Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 16, 2021

Bagaimana nak keluar dari grup whatsApp dengan cara yang paling mudah

  Mohd Shubhi       Sunday, May 16, 2021


Soalan macam mana nak keluar dari grup WhatsApp dengan mudah tanpa orang perasan dah lama saya cari. Sejak satu demi satu grup wasap muncul dalam telefon, rasa makin lemas dan agak mengganggu ketenangan jiwa.

Hampir semua yang ada telefon pintar akan ada app wasap. Biasanya ada dua jenis grup wasap saja.

Grup whatsapp urusan kerja

Pertamanya grup wasap yang dibuat atas keperluan kerja. Grup wasap jenis ni amat berguna dan permudahkan urusan komunikasi sesama ahli kumpulan kerja. Perbincangan jadi mudah dan paling penting telus dan terbuka.

Oleh kerana saya ada lebih dari satu syarikat sendiri dan ada pekerja dalam setiap syarikat tu. Maka secara tak lansung perlu ada grup wasap untuk setiap syarikat.

Dalam setiap syarikat pula perlu diwujudkan grup wasap tersendiri berdasarkan jabatan. Untuk hadkan jumlah grup wasap, saya hanya libatkan diri dalam 2 kumpulan saja. Pertamanya grup wasap khas untuk operasi. Dan keduanya grup wasap yang melibatkan sales & marketing.

Saya yakin para pekerja ada grup wasap mereka sendiri tanpa saya ada di dalamnya. Ada perbincangan yang dah tentu mereka tak mahu saya tahu banyak. Tak pa lah. Asalkan ia dibuat untuk keselesaan mereka melaksanakan tanggung jawab masing-masing.

Selain dari grup wasap dalaman, ada pula grup wasap antara syarikat dengan pelanggan. Dalamnya ada wakil dari pelanggan dan wakil dari syarikat saya sendiri. Ini juga perlu untuk memudahkan urusan kerja dan lancarkan komunikasi.

Bayangkan jika setiap syarikat yang saya ada, perlu buat grup wasap untuk setiap pelanggan. Jika ada 20 pelanggan korporat, bermakna kena ada 20 grup wasap atau lebih!

Kemudian akan diadakan grup wasap berdasarkan projek samada dalaman mahupun dengan pelanggan. Ada pelanggan yang syarikat buat lebih dari satu projek. Maka setiap projek kena ada pulak satu grup wasap.

Boleh nampak kat situ saja, untuk urusan kerja, dah ada puluhan grup wasap yang saya terpaksa libatkan diri samada suka atau tidak.

Walau bagaimanapun, grup wasap yang melibatkan urusan kerja sangat terurus dan punya objektif yang jelas. Para ahlinya pula berdisiplin untuk tetap fokus hanya pada urusan kerja sahaja. Jika ada perkongsian maklumat, ianya adalah penting dan perlu diambil tahu.

Tak akan ada yang forward breaking news dengan caption .. dari pintu sebelah! Tak akan ada juga yang buat kuliah agama sehari 5 kali kat grup wasap tu .. !

Grup wasap kemasyarakatan

Jenis kedua ni, wasap sosial, yang paling caca merba. Paling banyak memberi gangguan jiwa.

Ada grup wasap taman tempat tinggal. Grup wasap geng surau. Grup wasap zaman sekolah. Grup wasap zaman universiti. Grup wasap kawan kampung. Grup wasap kawan-kawan dari berbagai zaman dan aliran dan macam-macam lagi kategori grup wasap sosial.

Tambah lagi pula grup wasap keluarga. Kemudian dari saudara mara belah ayah kemudian sebelah emak. Keluarga dari kalangan sepupu ...

Dicampur kesemua grup wasap tu, dah boleh cecah ratus grup wasap yang terpaksa di layan. Ada masanya sangat berguna dan paling banyaknya tak guna. Tak guna bila ramai yang tidak ada disiplin kekalkan tujuan asal penubuhan grup wasap tersebut. Ramai yang bermasalah sepi keseorangan walaupun dikelilingi ramai orang secara fizikalnya.

Ada lagi tambahan. Iaitu grup wasap pertubuhan dan kelab yang saya aktif. Dalam kelab itu pulak akan ada lebih dari satu grup untuk setiap pertubuhan. Terpaksa masuk dan ambil tahu sebab dah terlajak nak bersosial, kenalah hadap kesemua itu.

Keluar grup wasap yang semak

Bila digabungkan kesemua grup wasap yang saya masuk dari dulu sampai sekarang, ruang simpanan telefon akan cepat habis. Ruang simpanan kena makan sebab tak tahu urus penyimpanan data dalam phone untuk setiap maklumat dari grup wasap tu.

Ini dilemanya dalam bila terjebak masuk grup wasap sosial ..

Setiap kali masuk grup wasap, agak sukar nak keluar sekalipun dirasakan grup tu sudah tidak memberikan apa-apa faedah yang bernilai untuk kemajuan dan kemudahan hidup.

Susah keluar sebab ada perasaan tak sedap hati. Takut apa orang kata nanti.

Tapi hakikatnya, jiwa meronta-ronta nak keluar. Sebab ada kalanya, agak kerap, perkongsian mengundang rasa gigil jari nak menaip, nak bangkang sebab tak puas hati dengan maklumat. Rasa tak boleh di dibiarkan begitu saja.

Biasanya, perkongsian jenis forward dari grup sebelah, yang tanpa terlebih dulu diperiksa kesahihan maklumat. Juga cut & paste dari media sosial geli lain seperti FB, IG, Twitter dll. Paling banyak adalah maklumat palsu yang sia-sia. Tapi sebab maklumat itu menyebelahi aliran politik atau pegangan ideologi nya, maka dia terima dan forward.

Majoriti maklumat forward begitu adalah dalam kategori sampah saja. Tidak betul atau separa masak. Diputar belitkan untuk dihadam dan diterima oleh mereka yang tidak berfikiran kritis dalam menilai maklumat.

Itulah dilemanya ... macam mana nak left grup tu . Rasa tak berapa tergamak ..

Macam mana nak left grup wasap

Jadi saya cuba cari jalan macam mana nak keluar dari grup wasap tanpa kawan-kawan dalam grup tu sedar kita dah left grup.

Ada 2 cara yang paling kerap orang kongsikan. 

Pertamanya, yang saya rasa sangat bosan dan menyampah, adalah cadangan untuk buat setting 'mute' pada grup yang kita tak mau ambil peduli. 

Cara ini lansung tak berkesan sebab sebaik saja kita buka whatsapp, grup tu akan kemas kini semua perkongsian data yang dah masuk ke grup tu. Ertinya dia tetap ada dalam radar dan tak boleh nak abaikan macam tu saja.

Grup tu juga akan naik ke carta paling tas jika maklumat darinya paling terkini dikemas masuk dalam data telefon. Mute dengan tak mute sama saja serabutnya.

Satu lagi cara yang kerap orang share, kononnya tak perlu tukar nombor phone tapi boleh keluar tanpa orang syak kita dah tiada. Cara dengan stand by satu lagi nombor lain. Ingat free ke nak main stand by no lain buta-buta!

Masuk ke wasap, tukar no phone baru tu gantikan nombor yang kita dok pakai. Masa pakai no baru tu, clear kesemua data wasap terlebih dahulu.

Kemudian tukar balik wasap kepada no phone anda. Dengan buat macam tu, anda keluar habis kesemua grup wasap yang anda sertai sebelum ni.

Ternyata cara tu semua sangat mengarut dan tak berkesan pun. 

Cara mudah keluar grup wasap

Bukan semua grup wasap kita nak keluar. Takkan nak keluar grip wasap urusan kerja! Hanya grup tertentu saja yang dirasakan tak perlu dok ada lagi dalam tu. 

Jadi kena pastikan kita hanya keluar dari grup wasap mengarut saja. Macam mana nak buat dengan cara yang paling mudah?

Caranya, macam saya dah buat, adalah dengan left grup terus.

Apa yang nak susahkan diri sangat. Hak anda untuk keluar dari mana-mana grup tanpa perlu dipersoalkan. Apa orang nak kata, biarkan saja. Itu dia punya pasallah.

Jika anda rasa grup tu sudah tidak berikan apa-apa manfaat lagi, kenapa nak kekal kat situ. Belah ler!

Kalau takut orang terasa, maklumlah kita bangsa yang ada adap dan sopan. Beritahu terlebih dahulu yang anda terpaksa undurkan diri (tunduk, tangan luruskan ke lantai sambil undur ke belakang) atas tujuan nak declutter segala keserabutan maklumat yang bertindih.

Left grup bukan bermakna putus hubungan.

Lepas tu .. left ..

Kan mudah?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana nak keluar dari grup whatsApp dengan cara yang paling mudah

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Huhuhu terkena wa hari ni,ini kita pun tahu left terus je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe! tapi itulah cara yang terbaik setakat ni ..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !