Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 10, 2021

Perkara asas dan mudah anda perlu tahu berkenaan IoT - Internet of Things, supaya tak ketinggalan

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 10, 2021


Dah lama dengar perkataan ni. IoT - Internet of Things. Rasanya sejak 5 atau 6 tahun lalu perkataan ni dah jadi biasa dan bukan lagi perkara baru.

Ada satu agensi kerajaan yang dahulunya di kenali sebagai MAI - Malaysia Automotive Institute. Tapi sekarang dah ditukar jadi MARii - Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute. Agensi tu dah masukkan IoT ke dalam salah satu dari agenda tumpuan mereka sekarang.

IoT bukan lagi perkara baru. Ramai yang dah mula cakap terutamanya yang tinggal di pusat bandar dan dah didedahkan dengan segala kemudahan teknologi terkini.

Kalau semak dalam wikipedia, dia ada sebut yang perkataan ni disebut pertama kali oleh Kevin Ashton ketika itu  dia masih bersama syarikat Procter & Gamble pada tahun 1999. Ia menggambarkan keadaan di mana jumlah barangan dan peralatan yang berhubung dengan internet adalah melebihi dari jumlah manusia.

Dalam bahasa mudahnya, dulu, manusia lebih ramai yang berhubung dan menggunakan internet. Tapi lama kelamaan, barangan, mesin, peralatan dan lain-lain seumpamanya lebih banyak yang berhubung dan sentiasa on dengan internet.

Kalau anda rasa berbelit dan masih tak faham, tak apa. Saya juga sedang cuba nak faham dengan pemahaman yang mudah. Untuk itu saya paksa diri buat artikel ni. Kalau saya berjaya terangkan dengan ringkas dan anda faham, maknanya saya juga dah faham.

Apa dia IoT

Saya ambil rujukan dari satu artikel kat dalam Forbes. Dia kata, secara umum, IoT hanya ada satu saja tujuannya.

Tujuan IoT adalah untuk membolehkan semua tempat dan semua barang yang ada di muka bumi ini berhubung dengan internet.

Contohnya kalau anda nak tahu samada di San Juan, Puerto Rico ada berapa buah ATM mesin dan kat mana setiap mesin tu berada, hanya perlu buka internet dan semak. Semua maklumat adalah secara lansung dan anda boleh tahu samada mesin berfungsi atau tidak dan macam-macam maklumat lagi.

Dan semua tu nada dapat tahu tanpa memerlukan untuk anda berrada di San Juan, Puerto Rico!

Hebat tak?

Macam mana IoT berfungsi

Apa anda buat bila buka internet melalui spart phone anda tu?

Sekarang ni paling kerap orang pakai internet adalah untuk beli barang kat Shopee atau Lazada. Duduk kat rumah saja sambil berbaring atau sofa, buka portal Lazada. Buat carian Pod Vape kegemaran anda, tekan beli, buat pembayaran dan selesai.

Tunggu masa beberapa hari barang yang anda beli tu sampai ke rumah.

Dari situ, nampak jelas yang anda berhubung dengan internet dengan melakukan samada,

  1. Kumpul dan hantar maklumat - Anda buat perkara ni masa tengah layari Lazada nak beli Pod Vape.
  2. Terima dan bertindak terhadap maklumat yang diterima - Ini pembekal atau penjual Pod Vape yang anda beli tu lakukan.
  3. Buat kedua-dua perkara tersebut di atas - Anda dan penjual Pod Vape sebenarnya melakukan kedua-dua perkara tersebut di atas. Cari, kumpul dan hantar maklumat, terima dan proses maklumat yang dapat.
Saya berikan contoh anda sebagai manusia yang dah lama mampu buat semua tu. Tapi sekarang kita nak selain dari manusia pu ayang mampu melakukan kesemua 3 perkara tersebut di atas. Itulah yang dikatakan sebagai IoT.

Untuk membolehkan semua perkara nombor 1 di atas dapat dilakukan oleh barang, kita akan letakkan sensor pada barangan tersebut. Sensor tu kerjanya adalah kumpulkan dan hantar maklumat. 

Macam peti ais kat rumah anda. Sensor akan kumpulkan berapa suhu dalam peti ais tu dan kemudiannya tunjukkan bacannya.

Anda juga boleh buatkan sensor tu baca berapa suhu dan bertindak jika suhu telah jatuh ke paras yang tak sepatutnya, akibat ada kerosakan berlaku di mana-mana. Bila dia baca begitu, maka dia akan bertindak bunyikan alarm supaya ada juruteknik segera datang baiki kerosakan.

Boleh juga dibuat supaya semua peralatan atau kemudahan yang canggih tanpa perlu campur tangan manusia dalam melakukannya semua urusan. 

Macam kelengkapan pusat pertanian yang ada sensor dapat baca keadaan tanah, keadaan cuaca dan sebagainya kemudian menentukan bila dan berapa jumlah air dan baja serta lain-lain yang dia perlu kawal dan berikan arahan pada mesin lain untuk bertindak melakukan semua ursan tersebut.

Manfaat IoT


Penerangan mudah di atas sebenarnya anda dah lalui atau tengok sendiri sedang berlaku sekarang ni di merata tempat. 

IoT membuatkan banyak perkara dapati duruskan dengan lebih cekap, murah dan selamat. Matlamatnya adalah untuk menyerahkan semua kerja kepada mesin untuk kumpulkan maklumat, hantar maklumat dan bertindak ke atas semua maklumat berdasarkan tindakan yang sesuai.

Oleh sebab dunia memang sedang laju ke arah itu, anda tentu perasan bahawa benda yang sangat diperlukan sekarang dan makin lama makin tinggi permintaannya adalah sensor.

Sensor ni macam deria rasa yang ada pada manusia. Serap semua maklumat dan hantar kepada pusat proses maklumat. Pembuatan sensor ni melibatkan teknologi yang tinggi. Macam-macam jenis sensor di perlukan sekarang untuk digunakan dalam semua barang dan peralatan.

Siapa yang kuasai industri dan teknologi sensor ni sekarang?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara asas dan mudah anda perlu tahu berkenaan IoT - Internet of Things, supaya tak ketinggalan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !