bertemu dengan orang lain. Kurung diri di satu tempat supaya tak ada pertemuan.

Kena buat macam tu kalau ada gejala Covid-19 pada diri anda atau ahli keluarga anda. Atau anda sedar ada berjumpa dengan kenalan atau orang yang memang ada Covid-19 sebelum itu.

Anda perlu kurung diri selama 14 hari paling kurang. Dalam tempoh tersebut pastikan:
  • Jaga kebersihan. Jangan sentuh muka. Selalu basuh tangan dengan sabun.
  • Duduk dalam rumah jangan keluar. Kalau nak beli barang, order online saja atau suruh orang beli dah hantar. Suruh orang yang hantar barang letak kat luar dan balik. Kemudian baru anda pergi ambil. 
  • Jangan izinkan orang datang melawat. 
  • Jangan kongsikan sebarang barang atau peralatan dengan orang lain kat rumah anda.
Selepas dah tamat 14 hari, anda ok. Maka bolehlah dilanjutkan pula dengan mengasingkan diri dari orang lain. Supaya anda tak jangkitkan orang kalau ada virus tu. Juga supaya orang tak jangkitkan virus tu pada anda.

Tak payah nak tunggu arahan doktor untuk asingkan diri dari orang ni. Boleh saja buat sendiri supaya anda lebih selamat sekalipun kerajaan dah angkat PKP.

Melakukan social distancing

Bukan sepanjang masa kena asingkan diri dari keluar rumah. Bila semua dah reda, anda perlu juga keluar rumah kalau PKP tak berapa longgar sangat. Anda boleh amalkan penjarakan sosial ni dengan buat perkara berikut:
  1. Jauhkan diri dari orang lain dalam jarak 1.5 meter - Elok jauh dari orang dalam jarak 2 meter lah lebih selamat. Kalau dia bersinpun agak tak sampai air liur merecik tu. Sempat lari.
  2. Elak diri dari perhimpunan - Tak payah nak pergi tempat yang ada orang ramai. Elakkan terus dari aktiviti bersosial macam tu jika tak ada keperluan.
  3. Jauhkan diri dari orang lemah - Orang tua atau kanak-kanak kecil tak payah didekati. Begitu juga dengan mereka yang ada masalah kesihatan.
  4. Kerja dari rumah - Kalau dapat, kerja saja dari rumah. Itu yang terbaik.
  5. Jangan salam dengan orang - Nak sapa orang, angkat tangan saja, letakkan kat dada. Tanda salam.
  6. Jangan keluar dari rumah kecuali perlu sangat - Samada stok barang dapur habis atau nak dapatkan ubat-ubatan saja baru keluar.
Sekarang dunia lebih aman. Tak ada konsert, tak ada himpunan mogok, tak ada kenduri, tak ada acara sukan. Kenderaan sangat sikit atas jalan raya. 

Pencemaran udara turun mendadak. Kilang semua tak jalan. Udara lebih segar bila Covid-19 ni datang melanda seluruh dunia. Itu semua perkara positif di sebalik Covid-19 ni.

Kesan sebaran jangkitan berdasarkan jenis PKP berbeza

Berikut kesan yang akan berlaku, dikira berdasarkan matematik, terhadap amalan Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan lakukan.

Kiraan ini menarik untuk anda lihat supaya faham dan lebih yakin mematuhi perintah PKP yang kerajaan kenakan sepanjang tempoh ianya berlaku.

1. Tiada PKP lansung

Jalani kehidupan macam biasa macam tak ada apa-apa berlaku.
  • Hari pertama: Mat A kena virus
  • Hari ke-5: Mat A jangkitkan kepada sekurangnya 2.5 orang lain
  • Hari ke-30: seramai 406 orang akan kena virus ni

2. Buat PKP dengan kadar 50%

Keluar rumah hanya untuk pergi kerja atau beli barang keperluan. Jarakkan diri 1.5 meter masa diluar. Tak sentuh lansung orang lain dengan salam atau sebagainya.
  • Hari pertama: Mat A kena virus
  • Hari ke-5: Mat A jangkitkan kepada sekurangnya 1.5 orang lain
  • Hari ke-30: seramai 15 orang akan kena virus ni

3. Buat PKP dengan kadar 75%

Tak pergi kerja. Keluar sekali atau 2 kali seminggu untuk beli barang keperluan saja. Tiada tetamu datang rumah. Jarakkan diri 1.5 meter masa di luar. Tak sentuh lansung orang lain dengan salam atau sebagainya.
  • Hari pertama: Mat A kena virus
  • Hari ke-5: Mat A jangkitkan paling ramai 0.625 orang lain saja
  • Hari ke-30: seramai 2.5 orang saja akan kena virus ni

Tengok kesannya dalam membantu atasi masalah penyebaran Covid-19 ni jika semua orang bantu ikut arahan dengan baik.

Anda boleh rujuk maklumat pasal kiraan ni dekat sini.
logoblog

Terima Kasih sebab sudi membaca, Menarik! Kiraan matematik tunjukkan Kawalan Pergerakan bantu ratakan lengkung jangkitan Covid-19

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.

    Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak 'lockdown' seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.

    Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.

    Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.

    Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.

    MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

    Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.

    Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.

    Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.

    Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.

    Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.

    Kalau setakat gebang bangang tapi tak menyumbang lebih baik duduk diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan berikan komen. Maafkan saya kalau gebang bangang menulis kat blog ini. Sekadar mengambil peluang kebenaran meluahkan pendapat yg negara kita amalkan saja ...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !