Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 22, 2020

Berapa jumlah duit anda perlu ada untuk membuatkan anda rasa hidup bahagia - Saintis dah buat kajian

  Mohd Shubhi       Monday, June 22, 2020

Pernah tanya diri anda sendiri, berapa banyak duit perlu ada untuk membuatkan anda rasa hidup bahagia?

Saya yakin anda dah banyak kali tanya soalan tu terlintas dalam kepala. Biasanya semua orang akan setuju jumlahnya adalah 'tiada had'.

Saya juga rasa macam tu sebelum ini. 

Kalau ada orang tanya, "hang nak banyak mana, aku nak bagi, supaya hanya beroleh rasa bahagia?". Dah pasti saya akan jawab sebanyak-banyaknya. Tak ada had. Bagilah banyak manapun rasanya masih tak cukup.

Tapi nampaknya jawapan itu salah.

Memang ada jumlah tertentu yang boleh membuatkan anda rasa bahagia secara optimum. Kalau dah mula lepasi had tersebut, rasa bahagia dan puas dalam kehidupan mula menurun. Atau jika melepasi had tersebut, penambahan jumlah tidak mendatangkan rasa bahagia.

Kajian yang dilakukan oleh saintis

Saintis dari Purdue University dah buat kajian tersebut. Mereka ambil data dan maklumat dari kajian yang dibuat oleh Gallup World Poll.

Saintis melihat maklumat dan kaji semua data dari seramai 1.7 juta orang dari 164 buah negara. Dari semua kajian itu mereka rumuskan jumlah duit yang perlu anda ada untuk mendapat kebahagiaan maksimum.

Semuanya memnag bergantung dan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lain padang lain belalang. Masyarakat yang berbeza memberikan jumlah duit yang dierlukan secara berbeza juga.

Tapi secara umumnya, lebih maju sesuatu tempat itu, maka lebih tinggilah pula jumlah duit yang manusia perlukan untuk membolehkan mereka rasa bahagia secara maksimum.

Macam mana rumusan dibuat, macam mana segala data dibaca dan dikaji saya pun tak berapa nak faham. Tapi saya hanya ambil keputusannya sahaja dan kongsikan kat sini. Anda boleh pergi rujuk bahan asalnya kat sini untuk maklumat lanjut.

Jumlah duit perlu untuk orang Malaysia bahagia

Ini soalan yang paling menarik yang tentunya anda juga nak tahu. Kalau kat Amerika, jumlah yang saintis berikan adalah sebanyak $95 ribu setahun. Itu jumlah yang dikira untuk seorang individu secara perseorangan.

Nak mudahkan rumusan mereka buat macam itu tanpa ambil kira tanggungan, jumlah anak isteri dan sebagainya. Tambah dengan semua bebanan itu tentu nilai atau jumlahnya akan jadi berubah dan berbeza.

Bagi orang Malaysia pula, saya ambil maklumat yang diberikan terhadap kawasan kajian Asia Tenggara. Saintis dapati jumlah yang buat orang Malaysia bahagia adalah sebanyak $70 ribu setahun.

Saya dah buat kiraan, tukarkan ke dalam matawang ringgir dan hasilnya adalah, anda perlu ada sebanyak RM25 ribu sebulan untuk membuatkan anda rasa bahagia secara optimum.

RM25 ribu sebulan!

Itu pendapatan yang sangat tinggi untuk rakyat Malaysia yang mana terlalu sedikit jumlah orang Malaysia yang mampu cecah pendapatan sebanyak itu.

Anda dapat banyak mana sebulan sekarang?

Amacam?

Ada rasa bahagia tak dengan jumlah duit yang anda perolehi sekarang?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berapa jumlah duit anda perlu ada untuk membuatkan anda rasa hidup bahagia - Saintis dah buat kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !