Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 13, 2021

Mampukah Tun Mahathir selamatkan Malaysia - Majlis Pemulihan Negara?

  Mohd Shubhi       Sunday, June 13, 2021

Sumber gambar di sini.

Ini isu yang sedang hangat diperdebat dan diperbincangkan dalam media sosial sekarang. Cadangan Tun Mahathir ketika mengadap Agong baru-baru ini untuk program pemulihan negara.

Tun Mahathir cadangkan agar satu majlis ditubuhkan yang akan bertindak menguruskan 4 masalah berikut.

  1. Kesihatan - Berusaha sehingga sasaran vaksin 80% rakyat selesai
  2. Ekonomi - Pulihkan kedudukan ekonomi dan kewangan rakyat dan negara
  3. Politik - Stabilkan suasana politik yang kucar kacir
  4. Pendidikan - Menguruskan masalah persekolahan
Cadangannya adalah untuk kumpulkan semua pakar yang ada dalam keempat-empat perkara tersebut untuk buat kerja pemulihan. Ahlinya tak boleh lebih dari 20 orang. Dan setiap ahli adalah berkecuali tanpa punya kecenderungan atau aliran dari parti politik mana-mana pun.

Respon dari cadangan Tun Mahathir


Macam biasa yang paling berusaha naikkan cadangan Tun Mahathir ialah mereka yang memang selama ini sentiasa mengekori dan setia dengan beliau. Paling lantang adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Panglima perang Tun M bermula sejak zaman menjatuhkan Anwar Ibrahim dulu.

Point paling besar yang Khairuddin tekankan adalah, Tun M bukan seorang yang gila kuasa. Dia hanya cadangkan satu solusi jangka pendek untuk pulihkan kembali keadaan negara terutamanya dalam urusan kesihatan sehingga PRU 15 dapat dilaksanakan.

Dengan cadangan tersebut, di mana Tun Mahathir sendiri tawarkan diri untuk ketuai majlis pemulihan negara itu, semua cadangan dan tindakan akan dibentangkan kepada Parlimen yang akan bersidang semula jika idea itu direstui oleh Agong dan Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 16 Jun 2021 nanti.

Setakat yang saya tengok, hanya penyokong Tun M saja yang bersungguh-sungguh cuba yakinkan semua orang untuk terima cadangan Tun dengan hata yang terbuka demi semangat pulihkan negara.

Ramai tak setuju cadangan Tun M


Selain dari itu, Zahid, Anwar dan teamnya, Perdana Menteri dan kabinet gula-gulanya nampak tak bersetuju.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri nampaknya dah mula bercakap tentang projek penubuhan Majlis Pemulihan Negara. Dia samada ciplak idea Tun atau, setuju idea Tun tak penting. Yang pastinya dia tak bersetuju untuk berikan projek pemulihan negara itu kepada Tun untuk ketuainya.

Team Anwar pulak, dalam medsos dikatakan sedang berusaha untuk ambil alih kuasa pemerintahan dengan mencalonkan Anwar sendiri sebagai Perdana Menteri dan disokong oleh gabungan PH dan beberapa team Umno.

Raja Petra juga kata perkara yang sama tentang berlakunya perbincangan kerjasama gabungan tersebut. Betul atau tidak Anwar sedang giat kumpulkan kekuatan itu, tak dapat nak pastikan. Berdasarkan perangai orang politik kita, ianya adalah sangat berkemungkinan tinggi betul.

Mesejnya hanya satu saja. Dalam orang dok sibuk cari idea nak uruskan masalah negara, Anwar masih tetap berselera nak pastikan jawatan Perdana Menteri berjaya juga disandangnya. 

Tapi memang ini satu peluang terbaik yang beliau boleh rebut setakat ni setelah semua usahanya selama ini hancur berderai. Sikap degil tak pernah mengaku kalah itu perlu dipuji !.

Tun Mahathir sudah tidak dipercayai


Respon rakyat pula ada macam-macam. Saya tengok ada satu bancian menarik yang dibuat di sini. Soalannya adalah samada Tun Mahathir masih boleh dipercayai atau tidak?

Setakat artikel ni ditulis, pada 13 Jun 2021, pukul 5:30 Petang ada seramai 7,699 yang jawab bancian itu. Dari jumlah itu, 93.26% jawab TIDAK.

Hanya 6.74% saja yang masih percayai keupayaan Tun Mahathir!.

Itu sentimen luar biasa kemerosotan populariti Tun M yang memang dah boleh nampak sejak dia diberi peluang kali ke-2 untuk jadi Perdana Menteri selama 22 bulan sebelum ini. Tun M sudah hilang sentuhan magiknya selama ini yang rakyat nampak sudah tidak relevan dalam keadaan negara yang serba rosak keadaannya menunggu parah.

Saya masih percaya yang Tun Mahathir memang ada keupayaan jadi ketua berbanding ramai lagi pemimpin politik yang ada. 

Tapi Tun Mahathir punya pemikiran rasanya dah tak sesuai lagi sekarang. Dia masih lagi terikat kepada cara lama berlandaskan sentimen agama dan bangsa Melayunya walaupun versinya mungkin berbeza sedikit dari fahaman rakyat terutamanya Melayu dan Islam.

Formula pemikiran sama yang Tun bawa yang membuatkan Malaysia jad macam ni, sudah tentu tak akan mampu keluarkan negara kita dari masalah dan kucar kacir sekarang ni.

Perlu overhaul semua sistem


Masalah negara kita sekarang adalah satu masalah sistemik. Cuba bawa pendekatan, sistem yang sama, pemikiran yang sama untuk betulkan keadaan adalah satu pendekatan yang tak akan berjaya.

Wajib tukar semua baka ahli politik yang ada. Mereka perlulah gentleman berpegang kepada prinsip dan bukan berpegang kepada matlamat nak berkuasa atau nak buat duit. 

Macam Perdana Menteri sekarang. Walaupun peribadinya saya suka. Sederhana, tidak sombong, baik dan banyak lagi sifat terpuji. Tapi dia masih terikat dengan cara lama untuk kekal berkuasa dengan berikan gula-gula jawatan dan kedudukan untuk mendapatkan sokongan.

Kalau dia ada prinsip, dia hanya ambil mereka yang sokong pandangan dan cara pengurusannya sahaja dan tak perlukan sogokan jawatan dan kedudukan. Kalau tak ada orang yang nak sokong dengan prinsip tersebut, dia hanya perlu letak jawatan saja habis cerita.

Berikan peluang pula kepada pemimpin lain yang akan naik dengan falsafah pengurusan negaranya secara menyeluruh dari segi ekonomi, pendidikan dan politik tawarkan diri. Tak perlu sertainya disebabkan tawaran kedudukan ata kuasa, tapi berdasarkan ideologi pengurusan negaranya.

Pemimpin yang nak pulihkan negara sekarang perlu seorang yang berani overhaul semua sistem yang ada di dalam negara sekarang. Bukan ikut acuan yang ada dan hanya buat solekan sikit sikit saja.

Setakat ni, saya tak nampak siapa yang mampu buat semua itu. Ada nampak ada sesiapa yang berpotensi untuk menjadi pemimpin baru ke arah Malaysia baru tak?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mampukah Tun Mahathir selamatkan Malaysia - Majlis Pemulihan Negara?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Semua orang lain tak pandai, hanya Tun sahaja yang pandai. Mahathir kalau dia buat sesuatu pasti akan ada kepentingan untuk diri sendiri. Contoh tahun lepas Tun sanggup terhegeh hegeh datang HQ PKR untuk dilantik sekali lagi jadi PM. Seleoas berkuasa semula semua orang dalam PH lokos dikencingnya.

    Siap serah memo kepada YPDA untuk buka Parlimen, Macam mana PejWang boleh bersetuju dengan cadangan 'dick'tator gila kuasa ini? Ini sebelum berkuasa pun PejWang tak berani bantah, bayangkan kalau Mahathir jadi Pengerusi Mageran, ada tak mereka berani bersuara atau jadi pak turut?

    Kalau yang mencadangkan MAGERAN ini Khairy, Hishamuddin, Hadi Awang atau Anwar Ibrahim sekalipun, Tun akan lawan sebab ia salah dan bertentangan dengan prinsip demokrasi dan segala macam lidah bercabangnya.

    Pejuang boleh senyap dan redha dengan apa saja tindakan Mahathir yang tak pasti jawatan apa yg disandang dalam PejWang belum pun didaftarkan untuk membelakangkan Parlimen.

    Sebelum berjuang supaya Mageran ini dikemukakan oleh Agong, lebih elok Tun berjuang tubuhkan Parti PejWang yg dikemukakan pada ROS dolu.


    #bangaudahpulangsuarasumbang

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !