Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, June 21, 2021

Teknologi pantau keadaan pesakit pakai remote sensor saja tanpa perlu ada sentuhan

  Mohd Shubhi       Monday, June 21, 2021


Kemajuan teknologi sekarang amat luar biasa. Banyak perkara yang tak terlintas dalam fikiran satu ketika dahulu, sekarang dah jadi perkara biasa saja.

Macam telefon pintar yang jadi satu peralatan biasa ada pada hampir semua orang yang tak tinggal di pendalaman. Masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu, di era awal tahun 90-an, tak pernah saya terfikir boleh buat macam tu.

Masa tu rumah orang yang ada telefon hanyalah mereka yang kaya raya saja. Orang awam kenapa pakai telefon awam kat tepi jalan. Bubuh duit siling, dail nombor dan bercakap seminit dua.

Sekarang booth telefon awampun dah susah nak jumpa. Habis dah kena buang tak diperlukan lagi. Sangat pelik jika ada yang masih terfikir nak pakai telefon awam.

Ada semua dalam telefon pintar

Dalam telefon pintar yang kita pakai sekarang, bukan saja ada kemudahan untuk buat panggilan. Malah boleh buat video call. Percuma saja kalau pakai wasap. 

Boleh cakap, dalam masa yang sama dapat lihat orang yang sedang cakap dengan kita yang duduk di kampung, 350 kilometer di sana.

Wasap, tak payah nak cakap lah. kalau akaun wasap kena hack macam kawan saya di sini, terasa macam nak demam sebab tak boleh nak berwasap. SMS pun dah jadi perkara pelik dan jarang orang pakai dan baca.

Saya hanya terima sms dari bank bila buat transaksi online atau dari kerajaan yang beritahu maklumat pandemik sekarang ni. 

Kalau hantar sms kat kawan, seminggu baru akan dapat jawapan. Itupun jika dia perasan ada sms masuk dalam telefonnya.

Anda boleh nonton video, boleh tengok tv, boleh rakam lagu, boleh buat penggambaran, boleh rakam konsert, boleh belajar, masuk seminar, ambil kursus .. panjang kalau nak disenaraikan. 

Semua benda ada kat benda kecil tu ajaib tu!.

Pantau keadaan pesakit guna sensor

Ini satu lagi perkembangan teknologi terkini. 

Menggunakan sensor yang dipasang dari jarah jauh untuk pantau keadaan kesihatan anda tanpa perlu sentuhan.

Alat itu hanya perlu baca kulit pada muka anda dan dia dapat tahu semua maklumat bacaan kesihatan anda secara terus. Tak payah nak sentuh.

Tak perlu juga misi nak kena datang, gerak anda bangun, pakai itu dan ini, sentuh sana sentuh sini untuk dapatkan semua bacaan sebelum doktor pula datang buat rawatan susulan.

Sensor itu akan baca habis semua perkara. Tengok keadaan tidur anda samada nyenyak atau tak. Tengok pergerakan anda ketika tidur dan lain-lain lagi. Hantar terus ke pusat kawalan misalnya dan berikan amaran jika ada yang tak kena.

Bukankah sangat mudah macam itu?

Itulah yang sebuah syarikat dari Israel ni sedang develop dan mendapat suntikan dana untuk itu. Syarikat Clair Labs berjaya mendapat dana 9 juta dollar untuk tujuan tersebut.

Selepas ni, bila dah matang development tu tentu akan digunakan di seluruh pusat rawatan dan pusat penjagaan orang tua misalnya. 

Proses pemantauan pesakit akan jadi tanpa henti berputar selama 24 sehari selagi pemantauan diperlukan.

Baca berita asalnay kat sini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknologi pantau keadaan pesakit pakai remote sensor saja tanpa perlu ada sentuhan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !