Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 2, 2020

Baru tahu betapa bagusnya tidur pakai stoking! Baca kebaikannya di sini dan amalkan terus

  Mohd Shubhi       Saturday, May 2, 2020

Lanjutan dari cerita cari stoking dalam artikel sebelum ini. Memang banyak perkara baru yang saya jumpa dan belajar bila cari stoking untuk kesihatan kaki.

Selain dari terjumpa wujudnya berbagai jenis stokin khas untuk kesihatan kaki, terjumpa juga maklumat bahawa tidur pakai stoking tu ada banyak kebaikannya. Kalau tak ada masalah kat kaki tu, tentu semua ini saya tak akan jumpa.

Selama ini, hanya selalu tengok Mak kat kampung yang jadikan amalan pakai stoking semasa tidur sebagai perkara wajib yang dia buat setiap hari.

Mak walaupun kat rumah ada katil, ada tilam moden, dia masih tak suka gunakan semua itu. Dia masih terbiasa dengan tidur atas tilam kekabunya.

Kat rumah ada banyak tilam kekabu. Kalau tak ada orang pakai, Mak akan gulung dan susun di tepi dinding kat dalam bilik atas rumah papan di kampung tu.

Bila malam, selepas dah selesai tunaikan solat Isya, dia akan sediakan tilam kesayangannya untuk tidur. Dia akan masuk ke dalam bilik tidur, buka tilam, tepuk dan ratakan supaya empuk.

Kemudian dia akan susun bantal kepala khas kepunyaannya. Tak ada orang boleh kongsi bantal tu. Bantal peluk dibariskan pada tepi tilam. Satu lagi bantal biasa dia akan selitkan di sebelah satu lagi tepi tilam kekabu tu.

Akhir sekali, dia akan ambil stoking lalu diletakkan atas tilan di hujung kaki atas selimut yang terlipat. Itulah persediaannya untuk tidur. Tapi bukan nak tidur lagi. Hanya bersedia. Semua dah siap, dia akan keluar bilik sambug kalau-kalau ada lagi urusan ringan yang perlu diselesaikan.

Stoking tidur mak dari Perancis

Masa saya duduk di Perancis dulu, di era awal 90-an, saya juga suka pakai stoking masa nak tidur di sana. Biasalah kat Perancis, selain musim panas, cuaca sangat sejuk. Bila sejuk, nak tidur togel kaki tak pakai stoking memang sangat tersiksa.

Stoking yang saya gunakan kat sana sempoi. Tebal sikit dan ada tapak yang lebih tebal. Macam kasut putih yang anda guna dalam bilik hotel tu, begitulah tapak yang ada pada stoking tu. Setiap kali duduk rumah di waktu malam, stoking itulah yang dipakai.

Bila balik semula ke Malaysia, saya beli lagi tambahan dua tiga pasang. Nak bagi kat mak sebab tahu dia suka tidur pakai stoking.

Ternyata mak sangat suka stoking yang saya beli tu. Dia betul-betul jaga stoking tu sampai masih boleh dipakai berbelas tahun. Sayang sangat dia pada stoking yang saya beli untuknya dari Perancis.

Sebelum ini, saya ingat memang orang tua-tua saja yang akan pakai stoking. Mungkin mereka dah tua dan tak tahan sejuk.

Mula pakai stoking untuk tidur

Sekarang saya juga dah tua. Kebetulan pula semenjak dua menjak ni, kaki rasa semacam. Dalam mencari punca dan mencuba berbagai cara untuk redakan rasa tak selesa pada kaki tu, terserempak dengan maklumat stoking untuk kesihatan.

Bila mula mencari maklumat lanjut, terserempak lagi pula dengan kelebihan-kelebihan pakai stoking ketika nak tidur.

Sekarang baru tahu bahawa bukan untuk orang tua saja amalan pakai stoking ketika nak tidur ni. Ia amalan baik yang boleh diamalkan oleh semua orang. Bagus untuk kesihatan diri dan untuk kesihatan kaki anda.

Berikut saya kongsikan beberapa manfaat pakai stoking ketika tidur.

#1. Bantu tidur cepat

Ini penting. Terutamanya jika anda jenis yang sukar tidur. Pakai stoking didapati mampu membuatkan orang tidur biasanya 15 minit lebih cepat berbanding tempoh masa biasa.

Bukan stoking tu yang buatkan anda cepat tidur. Tapi lebih kepada kesan yang diberikan kepada kaki jika anda pakai stoking tu.

Bila nak tidur, urat darah ada kaki perlu kembang sikit. Itu diperlukan untuk sebarang haba ke seluruh tibuh badan anda dengan sekata. Dengan pakai stoking, proses itu akan jadi lebih mudah dan pantas. Sebab itu anda jadi mudah tidur.

Maklumatnya ada kat sini.

#2. Bantu seimbangkan suhu badan

Ada satu terma yang dipanggil Thermoregulate yang perlu anda tahu. Ia merupakan keupayaan tubuh badan manusia untuk seimbangkan dan kekalkan suhu badan yang sesuai.

Badan manusia bukan macam reptilia. Kita bukan berdarah sejuk. Sebaliknya manusia berdarah panas. Kita panggil Endotherm yang perlu seimbangkan dan suhu badan mereka secara dalaman. kalau Katak, dia akan dedahkan diri pada panas matahari saja untuk panaskan badan keseluruhannya.

Tapi manusia kalau duduk bawah panas terikpun suhu dalamannya kekal macam tu juga.

Bila anda pakai stoking, suhu badan akan lebih stabil dan dapat elakkan dari badan berpeluh atau rasa panas tiba-tiba ketika tengah tidur.

#3. Bantu elakkan Raynaud’s attack

Pernah dengar pasal Raynaud’s attack?

Biasanya penyakit itu lebih banyak berlaku di tempat bercuaca sejuk. Ia merupakan reaksi melampau tindak balas badan anda terhadap keadaan sejuk. Biasanya akan berlaku pada area atau anggota paling hujung tubuh badan anda.

Jari biasanya cepat jadi macam tu. Badan bertindak terhadap kesejukkan, lalu darah mengecut pada anggota hujung seperti jari anda dan buat darah tak mengalir ke situ. Jari akan jadi biru dan akhir anda mula rasa kebas dan sakit.

Sekarang ramai yang tidur pasang aircond. Jika anda ada masalah sebegitu, eloklah pakai stoking. Terutamanya mereka yang kuat merokok, dan suka tidur dalam aircond. Stoking dapat membantu untuk keseimbangan suhu tubuh badan anda.

#4. Bantu kekalkan kelembapan semula jadi kaki

Kaki anda perlukan kelembapan yang sesuai. Tak boleh kering kontang sampai kulit melupas.

Masalah kulit kering biasanya lebih banyak berlaku dikawasan bercuaca sejuk. Tapi macam saya kata kat atas tadi, ramai suka tidur dalam aircond sekarang. Sejuk gedik dalam bilik rumah tu.

Pasang aircond memang mampu buatkan kulit kaki anda kering. Saya kalau tidur bawah aircond akan terbangun rasa dahaga.

Kulit kering akan buatkan ia jadi retak.

Jika anda pakai stoking, insyaallah tak jadi macam tu sebab stoking bantu kekalkan kelembapan semula jadi pada kaki anda itu. Lebih bagus lagi seandainya anda sapukan pelembab pada kaki kemudian pakai stoking sebelum tidur.

#5. Galakkan aliran tenaga baik

Ini adalah amalan perubatan alternatif Cina. Mereka berpetua bahawa dengan memakai stoking, ianya akan menggalakkan pengaliran tenaga positif di seluruh tubuh badan anda. Tenaga yang mereka panggil sebagai Qi.

Kaki yang sejuk akan buatkan anda hilang tenaga. Bila pakai stoking, ia dapat bantu mengekalkan tenaga dan alirannya di dalam badan anda itu. Samada ada penerangan saintifik terhadap petua perubatan China ini saya tak pasti. Tapi itulah petuannya.

#6. Tingkatkan keupayaan klimaks

Ini mungkin khas untuk kaum hawa.

Orang yang tidur pakai stoking, berdasarkan kajian di dapati berupaya menikmati klimaks syahwat dengan lebih tinggi sebanyak 30% daripada biasa.

Jika anda yang berhubungan intim dengan pasangan selama ini jarang atau susah sangat nak klimaks, cubalah petua pakai stoking ini ketika tidur.

Boleh rujuk kajiannya kat sini.

Semua senarai kat atas tu merupakan kelebihan yang ada jika anda tidur pakai stoking. Bagi yang nak cuba, selama ini jenis tidur tak pakai stoking dan bilik tidur ada aircond pula tu. Cubalah amalkan untuk mendapatkan manfaat dan kesihatan diri sebab tidur nyenyak.

Untuk pastikan anda dapat faedah yang terbaik, pastikan buat pemilihan stoking yang sesuai untuk dipakai ketika tidur. Jangan pakai stoking yang terlalu tebal sampai berpeluh masam kaki anda tu.
Stoking ni tengok memang rasa macam nak pakai sarung kan terus kat kaki ni. Berminat boleh cari kat sini

Pilih stoking yang aliran udara keluar masuk adalah mudah. Jangan pakai stoking kejap yang menekan kulit dan kaki anda sampai tak boleh mengalir udaranya. Elakkan stoking macam tu.

Jika anda jenis tak suka pakai stokin sebab rasa rimas dan sebagainya, nanti dulu. Buat percubaan terakhir dengan membeli stoking buatan dari Kasmir atau yang diperbuat dari bulu kambing biri-biri Merino.

Cuba stoking macam itu mungkin akan buat anda berubah jadi suka pakai stoking pulak.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Baru tahu betapa bagusnya tidur pakai stoking! Baca kebaikannya di sini dan amalkan terus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !