Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 9, 2021

Pengalaman beli Headphone "Edifier W828NB Active Noise Cancelling Bluetooth Wireless" dari Lazada

  Mohd Shubhi       Sunday, May 9, 2021


Saya beli 'Headphone Edifier W828NB Active Noise Cancelling ANC Bluetooth Wireless' ni tahun lepas. Tahun pertama kita diperkenalkan kepada PKP. Tahun pertama juga yang membuatkan aktiviti beli barang secara online saya berganda.

Saya buat order dan pembayaran pada 4 May 2020. Tak perlu tunggu lama. Selepas itu dalam masa 4 hari saja. Iaitu 8 May 2020, barang pun sampai ke pangkuan saya. Memaag sangat cekap sekalipun dalam keadaan PKP yang dah mula sedikit longgar ketika itu.

Kenapa beli Headphone tu?

Sebab keadaan PKP yang tak izinkan banyak bertemu dengan orang secara bersemuka. Semua perjumpaan, malah seminar sekalipun, diutamakan untuk buat secara online sahaja. Masa pulak lebih banyak di rumah. Work from home jadi trend tahun lepas.

Tahu sajalah. Bila buat kerja kat rumah. Semua anggota keluarga ada kat rumah juga. Tak boleh nak elakkan bunyi riuh rendah sekali sekala. 

Cara terbaik adalah dengan pasang headphone. Beli jenis yang ada keupayaan senyapkan bising. Bila pakai kat kepala tu, tiada lain yang anda akan dengar selain dari apa yang ada kat online tu sahaja.

Sebab itulah saya terpaksa beli headphone.

Kenapa pilih Edifier?

Masa mula saya pergi ke Plaza Mall Shah Alam cari speaker kecil dulu, hanya ada speaker yang biasa-biasa saja. Banyak fokus untuk gadget mereka yang kaki main game.

Bila saya tanya saya nak cari speaker berkualiti khas untuk dengar musik dan lagu. Promoter bdak lelaki Melayu tu, yang sangat membantu, beritahu kat situ kebanyakannya jenis yang murah atau sederhana saja.

"Abang kena cari tempat lain kalau nak yang harga mahal .." itu cadangan promoter baik tu kat saya.

Saya tanya pulak pandangannya jenama apa yang disyorkan. Yang harga berbanding kualiti yang saya dapat adalah sangat bernilai tinggi.

Dia dengan pantas dan yakin suruh saya cari jenama Edifier.

Itu kali pertama saya dengar jenama Edifier tu. Dan ia melekat dalam kepala untuk dijadikan rujukan selepas ini.

Kenapa pilih Edifier W828NB

Macam biasa sebelum nak beli apa-apa saja barang kat online, saya akan mula dengan cari review terlebih dahulu. Biasanya saya akan cari senarai terbaik yang dicadangkan oleh penulis blog gadget.

Caranya mudah saja. Tapi saja perkataan atau ayat 'Headphone terbaik'. Tulis dalam bahasa inggeris lah baru ada banyak sikit artikel yang akan terkeluar. Saya tak pasti ada banyak pilihan dan adakah cadangan yang baik diberikan oleh google jika anda taip dalam bahasa malaysia dalam bab review ni.

Di pendekkan cerita ada lah jumpa jenama dan model kat atas tu sebagai salah satu dari pilihan yang baik. Kemudian saya zoom lagi spesifik kepada model itu saja. Cari review khas untuk dia pulak.

Kemudian masuk kat Lazada. Cari produk tu samada ditawarkan atau tidak dan berapa pula harganya. Kebetulan ada promosi hari raya masa tu. Jadi saya tak perlu fikir panjang untuk buat pembelian. Semua ciri-ciri yang saya nak ada pada model tu.

Ada bluetooth. Dalam masa yang sama boleh juga pakai wire AUX yang anda boleh cucuk samada pada komputer atau laptop yang tak ada bluetooth. Ada cable ganti bluetooth itu antara kriteria utama yang saya nak sebab masih terbelenggu dengan cara lama pakai wire.

Model itu juga ada noise cancelling. Anda boleh pilih sama nak activate atau tidak keupayaan itu. Pilihan itu penting sebab ada masanya anda nak juga dengar apa berlaku kat luar headphone. Bila pasang Noise Cancelling tu, biasanya tak dengar apa lagi dah yang berlaku kat luar.

Dan sudah tentu yang paling utama adalah harga yang ditawarkan masa tu. Sekarang pun saya tengok harganya masih ok. Hanya RM395 saja sebiji. Masa saya beli tu murah sikit dalam RM10 saja pun yang depa dok riuh kata promosi raya tu hanya untuk dapat diskaun RM10 saja.

Pengalaman guna Edifier W828NB

Saya tak mahu nak ulas panjang apa yang dirasakan bila guna headphone edifier w828nb tu. Yang boleh saya rumuskan adalah ianya sangat berbaloi berbanding harga yang dikeluarkan.

Dari segi kualiti bunyinya, bagi saya memang dah sangat mencukupi. Dulu masa saya cuba-cuba dengar macam mana bunyi headphone mahal ketika tunggu kapal terbang datang kat KLIA di pusat membeli belahnya, bunyinya sangat mengkagumkan.

Masa tu mula pasang niat nak beli sebiji satu masa dan ketika nanti. Tak beli kat sana sebab semua harganya dalam RM3 ke RM3 ribu sebuah. Gila ke apa nak beli headphone mahal sampai macam tu. Lagipun bukannya bagus pakai headphone lama-lama. Jadi elok cari yang harga berpadanan saja.

Maksud saya kualiti bunyi yang saya dapat dengan Edifier W828NB tu lebih kurang sama saja dengan jenama yang mahal gila masa saya dengar kat KLIA dulu tu.

Ada sekali kawan seorang cikgu musik datang ke pejabat saya. Dia gunakan headphone saya tu letak pada kepalanya dan saya pasang lagu Jazz nyanyian Gregory Porter kat dia. Terbeliak matanya kali pertama mendengar bunyi tu. 

"Sedapnya .. !", itu perkataan yang keluar dari mulutnya spontan sebaik saja dengar bunyi keluar.

Dia ingatkan saya beli mahal. Tapi bila saya bagi tahu harganya dalam RM390 saja, dia setuju bahawa itu satu pembelian yang sangat berbaloi.

Dalam review, saya tengok orang bandingkan model W828NB ni dengan satu lagi model W860NB. Bagi mereka yang kemudian tu lebih bagus secara keseluruhannya dari segi kualiti bunyinya.

Saya percaya mereka betul. Sebab itu jenis W860 tu lebih mahal lagi daripada model yang saya beli. Saya tengok harganya dalam lingkungan RM450 ke RM550 juga. Mahal sikit saja.

Ada juga sedkit kekurangan headphone ni. Tapi tak berapa ketara sangat. Beratnya terasa la sikit bila pakaitu. Bagi yang tak pernah pakai headphone, akan terasa sedikit cengkaman masa mula pakai. Bila lama pakai terasa kurang selesa tertekan pada otot pipi betul-betul bawah anak telinga anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman beli Headphone "Edifier W828NB Active Noise Cancelling Bluetooth Wireless" dari Lazada

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !