Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 2, 2020

Senarai 10 bandar paling bahagia di negara kita Malaysia bagi tahun 2019

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 2, 2020

Macam mana agaknya rasa jika tinggal kat satu tempat yang membahagiakan di negara kita Malaysia ni ya?

Tempat atau bandar atau penempatan yang mana rata-rata masyarakat yang tinggal kat situ rasa aman damai dan jiwa tenteram membahagiakan.

Tempat di mana anda tinggal sekarang ini macam mana?

Adakah anda rasa ia membantu untuk anda hidup aman damai dan rasa bahagia. Atau anda rasa tunggu masa saja nak belah dari situ. Nak berhijrah pergi cari penempatan lain kat bandar lain atau pekan kecil yang suasana sekelilingnya aman damai dapat tenteramkan jiwa.

Jika itu yang anda sedang cari sekarang. Nak cari satu bandar, atau pekan yang aman damai boleh membahagiakan, boleh rujuk kepada 10 bandar di bawah ini.

Senarai bandar paling bahagia di negara kita Malaysia yang dikeluarkan oleh Plan Malaysia, sebuah badan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Boleh rujuk FB Page mereka kat sini.

Mereka buat kajian sejak tahun 2013 sehingga 2019. Melibatkan seramai 60 ribu reponden untuk mengkaji dan menentukan kedudukan index bahagia di negara kita. Apa yang di kaji ada perkara berikut.
  • Tahap kebahagiaan bersama keluarga dan sanak saudara
  • Rasa seronok dengan kerja dan pekerjaan yang dilakukan
  • Tahap keselesaan terhadap hubungan dengan jiran sekeliling
  • Tahap aktiviti komuniti setempat
  • Tahap kualiti alam persekitaran
Berdasarkan kesemua kriteria yang tersebut di atas, nampaknya rakyat Malaysia dan buat keputusan mereka.

Ini merupakan bandar yang menduduki 10 tangga paling atas yang bagi rakyat Malaysia ia merupakan tempat yang sangat membahagiakan.
  1. Melaka
  2. Kuala Terengganu
  3. Seremban
  4. Kulai
  5. Taiping
  6. Kuantan
  7. Bentong
  8. Jasin
  9. Yan
  10. Jeli
Boleh dikatakan kesemua tempat yang tersenarai kat atas tu saya dah pernah rasa pergi ke sana dan dapat merasakan keadaannya. Memang semuanya sangat menarik aman damai dan tenang. Lansung tak macam suasana kat Lambah Klang ni

Antara yang saya sangat suka adalah Taiping, Bentong, Yan dan Melaka.

Tapi memang agak sukar juga nak buat pilihan kalau berpeluang nak duduk kat mana di salah satu dari 10 tempat tu. Rasa semuanya saya suka. Masing-masing ada kelebihan dan keunikan yang tempat lain tak ada.

SENARAI 10 BANDAR PALING BAHAGIA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019 . (i) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah; (ii) Majlis...
Posted by PLANMalaysia on Monday, 1 June 2020
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai 10 bandar paling bahagia di negara kita Malaysia bagi tahun 2019

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !