Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 12, 2021

Akhirnya cara paling berkesan hapuskan pepijat berjaya juga ditemui setelah lama mencari

  Mohd Shubhi       Friday, February 12, 2021


 Salah satu industri yang sangat perlukan khidmat pest control adalah industri perhotelan. Untuk sementara waktu ini, sejak wabak covid 19 melanda dunia, industri perhotelan dan pelancongan secara umumnya sedang berhadapan dengan cabaran bisnes yang sangat getir.

Saya doakan agar para pengusaha hotel dan tempat penginapan dapat bersabar dan terus bertahan sehingga wabak covid 19 ni berjaya ditangani sampai selesai.

Ketika zaman hotel sangat meriah sebelum covid 19 menyerang dunia, dan insyaallah, suasana itu akan kembali semula tak lama lagi, pihak pengurusan hotel perlu pastikan tiada masalah serangga perosak dan pembawa penyakit berada di dalam hotel mereka.

Kawalan serangga di hotel

Jika di bahagian restoran atau cafeteria hotel, lipas, semua, tikus, nyamuk dan alat adalah serangga yang sangat tidak diingini terlihat di situ. Bayangkan ketika anda sedang makan, tiba-tiba 2 atau 3 ekor lipas merayap naik dan turun dari pinggan!

Keadaan itu jika berlaku adalah seumpama kilat dan guruh besar melanda pihak pengurusan hotel!

Untuk bahagian bilik pula, selain dari semua jenis serangga yang tersebut kat atas tadi, ada satu lagi serangga paling serius yang tak sepatutnya adalah dalam bilik.

Pepijat atau Bed Bugs!

Tak ada sesiapa pun yang seronok kalau bilik yang dia tempah untuk bermalam dan rehatkan diri sehari atau dua, tiba-tiba ada banyak pepijat di sebalik tilam dan celahan katilnya.

Pihak hotel lagilah tak mahu perkara itu berlaku! Ia melibatkan reputasi hotel. Menjadi penentu samada penyewa bilik menjadi ajen tambah pelanggan untuk hotel atau jadi ajen halau pelanggan!.

Jadi, apa yang berlaku setiap kali pepijat dikesan ada, bilik itu akan ditutup daripada tempahan. Selagi tidak dilakukan rawatan pest control, membunuh semua pepijat di dalamnya, selagi itu ia tidak akan dibuka semula.

Semua perlu dilakukan dengan segera sejak mula pepijat dikesan, khidmat pest control dihubungi dan rawatan dilakukan dengan pantas.

Perkara paling ditakuti adalah jika pepijat dari satu bilik, pergi merebak ke bilik sebelahnya pula dan mula masuk ke bilik-bilik lain sehingga akhirnya tak terkawal.

Cabaran hapuskan pepijat

Saya sendiri ada banyak pengalaman memberikan khidmat pest control untuk hotel-hotel ni. Setakat masalah semut, lipas, tikus dan lalat, tak ada apa-apa masalah sangat. Teknik rawatan dengan konsep pencegahan yang baik serta penggunaan bahan yang terbukti berkesan biasanya akan berjaya selesaikan masalah serangga tersebut di hotel.

Yang agak ngeri adalah jika ada berlaku serangan pepijat di bilik hotel.

Ia satu mimpi ngeri bila hotel minta selesaikan segera masalah pepijat yang dikesan oleh pelanggan mereka. 

Mimpi ngeri sebab biasanya, bila dah selesai satu bilik, muncul pula kat bilik lain. Kemudian timbul pula bilik yang sama walaupun sebelum ni dah diselesaikan.

Dia akan tenggelam timbul mengambil masa yang sangat lama untuk selesaikan terus masalah itu sekurang-kurang untuk tempoh masa yang lebih lama.

Pihak hotel juga tahu yang pepijat berkemungkinan besar di bawa sendiri oleh tetamu mereka, yang tak sedar dalam beg mereka memang ada terselit pepijat. Mungkin datang dari tempat lain sebelum ini. 

Atau mungkin juga rumah pelanggan bilik itu sendiri ada pepijat. Masuk ke dalam begnya dan bila dia datang hotel itu, pepijat keluar dan mula membiak. Kes macam tu jika berjaya dikesan pantas dan rawatan berkesan dapat dibuat, insyaallah akan tenang semula.

Teknik rawatan seama ini adalah dengan menggunakan bahan kimia. Semburan terhadap pepijat, kawasan pembiakan pepijat dengan menggunakan bahan kimia itu biasanya akan dapat hapuskannya.

Tapi dari pengalaman, pepijat dewasa mung kin mati. Tapi telurnya masih elok melekat. Bila tiba masanya dia menetas dan pepijat muncul semula.

Satu lagi masalah adalah semburan bahan kimia tak dapat masuk habis dalam sampai ke tempat menyorok pepijat tu. Semburan jadi tidak menyeluruh. 4 atau 5 hari lepas itu dah dapat laporan semula. Itulah yang pening kepala dibuatnya.

Akhirnya masalah pepijat selesai

Sebagai syarikat yang bertanggung jawab, saya tak henti mencari solusi yang dapat memberikan khidmat lebih baik kepada semua pelanggan.

Bila ada masalah rawatan pepijat yang kurang mantap macam itu membuatkan saya rimas dan terus berusaha mencari jalan terbaik.

Akhirnya, saya diperkenalkan oleh pembekal peralatan pest control terhadap satu alat yang ajaib!

Alat itu direka khas untuk membunuh pepijat tanpa menggunakan racun. ia menggunakan konsep haba untuk mematikan pepijat. Sehingga telur pepiat sekali akan mati dan berjaya dihapuskan bile dilalukan wap haba dari mesin tersebut.

Tanpa fikir panjang lagi, saya dapatkan terus mesin tersebut untuk semua team pest control yang ada. Gunakan mesin membunuh pepijat dengan haba itu bila ada aduan serangan pepijat. Dan hasilnya membolehkan saya tersenyum puas.

Akhirnya, masalah pepijat bukan lagi satu mimpi ngeri!

Pihak pengurusan hotel juga sangat senang hati. Paling takjub bagi mereka adalah bila setiap kali selesai lakukan rawatan pepijat pada mana-mana bilik mereka, tiada bau bahan kimia, tak risau tilam melekat bahan racun, boleh terus digunakan bilik tu segera selesai saja rawatan dibuat.

Paling best adalah baunya lebih segar dan nyaman dengan menggunakan rawatan hapuskan pepijat secara teknik haba.

Hapuskan pepijat di rumah

Teknik rawatan haba itu juga sata guna pakai untuk memberikan khidmat hapuskan pepijat di kalangan pelanggan rumah penginapan dan rumah persendirian.

Alhamdulillah semua yang mendapatkan khidmat itu berpuas hati.

Ada yang sebelum ini dah banyak kali buat rawatan hapuskan pepijat sendiri. Macam macam bahan digunakan tapi masih tak berkesan. Kemudian panggil syarikat pest control sembur racun, masih juga tak berkesan.

Bila datang mesin haba, berdesup habis mati semua pepijat bersekali dengan telur dan anak-anak pepijat yang terselit di celahan atau rekahan katil mereka.

Jika anda juga ada masalah pepijat selama ini, boleh cuba teknik rawatan yang sama dari Easelife Services Sdn Bhd ni.

WhatsApp saja terus kepada pautan ini https://ekillbedbugs.wasap.my

Atau boleh dapatkan bantuan dan penerangan dari:

Athira 010-234 2542

Joe 010-246 2542

Siti 012-206 7357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Akhirnya cara paling berkesan hapuskan pepijat berjaya juga ditemui setelah lama mencari

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !