Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 10, 2021

Perkara baru yang saya belajar tentang puasa dan kaitannya dalam proses turunkan berat badan

  Mohd Shubhi       Monday, May 10, 2021


Puasa memang mampu turunkan berat badan. Itupun kalau dibuat betul-betul. Kalau bersederhana ketika berbuka dan ketika bersahur. Juga perlu aktiviti dan bergerak macam biasa. Bukannya jadi kaku dan lembab sebab puasa.

Saya mula perasan bab saiz pinggang berbeza antara sebelum puasa ramadan berbanding selepas ramadan lebih 20 tahun dulu.

Dalam keadaan biasa, saiz seluar adalah dalam 33. Makin menghampiri ke bulan ramadan, makin rasa ketat saiz tu. Kalau beli seluar waktu tu, cenderung untuk ambil saiz yang besar sikit, dalam 34.

Tapi, bila mula berpuasa sehari demi sehari, masuk seminggu dan akhirnya sebulan. Seluar yang bersaiz 33 tu pulak terasa dah longgar. Saiz 32 lebih selesa dan ngam. Kalau beli seluar ketika baru selesai ramadan, cenderung nak cari saiz yang lebih kecil pula.

Bila jadi macam tu, baru perasan kenapa dalam almari pakaian, ada seluar yang berbeza saiznya. Selain dari ukuran pembuat atau potongan seluar yang menjadikan saiz berbeza. Ada juga kemungkinan yang saya beli seluar di waktu berbeza seperti yang saya sebut di atas tu.

Lantaran dari apa yang diperhatikan itu, timbul satu idea .. 

"Apa kata jika puasa berterusan. Tidak hanya tunggu masuk bulan ramadan saja baru nak berpuasa!"

Bermula dari situ, saya mula berpuasa sunat Isnin dan Khamis. 

Sebaik saja tamatkan puasa dibulan ramadan, sambut raya sehari, keesokkan harinya terus puasa sunat 6 hari syawal pulak. Habis selesai puasa 6, sambung dengan puasa isnin dan khamis berterusan sehinggalah ramadan menjelma semula.

Begitulah kisahnya saya mula amalkan puasa isnin dan khamis. Semuanya berpunca dari saiz seluar. 

Ternyata sejak itu, saiz seluar adalah konsisten. Tidak kembang kempis lagi dengan amat ketara macam dulu. Bayangkan selama lebih 20 tahun saya dapat kekalkan saiz pinggang dengan saiz 33 !.

Puasa dan turunkan berat badan

Macam mana puasa dapat turunkan berat badan dan seterusnya dapat kekalkan saiz seluar anda bertahan dalam masa yang lama?

Saya belajar perkara baru tentang itu dalam buku yang sedang saya bertajuk, Effortless Healing. Buku tu ditulis oleh Dr Joseph Mercola, yang fokus kepada cara menjaga kesihatan yang natural.

Portal kesihatan dia sangat terkenal. Boleh pergi ke pautan ni untuk tengok.

Menurut kajian beliau, puasa atau tahan diri berlapar dalam tempoh antara 8 ke 10 jam sangat membantu percepat dan kekalkan proses turunkan berat badan anda. Saya cuba ringkaskan kat sini tanpa menggunakan terma-terma yang saya sendiri tak faham.

Menurutnya ada dua jenis enzim (dalam BI dieja enzyme) yang dikeluarkan untuk proses pembakaran keluarkan tenaga.

  • Enzim untuk gula - Pertamanya enzim yang dirembes untuk aktiviti bakar gula bagi mendapatkan tenaga. 
  • Enzim untuk lemak - Keduanya pula adalah jenis enzim yang dirembeskan bagi membantu proses pembakaran lemak sebagai sumber tenaga.
Macam yang anda sendiri dah tahu. Badan kita dapatkan tenaga samada dari gula atau lemak. Dua cara tu saja.

Lemak memang ada bersepah dalam badan kita. Kebanyakan orang ada simpanan lemak dalam kuantiti yang mencukupi untuk lebih dari seminggu. Malah ramai juga yang punya simpanan lemak mencukupi untuk berbulan-bulan!

Bekalan gula pula, kebanyakan orang akan ada dalam badan dalam tempoh 12 jam sahaja. Lebih dari itu. bekalan gula akan habis. Tapi jika anda kerap makan. Pantang jumpa kedai mamak ada saja makanan yang nak di-order, maka bekalan gula dalam badan anda tidak akan pernah berkurangan.

Bila bekalan gula sentiasa ada, badan akan mula bergantung kepada gula untuk proses mendapatkan tenaga. Dia akan cekap keluarkan enzim yang diperlukan untuk proses gula sebagai tenaga.

Bila dah biasa dapat tenaga dari gula, dia mula lemah usaha dapatkan tenaga dari lemak. Proses keluarkan enzim untuk bakar lemak juga makin lama makin lemah.

Akhirnya, setiap kali bekalan gula kurang, anda akan mula rasa lapar. Bila manusia lapar, memang susah nak tahan. Sebab tu orang yang kuat makan sangat payah nak ubah perangai suka makan dia tu.

Badan sentiasa bagi signal lapar sebab dia nak buat kerja mudah yang selama ni dah jadi cekap. Iaitu dapatkan bekalan tenaga dari pembakaran gula. Bila anda makan karbohidrat atau pekena teh tarik atau makan biskut coklat manis, terasa lega sebab badan dah dapatkan apa yang dia dah mula suka selama ini.

Badan belajar pakai lemak bila puasa


Kat sini baru nampa betapa berkesannya fungsi berpuasa untuk ajar semula badan cara nak dapatkan tenaga dari lemak yang dah banyak ada dalam simpanan tubuh badan tu.

Bila puasa, bekalan gula tak masuk. Bila gula habis, tenaga yang tubh badan perlukan terpaksa diambil dari simpanan lemak. Badan mula keluarkan enzim untuk proses lemak tukar jadi tenaga.

Aktiviti ini bila diulang secara konsisten, membuatkan badan pandai semula dapatkan tenag dari proses pembakaran lemak. Setiap kali gula habis, dia akan beralih kepada lemak pula untuk tenaga. Dan bukannya berikan signal pada badan anda untuk order nasi kandar sepinggan bagi mendapatkan bekalan tenaga.

Maksudnya, badan tak akan dengan mudah berikan signal yang anda lapar dan perlu makan.

Ok! 

Nampak betapa hebatnya tubuh badan jika anda tahu dan kenal tentangnya. Juga betapa hebatnya ibadat puasa yang wajib di amalkan sebulan setiap tahun.

Apatah lagi jika anda mula amalkan pusa sunat isnin khamis pulak. Lagilah badan cekap menggunakan lemak yang ada kat badan untuk dapatkan tenaga.

Memang betullah apa yang saya alami selama berpuasa isnin dan khamis selama lebih dari 20 tahun. Tak pernah ada rasa lapar pun ketika berpuasa. Biasa saja dan masih kekal bertenaga seperti biasa.

Moga artikel ini bermanfaat untuk anda dan naikkan semangat untuk amalkan puasa wajib dan seterusnya sambung kepada puasa sunat pula.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara baru yang saya belajar tentang puasa dan kaitannya dalam proses turunkan berat badan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !