Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 2, 2021

Maklumat tentang bernafas yang pasti akan membuatkan anda terkejut bila membacanya

  Mohd Shubhi       Friday, April 2, 2021


Ada sekali dalam grup wasap seorang kawan kongsikan video lawak. Dalam video tu kelihatan seorang lelaki tua yang nampak masih sihat dan tegap tubuh badanya sedang duduk atas pangkin. Badannya tak kurus dan tak gemuk. Kalau tengok secara kasar, saya yakin dia punya bacaan Body Mass Index (BMI) yang ideal.

BMI adalah satu ukuran kasar lemak tubuh badan yang dikira berdasarkan perbandingan antara ketinggian anda dengan berat badan. Mungkin ada yang dah lama atau tak pernah buat ukuran ni. Saya berikan pautannya kat sini kalau nak cuba ukur.

Dalam video yang saya ceritakan kat atas, seorang lelaki bertanyakan soalan kepada lelaki tua tersebut. Dari bahasa yang dituturkan nampak jelas mereka orang Indonesia.

"Apa rahsianya panjang umur pak?". Kedengaran suara itu bertanya.

Menarik punya soalan. Kata saya dalam hati. Itu membuatkan saya teruskan layan video tersebut. Biasanya, kongsilah apapun dalam grup wasap. Saya buka sekejap dan padam saja. Banyak yang menyemakkan dari yang menarik minat saya.

Siapa yang tak mahu tahu rahsia panjang umur?

"Amalannya mudah saja", jawab lelaki tua itu.

"Jangan berhenti bernafas!", sambungnya lagi.

Terkena juga aku kali ni. Itulah yang saya fikirkan dalam hati dan tutup wasap. Fikiran masih ada dalam gambar video itu. Memang betullah jawapannya. Berhenti bernafas, tamatlah riwayat. Pendeklah umur. Semua orang tahu perkara asas itu.

Singgah kedai buku popular

Tak berapa hari selepas itu, saya singgah masuk dalam kedai buku di sebuah kompleks membeli belah. Lama tak beli buku sejak PKP. Kat rumah dan pejabat, ada lagi buku-buku yang masih tak habis di baca. Dan banyak bacaan baru hanya saya muat turun dari ebook saja sekarang.

Tapi tergerak nak tengok apa buku baru yang dipamerkan kat kedai buku tu.

Masuk saja, kelihatan buku baru tersusun banyak. Ada promosi pulak. Beli buku yang kedua, anda diberikan diskaun 50%. Kaki jelan terus ke meja tersusunnya buku tersebut sambil membelek tajuk-tajuk yang ada.

Mata melekat pada satu buku sejarah falsafah dari dulu sampai sekarang. Bermula dengan ahli falsafah Greek kuno pada zaman dulu aliran pre-socratic seperti Thales, Anaximander, Anaximenes, Pythagoras, hinggalah ke Socrates, Plato, Aristotle dan yang terkini juga dari budaya lain seperti India dan China.

Tebal buku itu. Tulisan kecil pulak. Wajib beli untuk dikhatam sikit-sikit buat beratkan dan ligatkan otak ni. Saya terus ambil dan mula cari satu lagi buku untuk ambil faedah diskaun.

Ternampak pulak satu buku bertajuk 'Breath: The New Science of a Lost Art'. Pasal bernafas pun orang tulis satu buku. Tebal pulak tu. Apa yang dia nak ceritakan pasal bernafas ni agaknya. Saya capai dan tengok kat belakang.

Menarik sungguh sinopsisnya. Tak fikir panjang lagi saya ambil dan bawa kedua-dua buku itu ke kaunter bayaran. Tak sabat nak baca terutamanya buku bernafas tu.

Perkara menarik pasal bernafas

Kenyataan yang sangat tersentak yang buat buku tu saya beli adalah,

Majoriti orang sekarang tak betul cara bernafas.

Kesan dari itu, timbul seribu satu masalah kesihatan sehinggalah ke peringkat bentuk tengkorak bahagian muka berubah.

Penulis juga paparkan semua kajian yang menyentuh cara bernafas dilakukan sejak dulu sampai sekarang. Penulis juga buat kajiannya sendiri. pada dirinya sendiri.

Dia alami masalah pernafasan macam ramai orang lain atas muka bumi ini sekarang. Banyak bernafas ikut mulut sebab hidung tak henti tersumbat. Dia juga ada masalah kuat berdengkur ketika tidur. Masalah itu makin lama makin kronik.

Macam-macam rawatan dibuatnya tapi semuanya tumpu kepada kesan dari masalah utamanya sahaja. Lega sekejap kemudian datang balik. Hinggalah dia hadiri satu kelas bernafas yang dianjurkan oleh orang India. Dia sertai bengkel itu dan mula rasa sesuatu yang luar biasa tentang bernafas.

Kelas itu bukan buat apapun. Semua orang datang, pejam mata kemudian tarik nafas lepas. Ikut rentak irama yang didengarkan dalam kelas itu.

Hanya dengan buat begitu saja, yang pada mulanya dia macam nak belah keluar saja dari kelas itu sebab rasa buang masa. Tapi dia tahan juga dan ikut. Badannya berpeluh macam habis jogging diakhir kelas itu. Hanya dengan bernafas!

Dari situ dia mula korek pasal cara bernafas yang betul, lalu diamalkan. Dan ringkasnya, masalah berdengkurnya selesai.

Bukan setakat itu. Degupan jantungnya kembali normal. Tekanan darahnya juga balik ke normal. Kesihatan tubuh badannya bertamah baik yang tak pernah dia nikmati sebelum ini.

Semuanya dilakukan hanya dengan betulkan, melalui latihan cara bernafas yang lebih sempurna.

Mula amalkan sikit sikit setiap hari

Saya juga jadi teruja untuk cuba buat setakat yang boleh faham dari buku tu. Bukan susahpun. Hanya perlu amalkan pernafasan yang betul setiap hari dalam 10 atau 20 minit saja. Itu semua untuk pulihkan balik semua anggota pernafasan dalaman dan luaran.

Gerakkan semula otot diaphragm dan yang berkaitan dengannya supaya segar dan maksimum kembali. Maksimumkan proses tukar oksigen dan karbon dioksida dalam darah. Semua itu akan berlaku dan lekat semula bila dipaksa secara konsisten sehingga jadi biasa.

Banyak perubahan dapat saya rasakan dari amalan peka terhadap cara bernafas itu. Segar dan hidung tersumbat makin berkurangan. Saya kongsikan sikit perkara mudah yang anda boleh buat setiap pagi atau setiap malam sebelum tidur.

Langkah awal yang anda wajib amalkan adalah sentiasa sedar dan berikan perhatian terhadap pernafasan. Maksud sedar kat sini adalah untuk pastikan anda hanya tarik dan hembur keluar pernafasan melalui hidung sahaja.

Elakkan sama sekali pakai mulut

Semua itu mengingatkan saya pada petua orang tua dalam video di atas tadi. Betul apa yang disuruh buat tu. Jangan berhenti bernafas. Lebih tepat lagi, perhatikan pernafasan dan jangan berhenti dari bernafas dengan menggunakan hidung.

Sebab itulah tujuan utama hidung. Untung bernafas. Sedangkan mulut adalah untuk makan.

Jangan mengeluh yang macam selalu kita amalkan. Lepaskan udara pernafasan melalui mulut. Elakkan sama sekali. Kalau tak ada keperluan, lepaskan semua pernafasan dari hidung. Jadi, anda akan terpaksa tak boleh mengeluh nampak stress.

Ada saintis gila yang kepit hidung monyet. Dia biarkan begitu dalam tempoh yang lama bererapa bulan. Monyet terpaksa bernafas ikut mulut sebab nak hidup. tahu apa yang berlaku?

Dalam beberapa bulan saja muka monyet berubah deform. Itu kesan dari bernafas pakai mulut. Rahang dan dagu berubah strukturnya. Kesihatan monyet itu juga kacau bilau jadinya.

Kemudian dia buang sekatan hidung dan biarkan monyet bernafas balik cara biasa, ikut hidung. Tak lama kemudian perubahan pada muka monyet kembali beransur baik kepada asalnya. 

Dalam buku itu juga ada disebut bagaimana orang yang alami masalah lelah kronik dapat dipulihkan semula hanya dengan menggunakan cara bernafas yang sempurna. Itu sangat luar biasa!.

Jadi itu petua pertama dan asas dalam nak betulkan semula cara bernafas. Sentiasa pakai hidung dalam keadaan biasa.

Latihan bernafas mudah

Untuk berlatih ketahap yang lebih baik. Anda boleh mulakan dengan duduk berdiri tegak. Cekak pinggang. Atau kalau nak amalkan masa nak tidur, baring mendatar atas katil supaya keadaan tubuh badan lurus.

Senangkan diri dan mulakan dengan lepaskan nafas dari hidung semaksimum mungkin samai tak ada apa lagi nak dihemburkan keluar dari hidung tu. Anda boleh maksimumkan buang nafas ni jika gunakan perut dan bukan pakai dada.

Perut akan kempis masuk ke dalam bila anda cuba buang nafas semaksimum mungkin begitu.

Bila dah selesai, anda akan mula tarik nafas semula. Juga dari hidung. Sedut tenang sehingga perut anda mengembang kemudian akan menolak tulang selangka bahagian bawah naik keluar ke atas. Bila dah habis tarik henti sebentar dalam kiraan 10.

Kemudian buang perlahan-lahan sepanjang mungkin macam awal tadi. Begitulah yang anda boleh amalkan dalam 10 minit atau lebih setiap hari.

Kalau anda jenis kuat berdengkur, minta pasangan perhatikan perubahan anda selepas ini. Adakah dengkur anda mula berkurangan atau tidak setelah diamalkan sebulan dua.

Cubalah! dan sila kongsikan pengalaman anda kat komen di bawah ni nanti!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Maklumat tentang bernafas yang pasti akan membuatkan anda terkejut bila membacanya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !