Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 24, 2020

Petua orang kampung untuk hindari masalah lipas dan nyamuk di dapur rumah anda

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 24, 2020

Orang kampung kita ada banyak simpanan petua yang diperturunkan dari tok nenek mereka dahulu. Kesemua petua tersebut masih diamalkan sampai sekarang. Ada yang sangat mujarab dan ada pula yang suam-suam.

kalau nak tahu samada petua orang kampung tu mujarab atau tidak, tak ada cara lain lagi. Anda terpaksa mencubanya terlebih dahulu dan tengok apa jadi.

Tak susah nak cuba dan perhatikan keberkesanannya.

Semua petua tersebut bukannya susah sangat. Malah kos nya adalah hampir zero. Tak perlu pandai untuk amalkan dan tak perlu nak upah orang untuk buat. Anda boleh buat sendiri sahaja kat rumah tu.

Di bawah saya kongsikan beberapa petua yang anda boleh cuba amalkan untuk atasi masalah serangga dan makhlik perosak di rumah anda tinggal sekarang. Boleh baca dan boleh cuba amalkan. Saya tak janjikan apa-apa, tapi cubalah.

Atasi masalah lipas di rumah

Lipas biasanya akan ada banyak kat kawasan dapur. Selain dari kawasan dapur, mungkin anda boleh juga jumpa lipas kat dalam almari rumah. tapi jarang sangat lah.

Lipas suka duduk kat dapur sebab kat situ ada banyak makanan.

Anda boleh cuba cara berikut untuk atasi masalah lipas itu.

Ambil daun pandan seberkas. Ikat samada dengan menggunakan getah atau apa-apa tali rapia yang ada. Paling mudah pakai getah saja.

Bila dah ikat dnegan kemas, selitkan di kawasan-kawsan yang anda sering jumpa lipas melintas. Letakkan juga kat mana-mana tempat yang lipas suka melepak. Biasanya dalam lacu atau bawah kabinet kat sinki.

Satu lagi cara mudah adalah dengan ambil sabun ketul. Potong sabun tersebut kecil-kecil seperti kiub. Ambil tiub sabun kecil itu, letakkan di kawasan yang ada lipas.


Atasi masalah nyamuk kat rumah

Kalau rumah anda ada sistem pendingin hawa, nyamuk bulanlah satu masalah besar. Sebab anda biasanya akan tutup rapat semua bukaan samada pintu atau tingkap supaya rumah anda sejuk. Biasanya kat kawasan bilik akan ada pendingin hawa. Jadi kat bilik tidur, nyamuk bukan satu masalah.

Kalau ada nyamuk kat rumah tu, biasanya kat area dapur. Sebab jarang sangat orang pasang aircond kat area dapur. Jadi boleh cuba pakai petua ini untuk atasi masalah nyamuk kat area dapur anda tu.

Gunakan limau nipis.

Potong limau nipis itu kepada dua bahagian.

Kemudian anbil 20 atau lebih sikit bunga cengkih.

Cucukkan 10 atau lebih pada permukaan belahan limau nipis tadi.

Letakkan belahan limau nipis yang dah dicucuk dengan bunga cengkih tadi di sudut-sudut kawasan yang ada nyamuk.


Cuba petua di atas dan beri komen

Cubalah semua petua di atas yang saya dah kongsikan tu dan lihat samada berkesan atau tidak. Mudah saja nak buat semua itu. Tak ada kos sangat kalau bahan tu semuanya anda dah ada banyak kat rumah.

Jika anda dah cuba dan ternyata berkesan, bolehlah kongsikan kat ruang komen di bawah ni. Dengan komen anda, menambahkan lagi testimoni untuk galakkan kawan-kawan lain mencubanya pula.

Selamat mencuba dan selamat berkongsikan petua ya!

Masalah lipas dan nyamuk dipremis perniagaan

Petua yang saya kongsikan kat atas tu semuanya boleh anda buat sendiri jika masalahnya adalah di rumah tempat anda tinggal sekarang.

Anda juga boleh buat sendiri di premis perniagaan kecil kepunyaan anda.

Tapi macam mana pulak jika premis perniagaan yang besar. Bangunan korporat umpamanya. Atau bangunan kerajaan yang punya pekerja ratusan orang?

Takkan nak kena buat sendiri juga?

Biasanya, premis perniagaan atau premis organisai yang besar akan dapatkan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak dari syarikat Pest Control yang berlesen dan berpengalaman.

Jika anda perlukan khidmat dari syarikat berlesen dan berpengalaman dalam industri pest control sejak tahun 1998, bolehlah dapatkannya dari Easelife Services Sdn Bhd.

Hubungi 019-226 0807 atau Klik pautan ini untuk WhatsApp (https://wa.me/60192260807) bagi mendapatkan pemeriksaan dan cadangan terbaik bagaimana mengawal masalah lipas dan nyamuk di premis perniagaan anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua orang kampung untuk hindari masalah lipas dan nyamuk di dapur rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !