Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 4, 2020

5 tumbuhan biasa yang selalu anda jumpa di Malaysia yang ada kelebihan dan khasiatnya

  Mohd Shubhi       Friday, December 4, 2020


Saya ambil maklumat tentang 5 tumbuhan atau herba yang ada di negara kita ini dari posting di FB Fadzilah Adibah Abdul Majid. 

Anda boleh ikuti perkongsian beliau di akaun FBnya kat sini. Atau boleh juga follow akaun produk beliau Naturemedics di pautan sini.

Ada banyak maklumat tentang pokok tumbuhan herba di negara kita yang lebih terperinci dikongsikan kat internet kalau anda nak cari. Tapi saya ambil dan kongsikan apa yang beliau tulis sebab lebih simple dan santai.

Jom kita baca apa 5 tumbuhan yang ada kat kampung anda tu, yang boleh dimanfaatkan khasiatnya dalam kegunaan seharian hidup anda. 

1. Pokok Sireh


Cerita sireh boleh dibukukan berjilid-jilid akan khasiat dan gunanya secara tradisi atau saintifik. 

Sireh banyak diguna secara luaran namun air rebusannya juga boleh diminum dalam kuantiti kecil untuk menjaga kesihatan atau merawat sesuatu penyakit.


Kali ini saya nak kongsikan petua menghilangkan hanyir ikan/daging dengan sireh.

Ambil beberapa lembar daun sireh, cuci bersih dan ramas dalam air bersama ikan keli/haruan, daging kambing etc. Biar seketika hingga bau hanyir/hamis hilang. Bilas dan cuci bersih. Jika ada sisa daun melekat pada daging, ia tidak mudarat. 

Selamat mencuba.

2. Pokok Kemunting

Jom kita kenali pokok kemunting pulak.

Ramai orang yang membesar di kampung ada kenangan masing-masing dengan pokok kemunting. Nama sainsnya ialah Rhodomyratus somentosa. 


Seperti kebanyakan pokok yang dalam pemerhatian saya, pokok kemunting banyak diselidik tentang kegunaan dan kepentingannya dari sudut ekonomi dan kesihatan di negara luar.


Kemunting ini tumbuh melata di tanah pesisir pantai Malaysia namun  tidak popular dikalangan saintis Malaysia.

Antara potensi ekonomi dan kesihatan kemunting ialah, Anti radang, antimikrobial, anti ulcer dan antioksidan.

Juga dijadikan jem, dijadikan minuman kesihatan, dimakan segar, didijadikan sebagai pewarna ungu asli. 

Antara petua yang boleh diguna ialah;

Pucuk muda atau putik buah dikunyah untuk hilangkan sakit perut.

Saranan saya agak kita perkenalkan pokok ini kepada anak cucu dan beri mereka makan buah kemunting. 

Ia bagus untuk kesihatan, tingkatkan imuniti, dan bagus untuk perkembangan minda. Jangan bimbang tentang keracunan, pokok ini pokok makanan. InshAllah selamat.

3. Janggut Jagung (Zea mays)

Jom kita lihat janggut jagung pulak. Biasanya kita ambil buang saja janggut jagung ni. 


Orang mesti tak percaya jika saya khabarkan tentang jangut jagung ini adalah bahan dalam ubatan tradisional. 

Janggut jagung (cornsilk) ini bersifat anti viral dan air rebusan diguna untuk turunkan suhu badan. 


Ada beberapa produk kosmetik di dunia ini yang mengunakan janggut jagung sebagai bahan aktif kosmetik kerana ia ada khasiat cosmeceutikal seperti menganjalkan kulit, meremajakan kulit, anti mikrobial dan melembabkan kulit.

Ok petua utk semua.

Jika rebus jagung dgn kulit, bila kupas, biar je janggut tu, elok makan juga hujung jagung yang ada janggut muda. 

Jom kita galakkan anak cucu makan jagung rebus yang segar. Ada janggut sikit2 jangan la geli, banyak khasiatnya. Ibu2 pun jangan la licinkan semua janggut jagung tu ya.

Saya sejak dari  kecil lagi suka sedut air dlm tongkol jagung tu, dan makan jer hujung yang lembut tu. Bila dah tua ni baru tahu ada khasiat rupanya. 

Subhanallah, luas sungguh ilmu milik Allah.

4. Kelat Samak

Pokok ni sangat menarik hati saya. Banyak tumbuh di kawasan berbukit Pulau Bidong. Belum pernah saya jumpa pokok yang begitu menyerlah warnanya di tempat lain.




Saya tidak ada maklumat tentang nama saintifiknya. Tapi mengikut tulisan satu artikel dari Indonesia, ia mungkin mirip kepada Syzygium balgooyi  atau S galanthum (ditemui di Sulawesi).

Saya fikir ia boleh digunakan sebagai pewarna organik. Mungkin boleh dijadikan signature herbal product@UMT Pulau Bidong.

Petua?

Ada!

Saya diberitahu kulit pokok kelat samak dicampur dengan kulit pinang dan beberapa bahan lain utk mewarna kain batik di Indonesia. 

Ada yang maklumkan juga pokok ni kegunaan orang halus.

Wallahuwaalam.

5. Ulam Raja (Cosmos caudatus)

Jom lihat pokok daun ulam yang rasanya semua orang kenal ni. Namanya Ulam Raja


Ok cerita ulam raja. Semua orang kenal, kebanyakan gerai makan, kedai makan, restoran hingga hotel pun hidangkan ulam raja sebagai ulam Melayu.

Khasiat ulam raja sangat banyak.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit diabetes yang sedang dirawat dgn ubat diabetes bersama pengambilan ulam raja selama 8 minggu menunjukkan penurunan gula dalam darah yang memberangsangkan.

Ada banyak lagi kegunaan ulam raja yang kita semua tidak perlu khuatir untuk amalkan setiap hari (atau selang seli kalau jemu). 

Tapi kali ini saya janjikan petua sahaja.

Petua ulam raja.

Petua untuk ibu-ibu jika anak perempuan remaja mengadu datang haid tidak teratur.  Disarankan amalkan makan ulam raja. In sha Allah afiat.

Harap perkongsian dari beliau walaupun sangt simple, dapat memberikan manaat kepada anda yang membacanya. Lebih ringkas maklumatnya adalah lebih mudah untuk masuk ke dalam ingatan diri kita.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 tumbuhan biasa yang selalu anda jumpa di Malaysia yang ada kelebihan dan khasiatnya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !