Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 20, 2020

7 serangga atau makhluk perosak yang sebenarnya bagus ada di taman atau kebun kecil anda

  Mohd Shubhi       Saturday, June 20, 2020

Perkataan 'Pest' dalam Bahasa Inggeris biasanya kita terjemahkan sebagai Serangga dan makhluk perosak dalam Bahasa Melayu. Sebab itu Pest Control kita terjemahkan sebagai kawalan serangga dan makhluk perosak.

Kalau diikutkan kesesuaian, perkataan pest tu lebih jelas maknanya dalam Bahasa Inggeris. ia membawa maksud apa saja makhluk, samada serangga, haiwan atau pokok yang kita tak mahu dia berada bersama dengan kita.

Jadi ada binatang atau serangga yang bukan dianggap sebagai pest. Nak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, jadi panjang. Ia akan jadi 'Serangga dan makhluk bukan perosak'.

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan berkenaan serangga dan makhluk yang bukan perosak kalau ianya ada di kebun atau taman kat rumah anda tu.

Saya senaraikan 7 makhluk atau serangga yang sebenarnya bagus jika mereka berada di kawasan kebun atau taman kecil kat rumah anda tu di bawah ni.

1. Ular

Ular memang tak ramai yang selesa kalau ada dalam taman atau kebun kat rumah anda. Apa saja jenis ular samada berbisa atau tidak berbisa memang akan ada rasa geli dan takut kalau anda terserempak dengannya.

Tapi, sebenarnya ular ni ada kegunaannya untuk membantu anda menjaga taman atau kebun. Ular akan jadi tukang kawal semula jadi yang memelihara pokok di taman dan kebun anda tu. Mereka akan makan tikus, siput atau lintah bulan, ulat besar, dan belalang.

Semua makanan ular tu adalah berpotensi untuk merosakkan pokok yang ada kat kebun anda tu. Jadi dengan adanya ular, maka kebun anda semula jadi akan terkawal.

Ular ni kalau setakat ular pucuk, ular air atau ular sawa batik sebenarnya tidaklah mendatangkan bahaya.

Ular juga merupakan makanan kepada burung pemangsa seperti helang dan burung hantu. Jadi dengan adanya ular kat kebun atau taman tu, ia menjadikan sistem ekosistem terpelihara dengan baik dan seimbang.

2. Semut

Semut selagi ianya berada di luar daripada rumah anda tu, tak payah nak risau lah. Melainkan semut api yang boleh gigit dan rosakkan tanaman. Selain dari itu, semut sebenarnya sangat baik memelihara keadaan tanah di taman anda.

Semut akan membantu pengudaraan tanah bila mereka korek buang sarang di sekitar kawasan tanah kebun tu. Semut juga dapat longgarkan tanah supaya air mudah megalir masuk ke dalam tanah dan seterusnya membantu akar tumbuh-tumbuhan mendapatkan segala nitrien yang mereka perlukan.

Semut juga boleh hancurkan jadi serbuk segala dedaun yang jatuh menjadi baja.

Jadi biarkan saja semut buat kerja mereka kat luar tu.

Untuk elakkan semut daripada masuk ke dalam rumah, anda perlu jaga keadaan pokok sekeliling rumah. Cantar dahan yang berjuntai dari menyentuh rumah anda. Itu akan menghalang semut masuk ke rumah melalui dinding atau bumbung.

Tutup semua rekahan dinding atau lantai supaya semut tak dapat masuk ke dalam rumah anda.

3. Katak

Kalau jumpa katak melompat kat sekitar kawasan luar rumah dalam taman atau kebun anda, biarkan saja. janganlah dibunuh pulak katak tu.

Walaupun anda mungkin rasa geli pada katak. ia tidak mendatangkan apa-apa masalah. Malah ianya baik untuk menjadi pemeliharan pokok dari serangan serangga terbang lain. Katak makan semua serangga tu. Jadi tak perlu pakai racun sanat untuk hapuskan segala serangga perosak di taman atau kebun anda.

4. Kelawar

Kelawar jadi masalah jika ia masuk duduk atas loteng rumah anda. Tapi kalau dia tak masuk, memang tak ada masalah.

Kelawar ni bagus sebab dia juga jadikan banyak serangga perosak tumbuh-tumbuhan sebagai makanannya. Kelawar juga bantu sebarkan biji benh dan bantu pendebungaan tumbuh-tumbuhan di kebun dan taman anda.

Untuk atasi masalah kelawar jadikan rumah atau loteng anda sebagai tempat melepak, boleh cuba buat rumah khas untuk kelawar ni. Anda boleh tengok video di bawah ni untuk buat rumah kelawar. 

5. Mengkarung atau biawak

Mengkarung atau biawak juga bagus untuk taman dan kebun anda. Mereka makan lipas, cengkerik dan lalat.

Jadi dengan adanya menkarung atau cicak atau biawak persekitaran anda terjaga secara semula jadi dari semua binatang yang jadi makanan mereka.

Buat keadaan taman atau kebun itu jadi tempat yang sesuai untuk penginapan mereka. Biasanya kalau ada batu atau kayu atau paip tersorok baik, mereka akan duduk berdiam kat situ. Biarkan lah saja mereka ada di situ.

6. Lebah

Lebah bagus untuk aktiviti pendebungaan tumbuh-tumbuhan di taman dan kebun anda. Lebah juga merupakan sumber madu semula jadi untuk kita semua. Andapun tahu betapa berkhasiatnya madu tu. Macam kebaikan ada pada madu.

Selain dari lebah, penyengat juga ada kebaikannya. Penyengat akan makan ulat rama-rama dan kumbang yang jadi pemusnah utama pokok kat taman anda tu.

Walaupun kita semua sedia maklum lebah dan penyengat memang bahaya sebab dia boleh sengat manusia. Tapi biasanya kalau tidak diganggu, dia memang tak akan buat apa-apa pun. Melainkan jika lebah buat sarang besar kat rumah anda, itu memang jadi satu masalah.

Tapi jika penyengat ada duduk kat pokok besar dan tinggi di atas kebun tu, biarkan sajalah. jangan diganggu sudah.

Untuk penyengat pula berhati-hati dengan lubang. jangan biar ada lubang kat sekitar rumah di mana anak-anak anda bermain. nanti dia bersarang pulak kat situ. Biarkan saja penyengat ada kat taman asalkan anda sedar kehadirannya dan berikan perhaitan agar dia tidak diganggu.

7. Labah-labah

Labah-labah kalau kat rumah memanglah jadi masalah. Tapi kalau dia ada kat taman atau kebun tu biarkan saja sebab dia ada banyak manfaat.

Labah-labah jadikan banyak serangga perosak tumbuh-tumbuhan di taman dan kebun anda sebagai makanan mereka. Mereka juga jenis kuat makan. Jadi ia bertindak sebagai pengawal kerosakan pada pokok dan tumbuhan yang ada.

Jadi kalau jumpa labah-labah kat taman, jangan dibunuh mereka. Biarkan saja.

Kesemua serangga yang tersenarai kat atas tu ada kebaikan dan sangat berguna jika mereka dibiarkan hidup secara aman di kebun atau taman kat rumah anda.

Moga artikel ini ada manfaatnya.

Khidmat kawalan serangga profesional

Hampir kesemua serangga dan makhluk di atas tidak mendatangkan masalah selagi semuanya masih berada di luar daripada kawasan tempat penginapan atau tempat kerja anda.

Bagaimana jika ada serangga dan makhluk yang tak diingini masuk ke dalam rumah atau premis tempat anda bekerja?

Biasanya syarikat atau organisi akan menggunakan khidmat syarikat Pest Control bertauliah dan berlesen untuk kerja-kerja kawalan serangga dan makhluk perosak.

Cara terbaik dalam melakukan kawalan serangga dan makhlk perosak adalah dengan menggunakan teknik Integrated Pest Management System.

Sistem bersepadu dalam mengawal serangan serangga dan makhluk perosak dengan penggunaan bahan kimia atau racun sebagai pilihan paling akhir. Biasanya teknik ini akan menggunakan maklumat berkenaan serangga atau makhluk yang nak dikawal supaya ianya dapat dielakkan terlebih dahulu.

Adalah lebih baik untuk pastikan rumah anda selamat dan serangga dan makhluk perosak menjauhi daripada premis atau rumah daripada berterusan menggunakan segala racun dan bahan kimia untuk membunuh mereka.

Jika anda mahu mendapatkan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak secara profesional, selamat dan berkesan, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd. Sebuah syarikat berpengalaman dalam industri pest control sejak tahun 1998.

Call 019-2260807 atau WhatsApp terus dengan tekan pada link berikut https://wa.me/60192260807
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 serangga atau makhluk perosak yang sebenarnya bagus ada di taman atau kebun kecil anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !