Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 15, 2020

Jalan kaki dalam hutan 15 minit saja boleh perbaiki tahap kesihatan mental anda!

  Mohd Shubhi       Thursday, October 15, 2020

10 Oktober 2020 yang lalu merupakan hari kesihatan mental sedunia. Hari kesihatan mental dunia itu dimulakan pada tahun 1992 dan disambut setiap tahun dengan tema-tema yang berbeza. Tema untuk tahun ini adalah " Kesihatan Mental Untuk Semua".

Tema khas yang negara kita buat berbunyi begini ..

'Let's Talk Minda Sihat: Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh diri'

Nampak jelas tema tu suruh kita semua bercakap pasal masalah mental. Atau lebih tepat lagi bercakap dengan orang terutamanya orang yang kita kenal rapat. 

Tak perlu tunggu ada masalah mental baru nak mula bercakap dan berbual dengan orang. Masa sihat, masa tak berapa nak ada masalah, selalulah berbual dan bercakap dengan kawan-kawan, saudara, kenalan, jiran dan lain-lain.

Kalau anda tak bercakap dengan orang secara rutin dan kerap, takut lama kelamaan nanti anda akan mula bercakap seorang diri.

Bila jadi macam itu, dah sah ada tanda-tanda masalah mental.

Itupun masih boleh diselamatkan lagi seandainya anda cari orang yang anda percaya dan luahkan apa yang terbuku dalam jiwa.

Bagi anda yang tak ada apa-apa masalah, perhatikan kawan-kawan, saudara mara yang dirasakan ada masalah. Pergi bercakap dengan mereka. Berbual, tanya khabar, buatlah apa-apa cerita yang menarik dan meransang rasa ingin bercakap mereka yang bermasalah tu.

Jumpa kawan bila rasa serabut

Dari pengalaman saya, jupa kawan-kawan dan bersembang sangat banyak membantu selesaikan parasaan hidup yang tertekan dengan seribu satu macam masalah.

Bila jiwa berserabut, otak tak boleh berfikir dan buat keputusan dengan betul. Cubaan untuk duduk buat kerja juga adalah sia-sia.

Orang yang cari makan dengan berniaga macam saya memang sentiasa dilanda dengan seribu satu masalah. Ada duit pun masalah tak ada duit lagi la masalah.

Bila jadi macam tu, perkara paling mujarab yang saya lakukan adalah tinggalkan kesemua kerja yang ada dan pergi cari kawan dan berbual.

Duduk melepak sambil bersembang segala perkembangan kehidupan masing-masing membuatkan saya lega dan tak terasa sangat pantas masa berlalu. Sedar-sedar dah habis 3 atau 3 jam. Jiwa segar semula dan rasa semangat nak buat kerja dan selesaikan semua masalah yang sedang dihadapi.

Itulah kelebihan bila berbual dengan kawan-kawan setiap kali jiwa berserabut.

Sebab itu anda boleh lihat ramai orang, lelaki terutamanya, suka habiskan masa secara rutin hanpir setiap hari berbual panjang di kedai mamak. Paling ramai yang suka buat macam itu adalah dari kalangan usahawan.

Orang tua pencen juga tak ketinggalan suka amalkan aktiviti jumpa kawan berbual panjang kat kedai kopi. Bila dah pencen, tak ada kerja rutin, nak buat apa lagi. Duduk seorang diri dalam rumah akan membuatkan anda akan rasa tertekan dan mudah jatuh sakit. Lebih baik pergi keluar jumpa kawan.

Selalunya saya lihat geng-geng pencen ni akan soalt subuh kat masjid atau surau. Selesai solat dan semua wirid, mereka akan naik satu kereta pergi sarapan kat kedai kopi pilihan. Selepas itu barulah masing-masing balik kerumah.

Waktu solat insya macam tu juga. Selesai berjemaah kat masjid atau surau, kalau tak ada majlis berborak kat anjung lepak masjid atau surau tu, mereka akan buat majlis berborak kat kedai kopi. Nampak macam kecil, tapi impaknya sangat besar kepada kesihatan mental.

Jalan kaki dalam hutan 15 minit 

Kalau anda dah tua, kesepian dan tak ada ramai kawan yang boleh diajak berbual selalu. Atau kalau selalu lepak kat kedai mamak kena berleter dek isteri, ada satu lagi cara yang sangat mudah.

Cara mudah dan murah untuk tingkatkan kesihatan mental.

Anda boleh ajak isteri sekali untuk pergi ke mana-mana taman kehijauan atau kalau ada hutan lagi bagus. Pakai pakaian yang sesuai dan pergi berjalan-jalan sambil memberikan perhatian kepada keajaiban suasana hutan.

Jangan kelam kabut nak laju. Jalan perlahan-lahan sambil pandang kiri dan kanan atas dan bawah. Tengok segala tumbuhan yang ada dengan berikan perhatian yang penuh. Tengok juga segala serangga dan unggas yang ada kat kawasan tersebut.

Bawa handphone sekali pun tak apa. Bila nampak sesuatu yang menarik, snap satu gambar dan kongsikan dalam IG. Orang tua ada IG tak salah pun. Kalau tak mau pakai IG, boleh pakai Twitter atau FB.

Ikut mana yang anda rasakan lebih mudah dan sesuai.

Kenapa saya syorkan suruh masuk hutan dan jalan 15 minit?

Sebab kajian membuktikan jalan kaki dan menikmati suasana alam sekitar semula jadi adalah satu terapi minda yang boleh tingkatkan tahap kesihatan mental anda. Anda boleh baca pasal kajian tersebut pada pautan kat sini.

Balik duduk kampung bila pencen

Kajian itu memberikan saya motivasi yang lebih tinggi untuk balik kampung bila dah buat keputusan untuk pencen dan tak fokus lagi pada aktiviti cari makan nanti. Mungkin bila semua anak-anak dah lepas berdikari boleh la buat macam tu.

Sekarang masih kena kerja cari duit untuk besarkan anak-anak yang ada masih bersekolah. Suka atau tak suka kena berusaha untuk cari duit juga nak bela mereka.

Jika semua dah lepas nanti, ada duit sikit, boleh jual semua harta yang ada kat bandar ni, balik kampung dan beli tanah dan buat rumah kat kawasan luar bandar sana. Kos tanah dan buat rumah diharapkan masih tak berapa tinggi nanti bila dah boleh balik kampung.

Cari kawasan kampung yang meriah suasana masyarakatnya. Meriah aktiviti masjid dan suraunya. Juga kampung yang masih ada lagi kawasan hutan yang nyaman dan menghijau. Kalau ada jeram atau sungai lagi bagus.

Buat kawan ramai kat kampung supaya boleh sama-sama sering bertemu dan bersembang mesra. Kemudian boleh selalu masuk hutan tengok keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan supaya jiwa terasa teruja dan kagum dengan kekuasanNya.

Ini semua akan membuatkan minda lebih lihat jadi terhindar dari masalah mental. Insyaallah!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jalan kaki dalam hutan 15 minit saja boleh perbaiki tahap kesihatan mental anda!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !