Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 11, 2021

Antara Bodo, Buat Bodo, Buat-Buat Bodo, Buat Bodo-Bodo, mana satu yang lelaki suka

  Mohd Shubhi       Friday, June 11, 2021


Heboh juga isu seorang pakar motivasi sarankan agar kakak-kakak yang jodohnya agak sukar, untuk buat bodoh-bodoh sikit. 

Menurut beliau, lelaki suka perempuan yang bodoh-bodoh. 

Saya tonton video penuh perbualan beliau dengan penemuramah KK Talib. Ia berkisar tentang cabaran kerjaya, cabaran hidup mengejar cita-cita dan bagaimana nak layari semua cabaran itu.

Termasuklah dalam perbincangan itu bab jodoh antara lelaki dengan perempuan. Diterangkan juga pendapatnya bahawa lelaki sukakan perempuan yang lemah lembut, mengharapkan perhatian dari pihak lelaki.

Lebih kurang dalam minit ke 14:00 beliau ada jelaskan konsep bagaimana nak buat supaya orang lelaki nampak perempuan dalam keadaan lemah lembut dan menaruh kepercayaan kepada si lelaki dengan menyebut, 'buat bodoh-bodoh sikit'

Maksudnya jangan nak tunjuk keras, jangan nak ego dan jangan nak pandang rendah keupayaan seseorang lelaki yang pada asasnya, dalam masyarakat, meletakkan mereka di hadapan dalam banyak perkara.

Lebih kurang begitulah maksudnya menurut pemahaman saya. Jadi tak ada apa-apa masalahpun. Hanya pemilihan istilah sahaja yang mengundang salah faham.

Jenis wanita yang disukai lelaki

Bagi saya yang menjadi persoalan adalah betulkah lelaki sukakan wanita yang pandang tinggi pada lelaki dan mahukan seorang lelaki jadi hero selamatkannya dalam dunia rumah tangga.

Betulkah lelaki tak suka pada perempuan yang tak bergantung dan tak harapkan sangat kepada lelaki untuk jadi penentu dan penyelamat dalam kehidupannya?

Kalau tanya saya, jika ada perempuan yang berdikari, sama naik berusaha lepaskan semua masalah hidup dirinya, dalam masa yang sama berusaha juga membantu orang lain termasuklah suaminya agar sama-sama melayari kehidupan dengan lebih baik, itulah wanita yang sangat ideal jadi idaman.

Kalau dia buat bodo-bodo, dalam ertikata tidak tunjukkan dirinya yang sebenar, saya tak akan dapat agak macam mana keadaan dirinya. Lebih tak syok lagi dia buat buat bodo. Dan saya percaya. Kemudian bila dah kahwin adalah sebaliknya. Ia seperti satu penghinaan pulak.

Jika saya tak rasa kenyataan pakar motivasi itu betul, maka sudah tentu ada lelaki lain juga macam saya.

Oleh itu, akan ada lelaki yang suka wanita buat bodo-bodo dan ada lelaki yang tak suka wanita bodo bodo.

Adakah pakar tu ada buat kajian. Atau memang ada satu kajian yang dah dilakukan oleh penyelidik dalam mengenal pasti wanita pilihan lelaki?

Walau bagaimanapun. Jika dia berikan pandangan berdasarkan pengalaman peribadinya, memang tak salahpun.

Sebab semua orang ada sifat dan kecenderungannya yang tersendiri. Cuma bila seseorang itu berada di kedudukan yang dimuliakan dan dihormati, lebih mudahlah untuk orang terima dan jadikan panduan.

Itu juga bermakna, sesiapa saja boleh tolak pandangannya berdasarkan citarasa dan pengalaman peribadi masing-masing. Tak salah juga untuk tidak terima pandangan orang sekalipun dia berstatus tinggi dan dihormati.

Yang tak bagusnya adalah merendah-rendahkan peribadi atau menhina pandangan orang lain. Berilah pendapat ada yang berbeza itu tanpa perlu melekehkan pandangan orang.

Apa yang lebih menarik dalam isu ini adalah perkataan bodo itu yang boleh dipelbagaikan dalam bahasa kita. Itu yang saya terfikir bila lihat isu ini.

Bodoh

Perkataan ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Orang yang suka sebut bodo seingat saya adalah UAI. Sedap saja dia sebut 'bodo' dalam kebanyakan ceramahnya. Dari segi budaya orang Terengganu, perkataan bodo ini saya rasa ada maknanya yang tersendiri. Mungkin tak sama dengan budaya negeri lain di Malaysia.

Saya rujuk makna  bodoh dalam kamus dewan begini keterangannya ..

[bo.doh] | بودوه

Definisi: sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Apa yang saya faham perkataan asal bodoh ni membawa maksud susah nak belajar sesuatu.

Susah pula bergantung samada dia memang tak ada upaya disebabkan daya berfikir dan menghubungkan sesuatu perkara sangat lemah.

Daya berfikir lemah pula ada kaitan dengan usaha dan kemahuan. Bila sering tidak cuba untuk perah pemikiran atau akal yang Tuhan berikan, maka lama kelamaan daya intelek akan jadi lemah.

Macam otot juga. Masa di lahirkan semuanya sempurna. Tapi dalam perjalanan hidup, tidak berusaha untuk menggunakan otot, maka semakin lama semakin emah jadinya. Jika anda berhenti dari menggunakan otot kaki, lama kelamaan jadi kesik.

Otak atau akal macam tu juga. Bila malas tak mahu guna, makin ama makin lemah.

Sebaliknya jika sering digunakan otak, perah setiap hari untuk belajar dan cuba memahami berbagai perkara, lama kelamaan akan jadi kuat dan tinggi daya berfikir tersebut. Itulah yang sering berlaku kepada manusia yang tidak mahu menggunakan akal.

Dalam Al-Quran banyak ditekankan untuk menggunakan daya pemikiran dalam melihat semua perkara. Guna daya pemikiran untuk faham kehidupan. Baca dan fahami Al-Quran dan bandingkan dengan pengalaman hidup diri sendiri juga orang lain serta melihat sejarah yang lalu.

Jika anda semakin membesar, semakin meningkat umur, jadi semakin bodoh. Itu merupakan satu kerugian dalam hidup.

Buat Bodoh

Ini juga ayat yang selalu sangat didengari dalam perbualan seharian.

Bukannya bodoh, lemah tak mampu belajar dan memahami sesuatu. Tapi sengaja buat-buat tak tahu. Atau tak mahu ambil peduli.

Kalau dalam pekerjaan, ramai orang yang suka ambil sikap buat bodoh ni. Dia tahu pentingnya urusan kerja dan perlu dilaksanakan jika mahu syarikat berkembang, tapi dia buat bodoh.

Puncanya adalah tak mahu ambil tanggung jawab. 

Ini merupakan satu lagi penyakit yang menimpa ramai manusia. Paling banyak berlaku adalah dia rasakan dengan buat bodoh, tidak memberikan kesan kepada dirinya secara direct.

Buat bodoh ada kesan jangka panjang kepad masyarakat.

Buat-buat bodoh

Berbeza pula dengan perkataan buat-buat bodoh ni. Ia lebih berkisar dalam perbuatan atau amalan berupa lakonan. Dia pandai sebenarnya tapi buat-buat bodoh.

Biasanya bukan tak mahu ambil tanggung jawab. tapi lebih kearah nak menguji dan melihat apa akan berlaku. Mungkin juga nak kenakan orang lain dengan lakonannya buat-buat bodoh ni.

Orang yang suka buat-buat bodoh ini bahaya.

Buat bodoh-bodoh

Dalam bahasa kita, bila satu perkataan digandakan, maknanya adalah berbeza dari perkataan asal. Sama macam perkataan gila. Jika digandakan jadi gila-gila, dah jadi lain ertinya.

Ada majalah lawak satu ketika dulu yang terkenal bernama Gila-Gila. Ia lebih ke-arah lawak hiburan. Orang yang perangainya gila-gila adalah orang yang berani hadapi risiko.

Bila perkataan bodoh digandakan jadi bodoh-bodoh, saya rasa ertinya lebih kurang sama juga. Dia lebih ke-arah tidak serius dalam menghadapi sesuatu perkara. Buat main-main, dan tak ambil hati sangat apa yang orang lain nak kata.

Inilah agaknya yang diniatkan bila pakar motivasi tu sarankan untuk orang perempuan buat bila berhadapan dengan lelaki. Jangan serius, jangan layan ego tinggi diri yang ada dalam diri tu.

Bergurau senda, berlemah lembut dan tidak ambil hati sangat dengan kesilapan dan status orang lain. Itu sikap yang saya agak suka jika ada pada perempuan. Jenis suka bergurau dan sentiasa menceriakan keadaan.

Buat bodoh-bodoh sebab nak ambil kesempatan pada suami, sedangkan tahu suami dah jem berusaha nak cari makan masih tak lepas, itu yang saya tak suka. Buat bodoh-bodoh tibai duit suami dan joli tanpa perasaan juga memang sikap yang tak bagus untuk diamalkan.

Buat bodoh-bodoh minta juga itu dan ini sedangkan suami dalam kesempitan, juga satu sikap yang boleh rosakkan rumah tangga. Tak patut diamalkan.

Apappun, saya suka wanita yang pandai. Itu menunjukkan dia berusaha sepanjang masa menggunakan akalnya. Sentiasa cuba tingkatkan keupayaan akalnya dalam memahami sesuatu.

Paling penting, kepandaian itu digunakan untuk jadikan kehidupan satu keluarga lebih baik dari masa ke masa.

Apapun, tak payahlah jadi bodo !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Antara Bodo, Buat Bodo, Buat-Buat Bodo, Buat Bodo-Bodo, mana satu yang lelaki suka

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. buat bodoh bodoh tak semestinya bodoh daripada memandai mandai tak semestinya pandai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, bezanya satu tu pasif dan satu lagi aktif ..

      Delete
  2. Bagi aku.. apa yg pakar metovasi tu cakap ada benarnya. Tapi masaalah..org melayu ni. Jgn di perlekehkan sifat semula jadi yg ada dlm diri seseorg. Walau pun ianya benar. Aku bg contoh kawan aku..isteri pertama cikgu tadika je kedua dan ketiga berkerjaya hebat.dua dgn tiga kira dah berusia..fakta itu sukar nak menafikan idea pakar metovasi itu.. sikap org melayu..walau pun cikai.. kita kata..kau ni bijaklah.. tak tidur malam org yg kita puji tu...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !