Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 26, 2021

Rumah diserang anai-anai - Macam mana nak pilih syarikat pest control yang betul untuk hapuskannya

  Mohd Shubhi       Friday, March 26, 2021


Bila buat sedikit pencarian berkenaan serangan anai-anai di Malaysia, saya terjumpa satu laporan menarik. Laporan itu bertajuk seperti di bawah.

Combating pest termites in Malaysia through innovative measures

Dalam laporan itu diberikan satu fakta yang penting untuk anda yang tinggal di rumah teres di Selangor terutamanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh FRIM dan Universiti Malaya pada tahun 2012 hingga 2013, biasanya rumah yang sering kena serangan anai-anai adalah rumah teres yang berada dalam lingkungan 1 kilometer dari taman atau kawasan berkayu.

Kalau anda duduk dirumah teres. Terletak dalam kawasan sekitar 1 kilometer dari taman atau kawasan yang berkayu, anda tentu perlu risau sekarang. Sebab kekerapan anai-anai serang rosakkan barang dan struktur kayu pada rumah anda adalah tinggi.

Rumah diserang anai-anai

Bayangkan almari pakaian yang dipasang secara custom melekat kat dinding rumah satu hari tercabut keluar pintu bahagian atasnya. 

Bahagian atas tu anda jarang buka. Sekali sekala bila ada benda teringat nak ambil dari situ barulah cari tangga. Sebaik saja tarik daun pintu, berderai jatuh ke bawah kesemuanya. Anda lihat semua bahagian di mana pelipat pintu itu disambung berpasir.

Dari pasir yang kelihatan berlubang itu kelihatan serangga putih dengan kepala besar bertaring coklat kehitaman menhlurkan kepalanya. Banyak lagi serangga serupa bersimpang siur kelihatan dalam pecahan kayu tersebut. Anda terkejut ...

"Rumah aku kena serang anai-anai!"

Ramai yang alami pengalaman seperti yang saya gambarkan kat atas tu. Begitulah yang sering berlaku pada masalah rumah yang diserang anai-anai. Bila dah jumpa anai-anai, semuanya sudah terlewat. Pintu dan berderai dan anda tengok banyak kawasan yang lain turut sama dah terlopon kosong di dalamnya habis di mana anai-anai.

Jangan panik kena serang anai-anai

Biasanya anda tentu akan rasa risau bila tengok ngerinya ribuan serangga anai-anai berwarna putih ke sana sini di kawasan serangan tersebut. Dengan jumlah yang banyak macam itu, entah di mana lagi dia sedang hancurkan kayu anda tak tahu.

Lebih parah lagi jika ada yang tak tahu anai-anai hanya makan kayu atau bahan selulos. Dia ingat batupun anai-anai akan rosakkan. Jadi dia mula rasa takut rumah akan runtuh!.

Syarikat Easelife Services Sdn Bhd berpengalaman dalam kawalan anai-anai, lipas, semua, tikus, nyamuk dan lain-lain serangga perosak sejak 1998. Call 010-2462542 atau Whatsapp terus dengan klik di sini untuk maklumat lanjut.

Walaupun kerosakkan yang anai-anai dah buat mendukacitakan anda, benda dah berlaku. Tak boleh nak buat apa-apa pada yang dah dirosakkan. Jadi tak payah rasa panik.

Anda hanya perlu cari pakar yang memang berpengalaman menghapuskan serangan anai-anai dari rumah anda. Pakar yang saya maksudkan adalah syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Macam mana nak pilih syarikat pest control


Bila saya tanya kawan-kawan yang biasa rumah mereka diserang anai-anai, macam mana mereka cari syarikat pest control untuk hapuskan anai-anai. Semua akan jawab tanya kawan.

Mereka tanya samada kenal mana-mana syarikat pest control yang boleh dipercayai untuk bantu selesaikan masalah mereka. Atau syarikat yang kawan-kawan dah pernah gunakan dan perkhidmatannya memuaskan.

Itulah cabarannya bila nak cari syarikat pest control untuk hapuskan anai-anai. Anda jarang-jarang pakai khidmat sebegitu. Malah dalam sepanjang umur hidup, baru pertama kali kelam kabut cari syarikat pest control.

Perkara yang jarang dilakukan membuatkan anda kurang pengetahuan untuk membuat keputusan dan pemilihan yang objektif dan tepat. Bila jadi macam itu, anda hanya akan fokus pada harga yang ditawarkan sahaja.

Di situlah yang membuatkan ramai terkena bila duit dah bayar, syarikat pest control kata dia dah selesaikan semua masalah dan tiba-tiba anda nampak macam ada lagi anai-anai. 

Bila berhubung dengan syarikat itu, panggilan tak terjawab. Kalau dijawabpun, dia tak layan aduan anda. Hanya janji manis saja yang diluahkan tapi bayangpun tak nampak untuk melihat apa yang dah berlaku.

Jadi untuk memudahkan urusan dan mengelakkan masalah di hari kemudian, saya berikan sedikit panduan bagaimana nak pilih syarikat pest control yang sesuai untuk selesaikan masalah anai-anai di rumah anda.
  1. Cari lebih dari 1 syarikat - Paling afdal adalah tanya kawan yang kenal mana-mana syarikat. Atau yang pernah pakai khidmatnya. Kalau tak ada, boleh google saja. Minta mereka buat sebut harga untuk selesaikan masalah anai-anai anda. Biasanya mereka akan datang buat pemeriksaan dan kemudian berikan quotation.
  2. Pastikan syarikat berdaftar dan berlesen - Ada undang-undang untuk menjalankan bisnes pest control di malaysia ni. Kerajaan perlu kawal racun yang digunakan supaya tidak memudaratkan pengguna dan alam sekitar. Jadi pastikan syarikat yang anda cari berlesen. Minta nombor pendaftaran PCO dari syarikat tersebut. Kalau dia termanggu-manggu tak tahu apa dia nombor PCO, perlu selidik dahulu. Paling mudah anya samada dia berdaftar dengan Persatuan Pest Control Malaysia atau tidak. Yang berdaftar semuanya ada lesen. Lebih mudah.
  3. Fokus pada tawaran yang diberikan - Jangan hanya fokus pada harga macam yang saya sebut kat atas tadi. Harga akan membuatkan anda keliru. Tanya teknik apa yang digunakan untuk rawatan dan berapa lama jaminan diberikan. Apa jenis racun yang diguna pakai dan kenapa pakai racun itu. Anda boleh dengar penerangan mereka dan boleh counter check.
  4. Pilih yang terbaik - Dari semua perbandingan yang anda buat seperti tempoh jaminan (tempoh jaminan biasanya setahun saja), cara rawatan samada tebuk lubang tembak bahan kimia atau sistem umpan (sistem umpan lebih bagus), berapa lama syarikat dah berniaga (lebih lama lebih bagus), pilihlah satu syarikat yang terbaik.
  5. Dapatkan butiran lanjut syarikat - Biasanya anda akan dilayan oleh wakil syarikat samada jurujual atau technician. Jika anda dah setuju untuk gunakan khidmat syarikat tersebut, jangan lupa dapatkan alamat dan no perhubungan syarikat supaya perhubungan tak terputus seandainya pekerjanya dah berhenti atau berpindah kerja ke syarikat lain.
Itu adalah antara cara selamat yang anda boleh lakukan seandainya mahu gunakan khidmat syarikat pest control. 

Bagi anda yang belum ada apa-apa masalah anai-anai, tapi risau, boleh ambil langkah lebih bijak. Gunakan syarikat pest control untuk membuat kawalan serangga perosak umum seperti lipas, tikus, semut atau nyamuk di rumah anda.

Mereka akan berikan khidmat kawalan secara berkala untuk setahun. Jika rumah anda besar kawasannya, elok buat kawalan selenggara setiap bulan sekali. Termasuklah membuat pemeriksaan dan pemantauan untuk usaha pencegahan.

Khidmat selenggara pest control ini tidak mahal. tapi amat berbaloi untuk melahirkan suasana selamat pada rumah anda. Jika ada masalah anai-anai, mereka akan kesal lebih awal. Dan paling penting ada sudah ada syarikat pest control yang boleh dipercayai untuk bantu selesaikan semua masalah serangan serangga dan makhlk perosak di premis anda.

Jika anda perlukan khidmat pest control, boleh hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berpengalaman sejak tahun 1998. Hubungi En Joe 010-2462542 untuk maklumat lanjut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rumah diserang anai-anai - Macam mana nak pilih syarikat pest control yang betul untuk hapuskannya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !