Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 6, 2020

Senarai 10 E-Book dalam Bahasa Melayu paling laris sepanjang bulan May 2020 - semua pasal bisnes

  Mohd Shubhi       Saturday, June 6, 2020
Kalau anda turun ke bawah sekali, kat footer blog jasduit.com ini, ada senarai beberapa buah e-book yang saya kongsikan laman pautannya untuk mereka yang ada minat nak baca e-book itu.

Ada banyak lagi e-book lain sebenarnya yang tidak saya masukkan ke dalam senarai. Ada masanya saya akan tulis artikel berkaitan yang relevan. Kalau kebetulan ada orang buat e-book dalam artikel tersebut, saya akan kongsikan pautannya pada yang berminat nak tahu lebih mendalam tentang topik itu.

Setiap bulan, ada saja e-book yang ramai orang akan beli. Untuk bulan May 2020 sahaja, ada 10 senarai e-book yang paling laris. Berikut kat bawah ni saya kongsikan 10 senarai e-book yang paling ramai orang beli sepanjang bulan May 2020.

10 e-book paling laris sepanjang May 2020

Ini dia senarai 10 e-book yang paling banyak orang beli.

1. Panduan buat bisnes shopee

Kalau anda nak belajar buat duit dari shopee, ini e-book yang boleh anda dapatkan. Boleh buat dropship dengan shopee ni. Tambah lagi kalau anda punya produk sendiri, lagi sempoi.

Dalam masa sekarang, makin ramai yang terjun buat pembelian secara online. Saya sendiri, sejak PKP yang lalu, banyak kali buat pembelian secara online. Salah satu platform yang saya masuk untuk cari barang adalah Shopee ni.

Baju raya anak-anak saya guna shopee saja untuk beli bau-baru ni.



2. Panduan buat bisnes makan delivery

Ini antara jenis perniagaan yang tengah dok naik gila-gila sekarang ni. Orang ramai yang malas nak gerak keluar. 

Dalam masa yang sama mereka juga malas nak masak sendiri. Jadi jalan paling mudah adalah order saja kat orang yang rajin memasak untuk dijual pada orang lain.

Kalau anda ada hasrat nak belajar macam mana nak jalankan bisnes makan delivery ni, elok dapatkannya dari panduan di dalam e-book ini.



3. Panduan buat bisnes tudung

Ini bisnes yang memang dah sangat terkenal dari dulu sampai sekarang. Neelofa punya tudung tu meletop naik sebab semua nampak apa saja jenis tudung yang dia pakai cantik bergetah.

Sebenarnya bisnes untuk pelanggan wanita ni sangat mudah untuk naik sebab perempaun ada banyak barang keperluan yang nak kena beli. Bagi mereka yang pakai tudung, maka koleksi tudung berbagai wajib ada dalam almari mereka.

Kalau anda ada hasrat nak jadi taukeh jual tudung, boleh dapatkan e-book ni.


4. Panduan buat bisnes bakeri

Bagi peminat makanan berbentuk bakeri ni seperti roti, kek, dan sebagainya, ini peluang untuk anda explore macam mana nak jadikan minat dan kesukaan anda makan roti kek dan sejenis, sebagai satu sumber menjana pendapatan anda. 

Boleh cuba dapatkan e-book ni dan belajar apa yang dikongsikan di dalamnya.


5. Panduan asas ternak ikan tilapia

Ikan tilapia ni ramai yang orang suka bela. Ramai juga yang suka masak dan makan ikan tilapia ni. Saya tengok warga Bangkadesh sangat gemar beli ikan tilapia ni.

Kalau anda ada hasrat nak belajar macam mana nak ternak ikan tilapia ni, boleh dapatkan maklumatnya dari e-book ini.


6. Panduan mula ternakan kambing

Ramai juga kawan-kawan saya yang berhenti kerja makan gaji dulu, balik kampung dan jadi penternak kambing.

Kambing punya pasaran agak besar. Kedai mamak confirm beli daging kambing. Orang India beragama Hindu dah pasti akan makan daging kambing dari daging lembu.

Orang slam juga suka beli kambing untuk buat akikah. Juga untuk buat korban. Maksudnya ada pasaran yang menarik untuk diterokai lebih jauh.

Kambing ni pula nampak macam mudah nak bela. Kawan saya tu bela dari hanya 3 ekor jadi beratus ekor. Senang kan?

Tak senang sangat sebenarnya. Kena tahu cara yang betul barulah menjadi. Kambing jenis binatang yang mudah kena penyakit dan mati. jadi ada cara betul yang kena belajar. Dapatkan dari e-book ni.


7. Panduan buat bisnes air balang

Bisnes macam ni boleh saja buka depan rumah. Mudah dan ringkas. Lebih bagus jika rumah anda duduk depan jalan ramai orang lalu pulak tu.

Bisnes air balang sebenarnya jenis yang mobile. Ada banyak orang buat bisnes ni kat pasar malam. Tapi memandangkan pasar malam masih tak boleh berniaga, susah la sikit nak bisnes kat tempat orang ramai.

Walau apapun, anda tetap boleh mula niaga sebab ianya jenis bergerak pacak di mana-mana tempat yang ada orang lalu sentiasa ramai. Jadi orang boleh berhenti dan cuba air balang sedap anda tu.



8. Panduan buat import barang dari China online

Kalau nak cari barang murah memang ada terlalu banyak di negara China. Tapi dalam keadaan la ni, tak ada sesiapa yang berani pergi jalan-jalan kat sana. Melainkan perlu sangat.

Anda masih boleh berniaga, dapatkan barang dari China dan pasarkannya kat negara kita. Cuma cara nak beli sahaja tak payah ke China. Beli secara online saja. E-book ni ada kongsikan maklumat yang anda perlukan kalau berminat nak cuba buat.



9. Panduan lulus temuduga kerajaan dengan mudah

Dalam keadaan sekarang, siapa yang dapat kerja dalam sektor kerajaan adalah jauh lebih baik daripada kerja di sektor swasta.

Tapi bukan mudah sangat nak dapat masuk kerja kerajaan. Kalau tak ada kabel yang sangat kuat agak sukar. Perlu ada teknik yang sangat berkesan jika benar-benar nak cuba. Panduan dalam e-book ini akan berikan anda maklumat yang diperlukan untuk itu.



10. Panduan borong barang China dari 1688.com

Ini satu lagi e-book panduan macam mana nak beli barang dari China guna platform 1688.com. Memang menarik kalau nak explore satu lagi cara yang lebih spesifik. Anda boleh cuba tengok e-bbok ni kalau-kalau berminat.



Itu semua senarai 10 top e-book sepanjang bulan May 2020. Tentu ramai orang yang beli dan baca e-book dalam suasana PKP sebelum ini. Nak ke luar ke kedai buku, mana ada kedai buku yang buka.

Yang lebih sedih, banyak kedai buku yang terpaksa gulung tikar sebab bisnes terkesan teruk. Umpamanya, kedai MPH Books Store, banyak cawangannya yang terpaksa ditutup.

Sebelum PKP dulu memang bisnes kedai buku ni dah sangat goyang. Makin lama makin nazak. Bila jadi saja masalah covid-19, semua bisnes yang nazak terus masuk dalam keranda untuk dikuburkan. Maksudnya terpaksa gulung tikar terus.

Banyak bisnes bungkus akibat covid-19

Selain dari kedai buku, banyak lagi industri atau bisnes lain yang terkesan angkara wabak covid-19 ni. Paling teruk adalah bisnes dalam industri pelancongan dan kembara. 

Orang ramai tak boleh nak jalan-jalan. Sampai sekarang, tak dibenarkan untuk lintas sempadan. Kalau sempadan negeripun tak boleh, apatah lagi sempadan negara.

Perancangan Malaysia, negara kita nak buat promosi besar-besar jadikan tahun 2020 sebagai tahun melawat Malaysia hancur berkecai gagal segagalnya akibat wabak covid-19. Tak dapat nak buat apa-apa sebab tak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan dalam keadaan wabak macam tu.

Industri hotel dan kedai makan terutamanya di kawasan yang meriah dengan aktiviti pelancongan selama ini juga menerima cabaran sangat hebat. 

Akibatnya, ramai orang kena buang kerja. Dah tak ada lagi sumber menjana pendapatan untuk sara makan minum keluarga masing-masing. Kesian mereka!

Antara cara terbaik untuk anda yang masih gagal cari kerja sekarang, kalau nak usaha cari pendapatan, kenalah belajar berniaga. Sebab itu banyak buku panduan tentang berniaga telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan orang ramai.

Walau apapun yang berlaku, jangan mudah menyerah kalah. Hidup mesti diteruskan. Berusahalah, anda pasti akan dikurniakan jalan keluar dan bertawakallah, anda akan pasti diberikan rezki dari sumber yang tak terduga.

Insyaallah!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai 10 E-Book dalam Bahasa Melayu paling laris sepanjang bulan May 2020 - semua pasal bisnes

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !