Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, August 2, 2021

Idea kembara bawa keluarga pusing satu Malaysia jika semua aktiviti dibuka seperti biasa

  Mohd Shubhi       Monday, August 2, 2021

Kali pertama saya buat projek kembara pusing satu Malaysia kalau tak silap pada tahun 2003 dulu.

Masa itu anak baru 2 orang. Kedua-duanya masih kecil lagi. Tak sukar sangat nak bawa naik kereta pusing satu Malaysia.

Kami bergerak dari rumah di Usj ketika itu. Turun ke Perak. Dari Perak masuk Ke Lenggong. Kemudian terus ke Kelantan. Pusing balik ke Terengganu, Pahang dan akhirnya masuk semula ke Selangor. Kemudian turun balik ke Pulau Pinang dan Kedah.

Puas berjalan sampai letih. Singgah bermalam dua tiga hari. Kemudian sambung perjalanan. Singgah pulak bermalam dan berjalan dua tiga hari. Begitulah berterusan sampai habis.

Itu perjalanan kembara paling lama yang berterusan dalam jarak yang sangat jauh pernah saya buat dalam negara. Selepas dari itu, tak buat dah jarak sejauh itu. 

Biasanya setiap tahun hanya akan buat satu arah saja. Samada ke Utara, ke Selatan, atau ke Pantai Timur. Perjalanan singgah-singgah juga secara berterusan dari satu destinasi ke satu destinasi.

Ada sekali kembara dari Selangor, Perak, kemudian, Kedah, Perlis dan terlajak sampai masuk ke Thailand. Bawa satu keluarga juga ketika anak-anak dan ada 4 orang.

Sekarang anak-anak dan besar-besar. Ada 5 orang kesemuanya. Dah lama tak berjalan panjang dan lama satu keluarga macam itu. Rasa teringin sangat nak buat lagi.

Tambah pulak dengan PKP sejak tahun lepas, aktiviti kembara bersama kawan-kawan dan keluarga semuanya dah terhenti. Dok tertanya-tanya bila semua ini akan berakhir dan nak mulakan satu projek kembara semula dengan satu keluarga.

Mungkin kembara yang jauh lebih lama dan lebih panjang yang pernah saya buat. Perancangannya lebih kurang macam di bawah ni.
 

Kembara pusing Malaysia


Saya akan bermula dari Shah Alam bergerak menuju ke Pantai Timur terlebih dahulu. Sebelum teruskan perjalanan, akan singgah dan bermalam kat Janda Baik.

  1. Janda Baik - Melepak santai dan mandi jeram yang ada kat sana sebagai permulaan selama 3 hari 2 malam 
    • Penginapan - 2 chalet RM600
    • Makan minum utk 7 orang RM600
  2. Taman Negara. Duduk kat Kampung Kuala Tahan 3 hari 2 malam. Masuk hutan, naik perahu, lawat perkampungan orang asli dan paling penting makan kat tepi sungai kat Kampung Kuala Tahan tu. 
    • Penginapan 2 chalet RM600
    • Makan minum 7 orang RM600
    • Aktiviti RM500
  3. Lepas tu teruskan perjalanan ke Kuantan. Singgah 2 hari satu malam kat sana. Makan Nasi Kukus Mama yang sedap tu.
    • Penginapan RM300
    • Makan Minum RM350
  4. Terus lagi ke Terengganu pulak. Pergi cari kedai air buah gelas besar kat sana. Singgah 2 atau 3 hari kat situ. Makan kopok gete ber-cheese. Beli baju kelawar yang cantik-cantik designnya kat sana.
    • Penginapan RM600
    • Makan Minum RM600
    • Belanja RM500
  5. Lajak pula ke Kelantan. Duduk 2 atau 3 hari lagi kat sana. Pergi pasar siti khadijah. Makan tengahhari kat Kampung Kraftangan. Borong kat Wakaf Che Yeh apa saja yang ada.
    • Penginapan RM600
    • Makan RM600
    • Belanja RM700
  6. Sambung lagi ke Lenggong pulak. Pergi pusat arkeologi, tasik raban. Duduk 2 hari satu malam sana.
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
    • Aktiviti RM300
  7. Lanjutkan perjalanan ke Ipoh. Pekena nasi wangge pulak. Ziarah abang kat sana. 2 hari satu malam
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
  8. Turun bawah Ke Taiping. Bermalam sehari kat sana. Boleh masuk zoo waktu malam.
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
    • Aktiviti RM300
  9. Sambung ke Pulau Pinang. Tinggal 3 hari 2 malam kat Penang pekena nasi kandar yang terbaik kat sana setiap malam. Pekena Char Koey Teaw. Nasi Kandar Restoran Kampung Melayu, Tajuddin Hussein, Merlin, Imigresen dan lain-lain. Tak lupa juga laksa campuq dan lain-lain.
    • Penginapan Free
    • Makan Minum RM700
    • Aktiviti RM500
  10. Teruskan perjalanan ke Alor Setar. Duduk semalam kat area Mergong. Boleh ke Pekan Rabu. Bawa keluarga makan mihun sup dan ais kacang salji kat Simpang Empat Kangkung.
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
  11. Masuk Ke Langkawi. Duduk 3 hari 2 malam kat situ. Ingat nak ke Pulau Tuba kali ni. Jalan tengok kampung kat situ. Naik pakej bot Island Hopping kat sana.
    • Penginapan RM300
    • Sewa kenderaan RM300
    • Makan minum RM500
    • Aktiviti RM700
  12. Keluar dari Langkawi, patah balik ke Sungai Petani. Singgah kat Park Avenue semalam kat situ rehatkan diri.
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
  13. Singgah pulak ke Bukit Mertajam. Rehat 3 hari 2 malam. Untuk ambil angn lagi kat Penang. Sebelum sambung perjalanan naik balik ke Perak.
    • Penginapan Free
    • Makan minum RM700
    • Aktiviti RM400
  14. Naik pulak ke Cameron Highland. Singgah lata Iskandar, mandi manda. Beli barang antik mistik kat situ, sambung naik atas dan duduk 3 hari dua malam kat atas tu. Masuk ke Mossy Forest. Lawat ladang teh, kebun strawberry dan makan sayur mentah.
    • Penginapan RM600
    • makan Minum RM600
    • Aktiviti & belanja RM600
  15. Turun balik terus ke Fraser Hill Pulak. Bermalam kat sana. Jungle tracking dan lepak santai.
    • Penginapan RM300
    • Makan minum RM350
  16. Balik ke Selangor. Terus ke Sepang, Bagan Lalang pulak. Lepak kat rumah di sana duduk 3 atau 4 hari.
    • Penginapan Free
    • makan Minum RM600
Belanja tol dan minyak & Jajan bajet dalam RM2000. Itu anggaran yang masih tak buat kiraan betul-betul lagi.

Ambil masa lebih kurang 26 ke 30 hari kesemua aktiviti kembara pusing satu Malaysia tu. Jumlah duit yang diperlukan lebih kurang antara RM16 ribu ke RM17 ribu.

Selesai semua tu boleh balik semula ke rumah dan masuk office Shah Alam, buat kerja cari duit pulak. Sebab duit dah habis banyak.

Angan-angan macam tu lah .. ada lagi ke tempat yang terlepas ya?

Kalau ada Caravan tentu semua kos dapat dijimatkan lagi dengan lebih banyak. Mungkin nak minta caravan kawan punya untuk disewakan kalau dia tak pakai.

Amacam, menarik tak?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Idea kembara bawa keluarga pusing satu Malaysia jika semua aktiviti dibuka seperti biasa

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Satu tempat lagi tertinggal boss,melawat Temerloh titik tengah semenanjung,lepas tu pekena patin Temerloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh selit masuk dari Kampung Kuala Tahan nak ke Kuantan singgah Temerloh dahulu pekena Patin ! terima kasih tuan!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !