Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 29, 2021

5 perkara yang makin lama makin nipis disebabkan PKP terlalu lama tak habis-habis

  Mohd Shubhi       Thursday, July 29, 2021


Orang yang paling terasa bila perintah kawalan pergerakan di kuat kuasakan oleh kerajaan adalah yang berniaga macam saya. Berniaga secara konvensional digabungkan pula dengan produk yang ada adalah lebih kepada servis dan bukannya barangan.

Untuk laksanakan servis pula perlu gunakan manusia. Masih tak dapat guna mesin atau robot lagiuntuk laksanakan kerja.

Jika buat aktiviti pemasaran secara online pun, bila ada tempahan kerja, masih perlu hantar orang pi buat kerja juga. Jadi tetap terhalang dari melakukan kerja. tak ada kerja, tak duit.

Moratorium lama mana pun masih tak dapat bantu bisnes untuk kekal hidup jika PKP masih berterusan macam ini tak habis-habis.

Pegawai kerajaan paling best

Betullah pesan mak dulu suruh cari kerja kerajaan. Itu adalah pekerjaan yang sangat stabil. Selagi negara stabil, kerja tetap ada. 

Walaupun gaji, zaman 20 atau 30 tahun sudah, kerja kerajaan tidak sehebat tawaran gaji kerja swasta, dari segi stabil, memang swasta tak boleh lawan.

Seketika selepas itu di era awal 90-an, tiba-tiba kerja swasta jauh lebih glamour. Gaji besar. Prospek kerja pula nampak sangat stabil. Syarkat makin lama makin membesar, nampak sangat kukuh macam kerja kerajaan pulak.

Ada orang yang masuk swasta kerja sampai 20 atau 30 tahun. Punya stabil. Gaji pula tinggi. Makan berebutlan orang terjun sertai syarikat swasta pulak.

Tapi dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, kerja swasta dah makin merosot. Tak banyak syarikat yang kekal lama. 

Tambahan pula syarikat swasta di sini banyak dari syarikat antarabangsa. Bila kos kat Malaysia tinggi, tak ada insentif yang baik, politik pula macam tahi ayam, banyak syraikat gergasi mula lari keluar ke negara jiran yang nampak lebih stabil dan menarik.

Kerja kerajaan dah mula nampak lebih bagus dari swasta. Malah saya tengok gaji mula kerja kerajaan adalah jauh lebih baik dari kerja swasta. Prospek kerja juga lebih bagus di jabatan kerajaan.

Ditambah lagi dengan sikap kerajaan yang memang suka besarkan organisasi mereka terutamanya perlantikan politik, supaya kerja setiap orang lebih santai dan menyeronokkan, maka masuk jadi pegawai kerajaan umpama masuk syurga dunia.

Kemuncak syurga pada orang kerja kerajaan adalah bila PKP di kenakan. Kecuali front liner, yang tersiksa kerja berkali ganda lebih teruk dari biasa, yang lain menikmati zaman kegemilangan mereka yang tak pernah wujud dalam sejarah negara kita lagi dari zaman awal merdeka dulu.

Kalau ada pun mungkin selepas peristiwa 13 may 1969, di mana Mageran diadakan untuk gantikan kerajaan yang terpilih. Itu pun keadaan kelam kabut tak lama sangat, bila Mageran ambil alih, keadaan terkawal dan makin lama makin labih bagus sampai negara kita maju macam ni.

Siapa tak seronok jika tak perlu pergi kerja, duduk kat rumah, gaji masuk penuh?

Bila nak habis?

Negara kita buat PKP mula sekali pada 18 March 2020. Sehingga 1 Ogos nanti, dah berlarutan selama 1 tahun, 4 bulan, 1 minggu, 3 hari!

Syarikat kecil macam saya dah tersiksa terlalu lama bertahan untuk kekal hidup. Semua simpanan syarikat yang ada dah makin nipis. 

Kalau tahu keadaan akan jadi begini, lebih baik tutup saja company masa bulan March 2020 dulu. Jadi tak lah teruk sangat jadinya kebocoran. Bolehlah lama lagi bertahan duduk rumah saja santai-santai makan saja semua duit simpanan yang ada sampai kering.

Tapi tak elok nak berkalu-kalau orang tua-tua pesan. Yang mana dah lalu, biarlah berlalu. Pandang ke depan dan bergerak dari sekarang.

Untuk gerak depan, kena tahu status semasa.

Jadi begini keadaan status semasa. Status perkara-perkara yang makin lama makin menipis laju ..

Duit

Ini paling laju jadi nipis. Duit sendiri, duit syarikat. Kesemuanya dah makin lama makin nipis bila duit masuk tak ada. Kalau ada pun tak mencukupi untuk mencatatkan lebihan. Breakeven pun tak lepas.

Moratorium, sekadar mampu lepas dan elakkan diri dari segala pinjaman aset yang ada tidak dirampas balik oleh pihak bank saja. Kalau tak ada moratorium, dah lama kena rampas.

Tapi kena rampas lebih baik sebenarnya. Simpan tak boleh nak guna sangat apa ke jadahnya?

Anak isteri, pekerja, penyewa, pemiutang dan seumpamanya pula macam tak tahu ada PKP le pulak. Macam tak tahu duit adalah benda rare sekarang. Macam tak tahu taukeh engah strugle sekarang. Sedut duit, minta duit, belanja duit macam esok nak kiamat saja.

Kalau kiamat betul alhamdulillah!

Tapi kalau tak kiamat macam mana?

Jadi duit adalah benda pertama yang makin lama makin nipis lani.

Rambut

Sebelum PKP memang dah agak nipis, tapi masih mantul.

Bila dah berlarutan macam ni, asyik garu kepala serabut. Umur pula dah lanjut. Proses penuaan makin pantas sebab stress, maka rambut terus jadi sangat nipis.

Kalau ikutkan petanda tahap kesihatan, rambut nipis ni tanda tak sihat tu .. bahaya!

Untuk elakkan duit lebih cepat nipis, maka cukur saja kepala sendiri. Biarlah kulit kepala jadi nipis berdarah sekalipun. Tak dapat nak buat apa lagi dah.

Ketenangan

Nak tenang pergi solat. Pergi masjid atau surau solat berjemaah. Lebih tenang dan rasa damai bahagia bila dapat buat macam tu.

Tapi semua itu terhalang sekarang. Kalau dibuka sekali sekala pun, penjarakan dan rasa khuatir jangkiti virus covid-19 masih tetap ada. Kemesraan sudah tidak macam dulu lagi.

Ketenangan dari amalan solat berjemaah sudah tiada. Ketenangan diri makin nipis sekarang. 

Bila serabut, nak ajak buat kaunseling dengan kawan-kawan kat meja minum kedai mamak pulak tidak dibenarkan. Hilang satu lagi punca ketenangan.

Telinga

Semua tekanan di atas membuatkan telinga pula jadi nipis. Makin lama makin nipis. Mudah saja nak melenting bila telinga makin nipis ni.

Patutlah kes dera dan gaduh domestik bertambah sekarang.

Jangan dok buat pasal nak terlepas cakap tanpa berfikit terlebih dahulu sekarang. Telinga nipis mudah saja dengar dan naik bahang tinggi untuk mengamuk.

Kesabaran

Ini juga raja dalam diri yang masih bertahan. Terpaksa tahan dan pujuk diri agar banyak bersabar. Mendung tak selalu gelap. Bila angin datang bertiup, mendung berlalu pergi la nanti.

Tapi nampak macam dah lama sangat tak ada angin. Mendung makin lama makin gelap. Sampai bila nak bersabar ni?

Kesabaran dah makin nipis denan keadaan ini.

Marah bukan sebab tak seda dengan apa yang berlaku. tapi lebih kepada tak tahan dengan level kepimpinan yang ada sekarang. Cara mereka tangani pandemik ini yang sangat amatur dan menghancur serta bagi teruk lagi keadaan.

Keputusan macam tak ada koordinasi yang baik.

Saya yakin sikap nak buat duit ikut pintu belakang masih kekal ada sekarang. Kalau bukan dikalangan menteri, dah tentu juak-juak menteri tak akan biarkan peluang buat duit ni terlepas begitu saja.

Bertarung untuk buat duit dianggap lebih penting dari bertarung untuk pulihkan keadaan agar tak teruk di masa yang akan datang nampaknya masih tak habis-habis.

Bertarung untuk kekalkan kuasa juga jadi agenda utama. Prioriti adalah kekalkan kuasa dulu kemudian baru tengok dan fikirkan rakyat. Sikap sama yang berlarutan dari dulu sampai sekarang yang membuatkan negara makin lama makin menuju kehancuran.

Jiran tanya tadi,

"Siapa agaknya di Malaysia sekarang yang mampu jadi pemimpin luar biasa, dapat gembeling negara untuk keluar dari seribu satu masalah ni?"

Saya jawab,

"Selagi Malaysia tidak runtuh ranap ke tahap paling bawah, pemimpin itu tak akan muncul"

Jadi biarlah terus bercakaran dan saling berikan kerjasama untuk ranamkan Malaysia ke tahap maksimum. Supaya tindakan itu mampu lahirkan seorang pemimpin yang mampu bawa Malaysia naik semula.

Satu lagi .. minta ranapkan secepat mungkin.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 perkara yang makin lama makin nipis disebabkan PKP terlalu lama tak habis-habis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !