Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 27, 2021

Apa yang anda perlu buat jika kereta Perodua anda terlibat dalam kemalangan jalanraya

  Mohd Shubhi       Saturday, March 27, 2021

Daihatsu Boon - Asal usul keturunan MyVi

Baru-baru ini saya pergi melawat sebuah workshop Body Repair & Paint Perodua di Banting. Workshop tu terletak di Kawasan Perindustrian Banting, betul-betul ditepi Jalan Suasa.

Lanjutan dari lawatan itu, tergerak nak kongsikan apa yang anda perlu buat seandainya anda pakai kereta perodua. Kemudian terlibat dalam kemalangan di atas jalan raya.

Biasanya pemilik kenderaan ni tak berapa ambil kisah sangat tentang apa yang peru dilakukan jika berlaku kemalangan ni. Sebab dah lama bawa kereta tapi tak pernah sekalipun terlibat dalam kemalangan. Tapi bila dah kena barulah gelabah.

Berapa jumlah kereta perodua atas jalanraya

Saya cuba cari maklumat setakat ini, dah berapa banyak kereta Perodua telah dijual di negara kita. Sama juga maksudnya dengan berapa banyak kereta perodua yang ada kat atas jalanraya di negara kiat sekarang.

Goggle untuk dapatkan angka tersebut tapi tak jumpa pulak. Mungkin ada terselit kat mana-mana tapi saya tak jumpa. Kalau tanya pihak pengurusan jualan Perodua di Hq mereka kat Petaling Jaya tentu ada maklumat tu.

Nanti jika ada kesempatan saya akan tanya dan update kat dalam artikel ni jika dapat angkanya.

Kereta Perodua MyVi paling laris

Dalam banyak-banyak model kereta Perodua, saya rasa MyVi merupakan kereta yang paling banyak sekali anda akan jumpa atas jalanraya. Sebab itu tak hairan sangat bila ada banyak video viral pasal kereta MyVi ni selalu dikongsikan orang ramai dalam media sosial.

Macam-macam hal mereka kongsikan tentang MyVi ni. nampak seolah-olah jadi kereta jahat la pulak. Sedangkan semua itu berlaku kerana jumlah nya yang sangat banyak atas jalan raya. Bukan sebab pemandu atau kereta itu sendiri yang jahat.

MyVi atau singkatan dari 'My Vision' mula dikeluarkan pada tahun 2005. Ia merupakan gabungan kerjasama Perodua dengan Daihatsu dan Toyota. Ia merupakan kereta yang diambil dari model Dahaitsu Boon.

MyVi jenerasi pertama dan kedua adalah dari model asal Daihatsu Boon ini. Hanya MyVi generasi ke-3 sahaja, yang baru punya ni, telah diubah konsepnya hasil dari reka bentuk penuh tempatan. 

Dari awal dibuat pada 2005 sehingga ke Feb 2019, MyVi dah terjual lebih dari 1.1 juta unit!

Jadi tak hairanlah MyVi ada di mana-mana saja anda berada di Malaysia ni.

Kalau dilihat maklumat dari tahun 2012 setiap tahun Perodua dapat jual lebih kurang sebanyak 200 ribu unit kenderaannya. Maksudnya dari tahun 2012 sampai tahun 2020, lebih dari 1.8 juta Perodua masuk atas jalanraya negara kita.

Sebab itulah saya tergerak nak kongsikan maklumat penting ni untuk anda pemilik Perodua. Bila kereta jenis Perodua sangat banyak atas jalanraya, maka kemungkinan untuk kerap berlaku kemalangan jalanraya dari kereta Perodua juga tentulah banyak juga.

Namun begitu, kita mohon berlindung dari berlakunya perkara yang tak diingini atas jalanraya. Tak ada sesiapa nak minta berlaku kemalangan. Tapi kalau berlaku juga, kenalah tahu apa nak buat.

Proses baiki Perodua kemalangan

Saya kongsikan langkah mudah berikut yang anda perlu ikuti seperti di bawah:

  1. Hubungi Perodua Smart Assist - Perkhidmatan tarik kereta perodua percuma ini disediakan 24 jam untuk kemudahan anda jika berlaku kemalangan. Dial nombor 1-800-88-5555. Biasanya semua pemilik kereta Perodua baru yang dibeli dari Perodua showroom sekali dengan insurancenya automatik jadi ahli kepada Perodua Smart assist ni. Jika anda sambung berterusan ambil insuran yang sama, akan dapat kelebihan sama juga. Rujuk sini untuk maklumat lanjut
  2. Buat laporan polis - Biasanya kenderaan anda akan dibawa terus ke balai polis berdekatan kawasan kemalangan. Anda perlu laporkan kemalangan itu dahulu di sana.
  3. Tarik ke workshop Perodua berdekatan - Lepas itu kenderaan anda akan ditarik ke Workshop BNP berdekatan untuk urusan baik pulih. Apa yang anda perlu sdiakan adalah seperti berikut.
    1. Laporan polis asal
    2. Salinan kad pengenalan pemandu / pemilik
    3. Salinan lesen memandu pemandu / pemilik
    4. Salinan polisi insuran
    5. Salinan sijil pendaftaran kenderaan terkini depan belakang
    6. Gambar kemalangan (jika perlu).
    7. Tambahan jika kemalangan adalah salah kenderaan lain - anda perlu bawa bersama laporan polis kereta tersebut, keputusan polis yang buktikan salah kenderaan lain itu, polisi insuran kenderaan tersebut.
  4. Tuntutan kepada pihak insuran - Semua tuntutan kerosakan kereta anda kepada pihak insuran akan dilakukan oleh workshop
  5. Kos baik pulih - Adjuster akan lakukan penilaian untuk tentukan julah keseluruhan kos baik pulih
  6. Mula baiki - Tuntutan diluluskan dan barulah kerja baik pulih akan dijalankan
  7. Ambil balik kereta - Kereta siap dan anda bleh pergi ambil balik kereta tersebut.
Workshop Perodua BNP ada di seluruh negara untuk membantu anda baik pulih kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Kenapa anda seeloknya pakai Perodua BNP?

Sebab memang kerja mereka repair kereta Perodua dari dulu sampai sekarang. Dah tentu lebih cekap, lebih pantas, dah pasti alat ganti tulin dengan kualiti cat yang ori. Anda juga diberikan 6 bulan jaminan untuk parts dan workmanship. 

Kalau claim bawah RM5 ribu, semuanya akan dapat diproses dengan sangat pantas.

Sekian moga bermanfaat.

Ini bukan iklan atau artikel berbayar pun. Hanya khidmat masyarakat saja untuk mereka yang saya tahu memang ramai kat atas jalan sana pakai kereta Perodua.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang anda perlu buat jika kereta Perodua anda terlibat dalam kemalangan jalanraya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !