Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 29, 2020

6 petua tradisi orang kampung yang anda boleh cuba untuk selesaikan masalah semut di rumah

  Mohd Shubhi       Monday, June 29, 2020

Dalam artikel yang lalu, saya ada kongsikan berkenaan 7 serangga atau makhluk yang sebenarnya memberikan manfaat kepada kita di taman atau kebun. Bagi yang belum baca artikel tersebut, anda boleh ke pautan di sini.

Salah satu dari serangga tersebut adalah semut.

Semut kalau ada di kawasan kebun atau taman depan atau belakang rumah anda tu, biarkan lah saja. Ia membantu memberikan ruang udara dan ruang air untuk mengalir ke bawah tanah. Bagus untuk menyalurkan sumber kehidupan yang akar pokok perlukan.

Tapi kalau semut dah mula merayap masuk serang habis kesemua makanan kat dapur. Masuk ke dalam bekas simpanan dan sebagainya, itu tak boleh dibiarkan. Memang mendatangkan masalah. Tambaha jika semut jenis yang gigit. Ada kanak-kanak atau bayi berbintil merah pulak kulit mereka nanti.

Asas untuk kawal semut masuk ke rumah

Apa saja masalah serangga atau makhluk perosak, asasnya adalah halang mereka dari masuk ke dalam rumah. Kalau mereka nak duduk teruskan kehidupan kat luar, biarkan saja. Itu penting untuk kesejahteraan sistem ekologi kita.

Macam mana nak halang semua masuk ke dalam rumah?

Paling utama, jika anda ada pokok atau rimbunan tumbuhan, pastikan ianya tidak menyentuh mana-mana dinding atau bumbung rumah anda tu.

Cuba buat pemeriksaan sekeliling rumah. Lihat mana-mana dahan pokok tanpa disedari telah berjuntai menyentuh dinding atau bumbung atau mana-mana bahagian rumah anda.

Jika ada, cantas sahaja. Selesai semua masalah. 

Dengan melakukan cantas tersebut, anda sudah berjaya mengelakkan semua atau makhluk perosak lain berhijrah mencuba kawasan baru di dalam rumah anda tu.

Selain dari itu, anda boleh cuba 6 cara berikut di bawah untuk mengatasi masalah semut di dalam rumah dengan menggunakan petua tradisi orang kampung.

1. Semut dalam bekas gula

Untuk atasi masalah semu yang suka masuk ke dalam bekas yang anda simpan gula, boleh cuba gunakan samada
  • Cengkih atau
  • Asam keping
Masukkan salah satu dari dua bahan tersebut ke dalam bekas gula anda. Tak akan ada masalah bau jika anda masukkan bahan tersebut, jangan risau.

2. Guna minyak masak

Ini yang mak saya selalu buat kat kampung. Dia ambil perca kain. Buat seperti tali halus dan panjang. Kemudian dia akan celupkan ke dalam minyak masak.

Kain tersebut kemudiannya akan diikat pada botol atau balang gula untuk halang semua masuk.

Kalau nak halamg semua panjat naik atas meja makan atau almari simpan makanan. Dia akan ikat pada kesemua kaki perabut tersebut.

3. Guna kulit telur yang dibakar

Jika anda ada kulit telur, jangan dibuang terlebih dahulu. Himpunkan sedikit dan bakar sampai kulit telur tu menjadi abu.

Anda boleh gunakan abu daripada kulit telur itu untuk buat kerja halau semut.

Cari tempat kat mana ada semua suka bersarang, taburkan saja abu kulit telur kat situ.

4. Guna bawang merah

Anda juga boleh ambil bawang merah yang kecil tu. Jangan kupas kulit bawang tu. Bersihkan saja dengan gogok bawang tu dengan tapak tangan kemudian masukkan ke dalam bekas yang anda tak mahu semua masuk.

Masukkan 2 atau 3 biji kecil ke dalam setiap bekas yang mahu dielakkan daripada semut. Elakkan bekas itu berbau bawang dengan biarkan bawang itu seperti biasa tanpa kupas.

5. Guna cili kering

Kalau tak mahu guna bawang kecil, anda boleh guna satu lagi bahan memasak ni. 

Pakai Cili kering.

Ambil beberapa keping cili kering, tak payah nak buang tangkai. Masukkan saja ke dalam bekas gula atau bekas yang anda tak mahu semua masuk.

6. Guna daun sirih

Bagi anda yang tanam daun sirih kat rumah, boleh jadikan daun sirih ni sebagai alat bantuan hindari semut.

Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan mencarikkan beberapa helai daun sirih. Kemudian taburkan saja di kawasan yang and alihat semut suka berkumpul atau datang kat situ.

Atasi masalah semua di tempat kerja

Jika anda ada masalah semua di kawasan tempat kerja atau di dalam bangunan premis perniagaan, boleh juga nak guna petua tradisi di atas.

Tapi untuk mendapatkan kawalan yang lebih menyeluruh dan berkesan serta pantas, anda perlu dapatkan khidmat profesional dari mana-mana syarikat pest control berlesen dan bertauliah di kawasan anda.

Untuk makluman, semua syarikat pest control yang mahu tawarkan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak wajib mempunyai tauliah atau lesen yang di panggil Pest Contro Operator (PCO). Lesen ini dikeluarkan oleh Lembaga Racun dan Makhluk Perosak Malaysia.

Ini untuk pastikan semua syarikat dan pekerjanya adalah terlatih secara profesional untuk menggunakan segala racun dan peralatan yang dijamin selamat untuk orang ramai. Selamat serta tidak mendatangkan kesan secara jangka panjang kepada alam sekitar.

Easelife Services Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Pest Control yang berlesen dan berpengalaman sejak tahun 1998. Hubungi dan gunakan khidmat profesional mereka untuk kawalan semut dan serangga perosak lain di premis perniagan atau rumah anda. Call 019-2260807 atau WhatSapp dengan tekan pautan ini https://wa.me/60192260807 untuk pertanyaan

Kongsikan pengalaman anda

Anda tentu ada petua selain dari yang dikongsikan kat atas tu dalam mengatasi masalah semut kat rumah. Kalau anda sangat baik jika anda sudi kongsikan kat ruang komen di bawah ni.

Atau jika anda dah pernah cuba mana-mana petua yang terbukti berkesan, boleh juga kongsikan kat bawah ya.

Terima kasih sudi berkongsi!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 petua tradisi orang kampung yang anda boleh cuba untuk selesaikan masalah semut di rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !