Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 30, 2020

Mencari maklumat review untuk stoking mengurut kaki yang mahal jumpa banyak ilmu stoking kesihatan

  Mohd Shubhi       Thursday, April 30, 2020

Dalam artikel sebelum ini kat sini, saya ada tulis pasal hisap vape buatkan kandungan logam berat yang bahaya dalam darah meningkat. Semua maklumat tu dijumpai hasil dari masalah kaki rasa sedikit panas setiap kali duduk atas kerusi buat kerja.

Sekarang masih lagi dok mencari jawapan pasal masalah kaki rasa panas macam sapu tiger balm tu. Isteri kata mungkin sebab saya jenis tak suka pakai selimut setiap kali tidur. Kaki sealu sejuk. Jadi bila dah tua ni mungkin kesan macam itu berlaku kat kaki.

Sekarang pulak asyik dok buat kerja duduk atas kerusi. Kaki togel dok pijak lantai mar-mar yang sejuk. Semua permukaan sejuk kaki tu dok pijak saban hari sepanjang masa. Kaki sentiasa dalam keadaan suhu yang rendah sepanjang waktu.

Terbeli pula idea isteri pasal kaki sejuk tu. Untuk atasi masalah itu, saya pakai stoking ketika buat kerja atau ketika tidur. Bila pakai stoking teringat pula ada seorang kawan cerita pasal stoking kesihatan satu ketika dahulu.

Jadi macam biasa, tanya saja pada google ..

Cari maklumat pasal stoking kesihatan

Saya taip saja kat carian google pasal stoking kesihatan.

Paparan pertama yang keluar atas sekali adalah promosi berbayar pautan dari jualan online segala jenis stoking. Ada banyak jenis stokin yang dipromosikan di bawah kategori stoking kesihatan rupanya.

Ada stoking jenis haba, jenis tekanan, jenis magnetik dan macam-macam lagi. Ada yang sangat murah. Ada juga yang sangat mahal. Ada satu jenis stoking tu sangat mahal harganya. Di pasarkan atas jenama Ebene. Harganya sampai lebih kurang RM60 sepasang.

Paling murah pulak dipasarkan atas konsep stoking pemanasan sendiri yang dijual serendah RM4 sahaja.

Terus jadi keliru. Kenapa jauh bezanya. Yang murah tu sampai murah dari stoking biasa yang tak ada apa-apa dakwaan kesihatan. Yang mahal tu pulak jauh lebih mahal dari sehelai baju kemeja.
Persepsi yang pertama timbul adalah rasa ragu-ragu dengan stoking kesihatan yang murah tu.

Jadi saya terus buat carian pasal konsep menggunakan haba magnetik untuk melancarkan perjalanan darah. Terus jumpa maklumat yang menarik menolak keberkesanan konsep tersebut dari majalah sains berbahasa inggeris.

Dalam portal itu, diberikan banyak laporan dan kajian serta pendapat yang menolak keberkesanan daya magnetik dalam dunia perubatan dan kesihatan. Tak ada sokongan dari kajian saintifik lansung untuk stoking macam tu.

Tapi jualan stoking dan barangan kesihatan berkonsepkan daya magnetik tetap menjana berbillion USD setaip tahun. Orang masih tetap menaruh harapan kepada keajaiban. Kalau ianya berkesanpun dalam kuantiti yang sangat kecil, adalah disebabkan kesan placebo.

Boleh rujuk kat portal ini kalau nak baca lebih lanjut.

Dengan semua maklumat itu, saya terus pangkah tak mau beli walaupun murah. Lagipun saya bukannya nak bagi kaki panas. Lebih nak fokus kepada melancarkan aliran darah pada bahagian kaki. Itu saja.

Cari review pasal Bio-Ray Foot massage socks

Saya buat pula satu carian lagi untuk dapatkan gambaran dan maklumat pasal stoking mengurut yang sangat mahal tu. Ebene Bio-Ray Foot Massage.

Mula-mula jumpa pasal Bio Ray. Dia merupakan syarikat yang fokus kepada supplements atau makanan kesihatan tambahan. Ada banyak produk supplements yang dia keluarkan. Jadi kontroversi juga dengan dakwaan kononnya dia gabungkan ilmu China dan sains teknologi untuk kesihatan dan peribatan.

Ada artikel yang bahas tentang semua dakwaan kehebatan produk supplement adalah tidak benar dan boleh merosakkan orang. Cuba baca kat sini. 

Tapi dia tak cerita pasal stoking mengurut Bio-Ray.

Dan tak ada pulak mana-mana artikel lagi yang saya jumpa menolak keberkesanan produk stoking urut bio ray tersebut. Kalau adapun hanya pandangan dari seorang yang skeptikal di ruang forum terbuka yang saya tak simpan pautannya.

Ada satu saja review yang spesifik pasal stoking bio-ray kat blog yang saya jumpa. Dia punya update sangat ringkas. Tapi dia akui ada kesan untuk legakan kakinya bila amalkan pakai stoking itu setiap malam ketika tidur.

Boleh baca apa yang dia tulis pasal Bio-Ray Massage socks kat sini.

Selepas cari dan baca komen pasal stoking urut kesihatan tu, saya buat keputusan untuk beli dan mencubanya sendiri.

Sekarang perlu bandingkan harga. Cari mana yang tawarkan harga paling murah kat dalam pasaran. Saya pergi lihat di kedai-kedai farmasi untuk bandingkan harganya. Semua farmasi jual sepasang stoking urut tu dengan harga antara RM60 ke RM70.

Memang sangat mahal.

Last sekali saya beli kat online saja yang tawarkan harga paling murah RM74.80 untuk 2 pasang stoking urut Bio-Ray. Stoking tersebut warna hitam khas untuk lelaki. Kalau berminat boleh klik kat sini untuk beli dan try pakai untuk kesihatan kaki anda tu.
Beli dengan klik kat sini

Ada satu lagi jenis stoking kesihatan yang berkonsepkan tekanan. Ini juga saya dah rujuk banyak bacaan yang mengesahkan keberkesanan stoking jenis macam itu dalam membantu pengaliran darah pada kawasan kaki.

Paling sesuai jika anda jenis kerja duduk kurang bergerak. Atau banyak travel duduk atas kapal terbang dan dalam kenderaan. Kaki kurang begerak dan bahaya untuk kesihatan.

Kalau ada potensi kencing mnais lagilah tak bagus. Boleh mati sel dan saraf kaki kalau darah tak elok.

Jika berminat nak beli jaga kaki, boleh beli kat pautan sini. Yang jenis ini boleh pakai masa duk buat kerja atau masa duduk saja kat rumah. Baik untuk aliran darah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mencari maklumat review untuk stoking mengurut kaki yang mahal jumpa banyak ilmu stoking kesihatan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !