Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 5, 2020

Petua penting pemanduan dalam keadaan hujan bila keluar jalan susur lebuhraya - Azad Jasmi

  Mohd Shubhi       Friday, June 5, 2020
Petua untuk pemanduan dalam keadaan hujan bila keluar jalan susur lebuhraya ini merupakan artikel sumbangan dari seorang pemandu profesional En Azad Jasmi.

Saya kongsikan kat sini untuk anda yang selalu memandu kenderaan ketika pergi dan balik kerja. Atau ketika menlakukan perjalanan jauh atas tujuan kerja atau balik kampung.

Memandagkan sekarang musim hujan, rasanya perkongsian ini sangat kena pada tempatnya. Terutamanya perkongsian ini adalah dari seorang pemandu yang memang ahli memandu kereta. Azad Jasmi merupakan seorang pelumba rali lasak.

Sebagai seorang pelumba rali lasak, sudah tentu terbabas dan terjerumus dah jadi asam garam dalam kehidupannya ketika sedang berlumba. Jadi dia lebih faham dan dapat rasa apa yang kita pemandu biasa ni tak pernah dapat rasa.

Saya kongsikan penulisannya kat bawah ni ..

Petua pemanduan dalam keadaan hujan

Saya cuba berkongsi sedikit info berkenaan tip pemanduan pada hari ini kerana saya sering lihat berlaku kemalangan.

Kemalangan yang insyaAllah mampu kita elakkan. Kerana biasanya berlaku kemalangan ini adalah secara sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Pada pagi ini saja sebelum saya menulis ni, saya telah lihat satu kemalangan berlaku pada sebuah kenderaan. Dia melanggar penghadang jalan (barrier).
Hampir setiap kali waktu hujan, banyak kemalangan yang kita lihat berlaku pada "Jalan Keluar Highway" yang mana wujud selekoh pendek atau panjang yang merupakan jalan susur keluar dari highway 3 atau 4 lorong (Highway Besar).

Dari 3 atau 4 lorong, jalan susur tersebut akan menjadi 2 lorong yang seterusnya membawa kepada "Tol".

Jika diteliti, anda sendiri boleh perhatikan keadaan "barrier" PLUS atau JKR. Banyak yang terkena hentakan kenderaan baru atau lama. Anda juga boleh nampak adanya "barrier" yang baru ditukar kerana berlaku perlanggaran sebelum ini.

Macam yang saya sebut tadi di atas, hal ini biasanya berlaku kerana jalan susur keluar dari highway yang besar tadi yang 3 lorong atau 4 lorong, bertukar menjadi jalan 2 lorong.

Bila adanya perubahan tersebut, kadar "ketajaman" atau "degree of bend" makin meruncing. 

Disebabkan "ketajaman" selekoh yang makin tajam ini, maka pemandu biasanya tidak sedar bahawa kelajuan yang ada sudah tidak sesuai.

Tadi, mereka buat pemanduan selesa dari highway, laju yang sama itu, mereka ambil terus ke jalan susur keluar yang dah berubah.

Dan kelajuan yang tak sesuai ini menjadikan kenderaan berada dalam keadaan merbahaya lajunya, terutamanya bila hari HUJAN

Bila tersedar, pemandu akan membrek dengan mengejut.

Terutamanya kenderaan yang tanpa ABS, "terkunci" tayar. Lalu melanggar penghadang jalan kiri atau kanan.

Dalam keadaan ini, kederaan akan berada dalam situasi yang di namakan "Understeer".

Sama juga bagi kenderaan yang dilengkapi dengan ABS. Tanpa kawalan dari pemandu yang baik tetap akan berlaku juga perlanggaran seorang diri dengan penghadang jalan.

Sering juga berlaku situasi kenderaan "oversteer" ini dimana, dengan kelajuan dari highway besar ke jalan susur keluar, pemandu bertindak memandu dengan kelajuan yang sama. Yang hasilnya akan membuakan berlaku satu anjakan roda belakang.

Keadaan roda yang membuatkan kenderaan tersasar keluar lalu berpusing serta melanggar penghadang jalan.

Mungkin infomasi yang saya beri ini tidak berapa spesifik. Tetapi saya harap pembaca dapat sedikit gambaran dan mengambil manfaat dari sini.
Berikut nasihat saya untuk saya serta pembaca:
  1. Perlahankan kenderaan anda - Jika dari kelajuan 110km/j, saya berpendapat kelajuan pada jalan susur keluar perlulah tidak melebihi 60km/j atau kurang mengikut ketajaman selekoh; sahaja pada kadar jalan kering dan jika pada hari hujan perlulah kurang dari 50km/j.
  2. Lihat jalan tar pada keadaan lorong - Kadar warna tar yang lebih gelap biasanya lebih licin dengan kadar turapan yang baru. Dan kadar "minyak tar" adalah lebih bila hari hujan. 
  3. Selalu berdoa - Amalkan agar Allah pelihara perjalanan kita. Walau apapun yang jika cuba lakukan, kita perlu memohon keberkatan pemanduan dari yang Maha Kuasa insya Allah selamat.
Jadi point pentingnya kat sini adalah ambil perhatian pada kelajuan supaya bersesuaian. Berikan tumpuan pada keadaan sekeliling dan jangan leka.

Wassalam Azad Jasmi
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua penting pemanduan dalam keadaan hujan bila keluar jalan susur lebuhraya - Azad Jasmi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !