Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 1, 2021

Formula elakkan penyakit darah tinggi dengan makan jumlah kombinasi Garam dan Potassium yang betul

  Mohd Shubhi       Monday, March 1, 2021


Seorang kawan yang umurnya dalam lingkungan awal 50-an masuk hospital. Dia rasa tak sihat, berat kepala dan pergi jumpa doktor. Bila diperiksa, dia alami masalah tekanan darah tinggi. 
Tak pernah jadi macam itu sebelum ini. Itu yang dia beritahu saya.

Kalau tengok tubuh badannya, macam tak ada apa-apa masalah. Saiz badannya sesuai dengan ketingian, sempurna saja. Tak gemuk dan tak kurus. Dia memang aktif, bukan jenis orang yang tak bergerak dan bukan pula jenis kuat makan.

Tapi malangnya kena darah tinggi juga!

Masa bersembang hari tu, dia salahkan kerja yang terlalu demanding. Tertekan, kerja banyak tak habis-habis. Rasa risau setiap kali nak datang kerja. Paling tak tahan, sentiasa ada kejutan yang tak diduga setiap hari bila masuk kerja.

Punca masalah darah tinggi

Saya difahamkan selama ini, masalah darah tinggi ni akan berlaku pada mereka yang kuat makan garam. Jadi kalau nak elakkan terkena, eloklah jauhkan diri dari banyak makan garam. Makan tawar sahaja semua lauk puak dan masakan yang disediakan.

Untk anda yang dah biasa makan sedap, makanan yang tak ada atau kurang gram memang lansung tidak menyelerakan. Perlu ada garam secukup rasa. Baru lazat. Jadi idea kurangkan atau elak garam memang tak seronok.

Setakat ni, alhamdulillah, saya masih tak ada masalah tekanan darah tinggi. Bila pergi buat pemeriksaan kesihatan, semuanya dalam bacaan yang baik dan normal. Tapi, sebelum terkena, eloklah berhati-hati agar dapat hindari penyakit tu. Perlu sentiasa ada usaha cari maklumat.

Untuk tu saya beli buku Effortless Healing. Tajuknya menarik dan memang saya lebih cenderung untuk mencari formula jaga kesihatan secara semula jadi. Maksudnya dengan memahami fungsi tubuh badan dan menggunakan tubuh badan sendiri saja bagi kawalan dan pemulihan kesihatan.

Alhamdulillah, dalam buku terjumpa formula yang terkini yang lebih tepat tentang cara atasi masalah darah tinggi ni. Baru saya faham bahawa bukannya sebab banyak makan garam jadi masalah penyakit. Tapi jumlah pengambilan garam yang tidak seiring dengan jumlah satu lagi zat makanan penting iaitu Potassium.

Kadar Potassium/Garam orang dulu

Dalam satu laporan di New England of Medicine yang bertajuk Paleolithic Nutrition, orang dulu-dulu didapati makan sebanyak 11,000 mg potassium sehari. Jumlah garam pula adalah sebanyak 700 mg sehari.

Itu formulanya atau kombinasi yang nampaknya sesuai untuk tubuh badan manusia. Anda perlu lihat pada kadar Potassium/Garam yang orang dulu kala makan. Dari laporan kat atas tu, rationya adalah 16:1. Anda perlu makan potassium jauh lebih banyak dari garam.

Memang lah susah nak ikut macam orang dulu kala yang banyak makan ulam dan makanan dari tumbuhan yang banyak ada sekeliling, sampai 16:1 punya ratio. Tapi kajian dapati, kalau boleh makan dalam ratio 5:1 sajapun, anda sudah lebih sihat dan dijauhkan dari berbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan serangan jantung.

Untuk memudahkan, maka makan saja banyak sayur-sayuran yang memang ada banyak sumber potassium yang anda perlukan. Contoh sayur yang ada banyak potassium adalah seperti avocado, bayam, broccoli, daun saderi, selada atau lettuce. Anda boleh google saja untuk cari sayur yang ada banyak kandungan potassium.

Masalah utama orang sekarang adalah makan berlebihan jumlah garam dan sangat berkurangan jumlah potassium. Saya baca dalam kajian di Amerika, orang ramai biasanya akan makan sebanyak 2,500 mg potassium saja dan mereka belasah garam sampai setinggi 7,500 mg.

Terbalik pula kadarnya. Garam lebih tinggi dari potassium. Kalau sama banyak pun dah kira ok. Ini dah berlebihan jumlah garamnya.

Harap kita dapat ubah amalan makan untuk pastikan kadar potassium dengan garam adalah betul hanya dengan meningkatkan jumlah pengambilan sayur-sayuran dalam menu makan seharian kita. 

Boleh baca juga maklumat dari sini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Formula elakkan penyakit darah tinggi dengan makan jumlah kombinasi Garam dan Potassium yang betul

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !